Thursday, January 28, 2010

..kisah Farriys tarik seluar orang..

..Farriys ada seorang cikgu..yang dia sangat sayang..Farriys sayang cikgu tu sebab cikgu jaga dia kat taska..tapi cikgu tu sekarang dah berhenti dari taska tu..so, kadang-kadang cikgu tu datang rumah aku sebab nak jumpa Farriys

..minggu ni cikgu tu ada kat rumah aku..jaga Farriys..semalam cikgu tu cerita satu benda yang mula-mula dengar terkejut dan risau..tapi kemudiannya..memang ketawa besarlah dibuatnya..cikgu kata..dia baringkan Farriys kat katil..lepas tu tepuk-tepuk..tapi Farriys tak nak tidur gak..lepas tu cikgu baringlah atas katil tu..Farriys belakang cikgu..

..cikgu tak sihat sangat semalam..jadi baringlah..Farriys pun baring sajalah atas katil tu..cikgu membelakangi Farriys..lepas tu tiba-tiba Farriys tarik seluar cikgu dari belakang..terkejut aku dengar..Farriys tarik seluar cikgu tu..bahaya ni..lepas tu cikgu kata..Farriys cakap sesuatu..aku kata apa dia cakap..cakaplah cepat..dengan nada kerisauan aku tu..cikgu kata..Farriys cakappppp…”YAK”..aduhai anak ibu Farriys, cerdik sungguhlah kamu..apa yang dia buat tu..adalah apa yang kami buat pada dia..tarik belakang seluar dia ..tengok diaper dia..yak ke tak..kalau yak..then kami kata..haa..yakk..so, Farriys pun buat benda yang sama pada cikgu dia tu..punyalah..ketawa besar aku mendengarnya..

..kesimpulannya..adalah amat bahaya kalau buat sesuatu yang tidak sopan di depan Farriys..sebab nanti tak pasal-pasal dia akan buat perkara yang sama pada orang lain..satu lagi kesimpulan..bahawasanya Farriys seorang “fast learner”..kena jaga-jaga juga tu..sebab dia tak dapat bezakan baik..buruk..alahai anak ibu Farriys uiiii…

..aku menempah blazer..dan seluar baru..

..dah agak lama juga..husband tersayang suruh tempah blazer untuk aku..tapi aku saja tundakan..sebab pada aku, mahal sangat..buat apa mahal-mahal sangat..macam tak berbaloi saja..lepas tu baru-baru ni husband dapat peruntukan untuk buat blazer dia..dia offer buat blazer aku..dia kata dia dah ada 4 blazer masih elok..nak buat apa banyak2..dia kata..gila kuasa blazer ke apa..lepas tu setelah difikir-fikirkan..ok juga kalau aku buat blazer sebab kat ofis pun memang sejuk..sampai menusuk ke tulang sejuknya..

..lepas tu, aku cuba survey-survey kat mana nak tempah blazer..ricky2 pada kawan ofis yang sama duduk bangi..so, keputusannya aku pergi ke seksyen 9, bangi..kedai tu nama Tum Tailor..aku gi tanya-tanya harga..dan kualiti material dia..lepas tu, hubby kata ambil yang sepasang blazer dengan seluar, dengan harga rm1200..ya Allah..dalam hati aku..kalau beli gelang lagi berbaloi..betul tak..betul kan..kan..kan..

..lepas tu bincang-bincang punya bincang..aku tawar menawar..tailor tu kata blazer saja rm950..seluar 2 dapatlah rm300..aku tawar-menawar lagi..lepas tu aku kata kita bulatkan 1 blazer, 2 seluar rm1000..ok tak..dia kata..ikut material lah..then dia tunjuk.material yang ikut budget aku tu..aku tengok cantik gak material dia..lepas tu dapat 2 seluar lagi..lepas tu,aku setuju..tailor tu kata lagi 4 hari datang..buat fitting..ok..bayar deposit rm200 jer..lepas tu balik ke rumah..

..dari situasi pemilihan blazer tu, dapat aku membuat kesimpulan..kalau perempuan biar murah sikit tapi dapat banyak sikit helaian..tapi kalau lelaki..mahal sikit dapat kurang helaian..tapi material lagi bagus..tak apa..ok saja pada orang lelaki..orang perempuan suka tukar-tukar tak macam orang lelaki..so, sabtu ni pergi fitting lah nampaknya aku kat Tum Tailor Bangi tu..

..ke sekolah dengan stoking sebelah saja..aduhai Fakhriy Ariq..

..aduhai..rasanya dah jadi pengajaran bila Fatihah tertinggal kasut hitam tapi ada lagi insiden lain yang sedih dibuatnya..mungkin tak cukup dengan prihatin bila menyediakan perkakasan anak-anak tapi haruslah memastikan mereka telah pun lengkap memakainya..again its about my lovely Fakhriy Ariq story dengan keperluan ke sekolahnya..

..pagi semalam, aku telah bagi Fakhriy sepasang stoking baru untuk dia pakai ke sekolah..setelah mencapai stoking baru tu, dia masuk ke kereta, dan ingin pakai stoking dan kasut di dalam kereta..aku memang yakin yang aku dah bagi dia sepasang stoking..macam biasa masa balik kerja semalam..aku tak tengok pun stoking dan kasut dia..aku dan hubby hanya kemaskan beg sekolah dan beg transit anak-anak..
..tapi pagi ini, aku ternampak kasut sekolah Fakhriy hanya ada sebelah stoking saja..aku agak tercicir dekat rak kasut..lepas dicari-cari tak jumpa pula, jadi aku tanya pada Fakhriy..mana stoking abang chik lagi sebelah..lepas tu dia kata, masa nak pergi sekolah agama semalam abg chik Nampak ada satu sahaja..lepas tu aku terkejut, dan tanya dia, habis tu, abg chik pergi sekolah agama, sekolah kebangsaan dengan stoking sebelah saja ke?..Ya Allah, denganjawapan selamba saja dia kata, ya, ibu..abg chik pakai stoking sebelah saja..aduhaiiiii, anak ibu sayang..kenapa masa dalam kereta tak cakap dengan ibu..dan aku memang pasti aku bagi dia sepasang pagi semalam..daddy dia sambung..mana ada orang pergi sekolah p akai stoking sebelah,abang chik..

..Fakhriy diam saja..sakit kepala aku dengar..kami menjadi musykil mana perginya sebelah lagi stoking..kami memikirkan masa pagisemalam beli kuih di gerai sebelum ke transit..dia dah pakai stoking dan kasut..bermakna masa tu dia memang pakai sebelah sajalah stoking..aduhaiiiiiiii..anak aku..pendapat aku, mungkin dia duduk di baris ketiga kereta..gelap sedikit dia tak jumpa stoking lagi sebelah, dan ada perasaan takut nak bercakap dengan ibunya..jadi dia buat keputusan pakai sajalah sebelah stoking tu ke sekolah..

..teramat sedihnya aku bila memikirkan keadaan dia ke sekolah dengan hanya sebelah stoking saja..again, it is my fault..dah pastikan ada stoking tu tapi tidak pastikan dia dah memakai kedua-dua belah stoking dia..masa nak turunkan anak-anak pagi tadi di transit..hubby cuba cari di barisan ketiga kereta..memang sah..ada lagi sebelah stoking dengan barisan ketiga tu..stoking baru lagi sebelah tu..itulah dia kadang-kadang manusia dah rasa cukup sempurna dan lengkap..tapi masih ada lagi perkara yang terlepas pandang..contohnya apa yang aku alami inilah..rasa macam dah lengkap keperluan anak-anak aku tapi ada yang terlepas pandang..iaitu memastikan mereka telah memakai keperluan dengan lengkap..

..kesian Fatihah, pakai kasut sekolah putih..

..hari rabu adalah hari ko-kurikulum..so murid tahap 2 kena pakai pakaian beruniform yang lengkap ke sekolah..jadi Fatihah adalah insan yang dikehendaki memakainya pada hari ni..pagi tadi setelah dia lengkap berpakaian uniform pengakap dia..so, aku pun puas hati..lah..tengok dia dah siap dengan uniform dia..

..then,semua orang dah masuk kereta..hubby pun make move..sampai di depan ukm, tiba-tiba Fatihah Tanya, ibu..hari ni hari rabu kan..pakai pengakap kan..ya, betul la tu aku jawab..kakak memang pakai baju pengakap kan..then, Fatihah cakap, kena pakai kasut putih ke kasut hitam ibu..alamak, kena pakai kasut hitam la..kenapa, aku tanya..kakak tersalah bawa kasut la, kakak bawa kasut putih..aduhai kakak sayang..macam mana boleh silap kataku..kakak lupa ke hari ni hari rabu, and then kakak pakai baju pengakap kan, kenalah pakai kasut hitam..

..Fatihah diam saja, tidak memberi apa-apa tindakbalas, hanya diteruskannya memakai kasut putih yagn dibawanya, agaknya dalam hati dia dari tak berkasut langsung, pakai yang putih pun tak apalah..tapi aku tak salahkan Fatihah semata-mata..aku menyalahkan diri aku juga..tidak menjadi seorang ibu yang prihatin terhadap keadaan anak-anak..aku hanya memberi kata-kata positif saja pada Fatihah, tak apalah kakak, kalau cikgu Tanya..cakap saya tersilap cikgu..memang saya tahu sepatutnya pakai kasut hitam..saya minta maaf, cikgu..begitu sajalah yang aku mampu berikan kata-kata semangat pada dia agar dia tak rasa kecewa nak ke sekolah..

..pengajaran buat aku ialah agar lebih peka dan prihatin terhadap keperluan anak-anak, bukan apa kadang terlambat bangun, dah jadi kelam kabut..adalah yang tertinggal & terlupa jadinya..hanya satu yagn terdetik di hati aku..syukur ke hadrat ilahi yang sikit pun Fatihah tidak merungut atau merengek bila kasut hitam tak dibawa..dengan tidak banyak soal disarungnya saja kasut putihnya..agaknya dalam hati dia pun rasa bersalah sebab Fatihah jenis seorang yang tahu apa keperluan yang diminta cikgu untuk dibawa ke sekolah..jarang sekali dia lupa apa yang dipesan cikgu..mungkin ini petanda untuk ibu Fatihah agar lebih bersedia untuk perkakasan anak-anak..almaklumlah tahun ni dah 3 orang ke sekolah, maka perkakasan dan keperluan ke sekolah tu makin bertambah..you’ve to learn the lesson, Fazlina..of course you don’t want you children have the frustration feeling when want to go to school..

Wednesday, January 27, 2010

..hadiah untuk diri sendiri sempena anniversary ke 10..

..bulan februari ni adalah anniversary kami yang ke 10 tahun..syukur ke hadrat ilahi kerana telah memanjangkan jodoh kami hingga ke hari ni dan mengurniakan 4 cahaya mata dan 1 cahaya mata yang menunggu kami di ‘sana’..
..apa yang aku nak kongsikan hari ni adalah..aku telah membeli sesuatu utk dihadiahkan pada diri sendiri sempena anniversary ke 10 kami tu..aku berdoa agar..jodoh kami berkekalan selamanya..ok dah nak balik dah, kat bawah ni la hadiah yang aku beli utk diri sendiri..

..alhamdulillah..sakit dada ku bukan berkaitan jantung..

..semalam aku gerak awal dari ofis..disebabkan dada terlalu sakit..aku buat keputusan untuk terus pergi berjumpa doktor di hospital pakar Annur..aku memilih hospital tu sebab, my medical history is there and the doctor can refer to my history..

..sampai di hospital tu, register di kaunter, dan tunggu giliran dipanggil, dan kali ni aku sememangnya memilih doktor perempuan, kebiasaannya aku tidak memilih untuk berjumpa doktor bila membawa anak-anak, tapi kali ni diri aku sendiri melibatkan dada dan rasanya sentuhan doktor untuk memeriksa diperlukan..

..beberapa soalan diajukan, doktor tidak memberi apa-apa respon lagi, hati dah mula gementar, sememangnya perasaan aku takut bila melibatkan sakit dada, sebab boleh melibatkan bahagian jantung..dokto mengajukan lagi beberapa soalan, dan setelah dijawab dan doktor berpuas hati dengan symptom-symptom sakit aku, doktor memberi keputusan yang syukur, Alhamdulillah, kesakitan dada yang aku alami tidak melibatkan bahagian jantung..lega sungguh aku dengar..

..tapi doktor kata, ini disebabkan infection..dimana masa Fatihah masuk hospital tempoh hari, aku juga tidak ketinggalan mengalami batuk yang berpanjangan, dan terpaksa mengambil neubeliser dan inhaler..dan doktor kata dari kesan itulah..bahagian di tengah-tengah dada aku merasa sakit setelah baik dari batuk..contohnya doktor kata, seperti luka di tangan, bila dah hamper baik, kesan luka tu kalau disentuh masih pedihkan..so macam itulah perumpaannya..bila aku bernafas..dada rasa sakit dan seperti mencucuk-cucuk..inflammation..kata doktor yang merawat aku tu..

..then, doktor bagi ubat makan & juga ubat sapu di bahagian sakit tu.., doktor ada pesan, selepas ni andai rasa sakit dada tu bertambah kuat, dan rasa sakit tu berlarutan hingga ke leher dan juga tangan..tidak boleh tunggu-tunggu, harus terus pergi ke hospital..lepas tu aku balik ke rumah sapu ubat dan berehat..nasib baiklah semalam tak kelam kabut, anak-anak sekolah separuh hari, ada majlis persaraan guru di sekolah..bila balik dia orang dah siap mandi & makan..hanya tunggu waktu untuk di hantar mengaji dan tuition saja..sebelah malam..sakit dada berkurangan walaupun memang masih ada rasa sakit lagi..apa yang perlu aku buat adalah bawa ubat sapu tu bersama-sama ke mana saja aku pergi, sebagai langkah berjaga-jaga..

..sekali lagi aku panjatkan kesyukuran pada yang maha Esa kerana sakit dada yang aku alamai tidak melibatkan jantung aku, Cuma doktor berpesan dan memberitahu symptom serangan jantung..supaya aku berjaga-jaga bila ada rasa sakit dada lagi..semoga Allah menjauhkan apa-apa yang tidak diingini berlaku..masih banyak lagi tanggungjawab yang aku harus tunaikan, andainya kesihatan tidak baik, bagaimanalah anak-anak kecilku akan membesar nanti, aku akan tetap berdoa padaMu, Ya Allah..hanya pada Mu sajalah..tempat aku mengadu dan bermohon, dan Engkau sajalah yang menentukan segalanya.

Tuesday, January 26, 2010

..tiba-tiba dada aku rasa sakit sangat..

..semalam aku pergi kerja macam biasa..hingga ke lunch hour masih ok..dan pergi solat zohor pun still masih ok..balik dari solat zohor around kul 3 petang..tiba-tiba aku rasa sakit dada..makin lama makin kuat..aku gagahkan bertahan..rasa sakit dada tu..berterusan..aku gagahkan buat air panas, minum air panas..harap-harapkan boleh mengurangkan sakit dada aku tu..

..around kul 4, aku cuba berkomunikasi dengan rakan-rakan sepejabat beritahu yang dada aku rasa sakit sangat..takut-takut aku tiba-tiba ‘collapse’..ada 2 orang insan yang begitu prihatin sikapnya, amat mengambil berat tentang keadaan aku..datang ke meja aku untuk melihat keadaan aku..dan bertanyakan tentang sakit dada aku tu..

..2 insan tersebut amat ambil berat dengan apa yang aku alami..mereka datang ke meja..dan salah seorang darinya..menemani aku di meja..sementara aku masih bertahan dengan kesakitan dada aku yang tiba-tiba rasa perit sangat..aku cuba call klinik di tingkat atas bertanyakan samada mereka terima tak panel pmcare for tabung haji..tapi jawapannya tidak..mereka hanya terima pmcare telekom atau tnb saja..aduhai..aku belum dapat lagi medical card aku..kalau takada medical card, kena bayar cash lepas tu kena claim..bab-bab claim ni yang buat aku lemah..

..sakit dada aku berterusan Cuma kadang-kadang perlahan kadang-kadang kuat..aku memikirkan apa yang menyebabkan tiba-tiba aku sakit dada ni..tak tahu aku jawapannya..then aku call husband tersayang, beritahu aku nak balik awal sebab rasa dada sakit sangat..dia cuba usahakan untuk gerak awal tapi keadaan tak mengizinkan ada urgency yang memerlukan dia untuk selesaikannya..so, aku Cuma bertahan dengan kesakitan dada aku..hingga 5.30 petang..hubby sampai, aku terus bergerak balik..hajat hati nak pergi jumpa doktor, tapi tak larat sebab klinik ramai orang, aku terus ajak hubby balik ke rumah, dan aku cakap aku nak berehat di rumah saja..hubby kata..malam nanti kalau rasa sakit kuat..kita pergi jumpa doktor terus..

..bukan aku tak nak jumpa doktor, tapi kali ni hati aku rasa semacam nak jumpa, mungkin aku takut nak dengar apa-apa news yang menakutkan aku..masih jauh lagi perjalanan anak-anak aku memerlukan aku..aku tak sanggup mendengar kata-kata dari doktor yang menyampaikan berita yang tidak baik..apakah puncanya sakit dada aku ni..adakah aku terlalu letih, tak cukup tidur, atau adakah aku stress & tense..maybe aku tak sedari, apa yang aku lalui sehari-hari penyebab pada kesakitan dada aku ni..adakah aku harus berjumpa doktor..hingga ke hari ni, dada aku masih sakit..

..rasanya, langkah yang terbaik adalah berjumpa encik doktor, supaya dia dapat membantu meleraikan permasalahan sakit dada ni..aku berdoa agar aku tidak apa-apa, anak-anak aku masih kecil, masih lama lagi memerlukan aku untuk membesarkan mereka..Ya Allah, ya tuhanku..kau berilah kekuatan pada aku untuk menghadapi kesukaran ini..kau berikanlah tubuh badan yang sihat padaku agar dapat aku meneruskan perjuangan menjaga amanah-amanah mu yang masih kecil-kecil lagi..hanya padaMu aku berserah Ya Allah..yan g maha pengasih lagi maha penyayang..

Monday, January 25, 2010

..at last..impian fatihah jadi kenyataan..

..semalam ahad, setelah berjumpa dengan kawan aku yang aku tempah kek batik tu..aku menyuarakan pada hubby pasal extra class for skill untuk Fatihah..since Fatihah tak boleh sangat join outdoor game, jadi kami decided masukkan dia indoor extra class for her skill..iaitu kelas music..kami bagi pilhan pada Fatihah untuk pilih kelas muzik apa yang dia suka..

..dari bertahun yang lalu aku dah tahu, impian Fatihah nak masuk kelas muzik iaitu piano class..so, akhirnya daddy dia setuju untuk enroll kan dia kelas tu..so semalam, kami dah register kan Fatihah untuk piano class tu..tanpa pengetahuan Fatihah..slot petang ahad dah tak ada..aku nak masukkan dia slot petang ahad sebab boleh saing..waktu adik-adik dia ke karate class tu..yang ada slot pagi..

..so, hubby kata its oklah..boleh saja ahad pagi tu..daddy bayar registration rm50, deposit rm95, monthly rm95, piano book rm80..since Fatihah masuk ada 1 lesson for January, ada extra rm18..so totalnya rm338..another investment for our child.. hope that Fatihah will learn hard since new thing for her..

..balik rumah, sampai kat rumah..Fatihah dah Tanya dah..ibu,ayah pergi mana tadi..aku jawab, pergi ambil kek batik..kesukaan u all tu..then pergi mana lagi dia kata..macam tahu-tahu jer pergi lama tak kan ambil kek batik saja..then aku jawab, cuba teka..ibu pergi mana..kakak suka sangat kalau ibu masukkan kakak ke extra skill class tu..then dia tersenyum2 sipu..maybe dah dapat agak..then, aku kata tekalah..dia kata tak naklah teka..nanti salah..then, aku kata..ayah dah register nama kakak untuk piano class..lepas tu punyalah dia suka..lebar saja senyum..

..itulah impian Fatihah dari darjah 1, akhirnya impian dia menjadi kenyataan..and as her mother, I believe that she can learn fast and kami pun kenalah bersedia dengan wang ringgit $$$ untuk membeli the instrument for her which is the piano..which will cost..few few few thousand $$$..tapi bila fikirkan dia tak boleh sangat outdoor game..so, that’s the best indoor skill yang sesuai dengan kesihatan Fatihah dan jiwanya..untuk kakak, semoga kakak rajin-rajin usaha..ini adalah sebagai melengkapi skill kakak, dari segi akademi, kakak ok, dari segi Islamic skil pun kakak ok, so the last thing yang ibu & ayah provide untuk extra skill kakak itulah dia..your dream to enroll for piano class came through..

..impian ke taman hampa belaka..

..sabtu lepas,setelah membuat kerja2 yang patut dirumah tu selesaikan yang patut seperti baju sekolah,kasut sekolah..dan lain2..petangnya kami cadang nak bawa anak2 ke taman..so dalam kul 5.15 pm aku kata..ok 5.45 kita gerak..lepas tu Fakhriy still tidur lagi..yang lain semua dah siap..husband tersayang kejutkan Fakhriy..cam biasalah Fakhriy kalau dah tidur, susah nak bangun..pujuk punya pujuk..mahu la bangun tapi tak nak tukar seluar track lak..

..hati aku dah start baran lah tu..dah start bising2..marah2..sebab jam dah menunjukkan 6.15 pm..pukul berapa nak sampai ke taman, kesian kakak,abang,adik yang dah siap awal tu..tertunggu-tunggu nak ke taman..then dengan marahnya aku suruh dia tukar seluar track..bila aku dah marah tu, dia pun ikutlah arahan dengan muncungnya..
..then,kami bergerak untuk ke taman, tapi setelah separuh jalan..tujuan kami nak ke taman belakang pkns bangi tu..hujan turun tiba-tiba..so, lagi rasa marah aku makin menyala2 pada Fakhriy sebab kesian pada kakak,abang & adik dia,yang bersungguh-sungguh nak main di taman tu..memang tak berhenti-henti aku membebel marahkan Fakhriy..dia tahu dia kena marah..then, kesudahnya kami ke pkns sajalah..ronda2 dalam pkns..dah alan-alang keluar tu, terus saja beli air kotak yang tengah sale kat billion pkns tu..murah gak..

..Abang a.k.a Fayyadh..teramatlah kecewanya tak dapat pergi main di taman, yang asalnya begitu ‘teruja’ nak pergi ke taman & dia orang pertama yang siap dulu..then aku kata pada abang, tak pa ya abang, minggu depan kita cuba lagi pergi lagi awal..ok ibu, kita siap cepat-cepat..lepas tu kita pergi taman cepat-cepat..abang kata..

..orang lain terkata apa setelah aku marah & membebel-bebel tak henti-henti..masing-masing hanya mampu diam seribu bahasa saja..memang aku jenis orang yang tak suka lambat..aku jenis orang yang tepat masa, dan aku juga jenis orang yang suka datang awal kalau ada apa-apa perjumpaan..

..the moral of the story, anak-anak ibu..bila ibu kata 5.45 maka pukul 5.30 semua orang dah siap nak bergerak..faham tak..

Friday, January 22, 2010

..seronoknya..hari ni jumaat..esok lusa bersama suami & anak2..

..yaaahooo..today is Friday..and Saturday and Sunday coming again..seronoknya hati bila sampai hari Jumaat..sebabnya Sabtu & Ahad meluangkan masa sepenuhnya dengan suami tercinta & anak-anak comel yang tersayang..rasa rindu betul luangkan masa bersama mereka

..bukan saya dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta..malah dapatlah bermanja-manja dengan suami mithaliku yang amat disayangi..dan dirindui..hari-hari biasa dapat juga bermanja..tapi masanya amatlah suntuk..but masa hujung minggu..dapat selalu bersama dengan dia, dapat selalu melihat dia di depan mata..kalau hari biasa..dari pagi hingga ke petang..tidak kelihatan wajah suami tercinta di depan mata..hanyalah lelaki-lelaki sepejabat yang dapat dilihat..

..ku panjatkan doa pada ilahi kerana telah memberikan bait-bait kehidupan yang bahagia bersama suami & anak-anak tersayang..tiada lain yang lebih menyeronokkan selain liku-liku kehidupan ini dilalui bersama mereka..& tidak ketinggalan liku-liku kehidupan yang dilalui dengan masih mempunyai seorang ibu yang begitu prihatin dan penyayang walaupun diusia aku yang akan mencecah 35 tahun ni..

..badan masih di pejabat..tapi fikiran dan hati dah sampai ke rumah..tak sabar untuk melupakan seketika perihal di tempat kerja..dan hanya memikirkan tentang kehidupan sekeluarga..perancangannya, esok nak bawa anak-anak ke taman permainan di awal pagi..dan bersarapan bersama di gerai roti canai kegemaran kami..

..Ya Allah ya tuhanku, semoga kebahagiaan ini berkekalan bersama aku & keluarga ku..kau permudahkanlah segala pengurusan ku sehari-hari..kau berkatilah segala usaha dan doa kami..

Wednesday, January 20, 2010

..aduhai Fakhriy..kenapalah jadi macam tu..

..semalam aku dan hubby balik awal sikit..kami sampai rumah dulu dari anak2 balik sekolah..so, aku pun tunggu la diaorang sampai depan rumah..lama tunggu..aku penat aku masuk tunggu dalam rumah saja..then, ayah dia tunggu kat luar..untuk angkat beg-beg yang begitu banyakkan..

..masa aku tunggu dalam rumah, aku dah dengar anak2 aku dah sampai di depan rumah, lepas tu Fayyadh masuk rumah, tengok tak ada tie dah..aku Tanya mana tie..diam saja..aduhai anak..sabar jelah, mana la perginya tie Fayyadh tu..lepas tu, Fakhriy lak masuk..aku tengok tie pun dah tak ada tapi yang lebih memeranjatkan adalah..dia pakai seluar putih..bukan seluar biru gelap..aduhai terkejut betul aku menengoknya..

..aku Tanya dia, mana pergi seluar biru, kenapa pakai seluar putih..tu seluar sekolah agamakan?.. lepas tu dia diam..dan aku Tanya lagi..lepas tu dia jawab, abang chik tahan kencing la ibu, lepas tu dah tak tahan, terkencing dalam seluar..lepas tu akak transit suruh tukar seluar, abang chik tukar la dengan seluar sekolah agama..lepas tu aku pandang lagi sekali seluar putih dia tu..eh kenapa semacam jer seluar tu dekat bahagian zip tu, macam ada kain lebihan dekat bahagian zip, rupa-rupanya dia pakai seluar sekolah agama tu terbalik..yang dalam keluar..yang luar ke dalam..aduhai…sayang anak ibu..kenapa boleh jadi macam tu..rasa nak marah pun ada, rasa sedih pun ada, rasa kesian pun ada, rasa kelakar seluar tu terbalik pun ada..

..then, aku cakap..tak apalah abang chik, next time jangan tahan kencing lagi ya..tak bagus..nanti dapat sakit tau..dia just jawab..ok ibu..dalam hati aku terasa yang adakah aku kurang mendidik anak aku dengan betul sebagai ibu..tapi, masih awal lagi untuk aku membuat kesimpulan dalam situasi ini..baru minggu ke 3 Fakhriy ke sekolah rendah..masih jauh lagi perjalanan dia untuk melalui alam persekolahan darjah 1 ni..yang penting doa ibu sentiasa bersamamu, nak..ibu akan sentiasa mendoakan untuk anak-anak kesayangan ibu..semoga Allah memberkati segala usaha dan doa untuk kalian semua..ada masanya, terlupa bahawasanya semua yang kita hadapi adalah ujian dari yang maha esa..

Tuesday, January 19, 2010

..punggung livina kesayanganku dihentam pagi tadi..

..aduhai..dah la perjalanan dari bangi ke bangsar memang suatu perjalanan yang mencabar di pagi2 hari, dan tambah lagi dalam keadaan yang masih mengantuk..rasa nak lelap sekejap sementara nak sampai ke ofis dalam setengah jam jadilah..kadang kesian juga pada hubby yang drive sorang2..tak ada lawan berborak..di pagi2 hari yang masih gelap..masih tak ada mood lagi untuk berborak..masing2 diam seribu bahasa..

..lepas tu aku lelapkan mata sekejap..tapi kadang2 telinga tu mendengar juga celoteh dj2 di radio tu..yang ada masanya membuat aku ketawa dalam lelapku..kereta memang dah pastinya memang banyak di jalan raya..masing2..berkejar2 berlumba2 ke tempat kerja masing2..

..setelah dalam 10 minit melelapkan mata..tiba2 dengar bunyi yang begitu kuat..bunyi kereta yang sedang dibrek tayarnya..srrreeettttt..bunyi tayar kereta tu..aku terkejut dengar bunyi..tapi lagi yang membuat terkejut..tiba-tiba dengar bunyi yang kuat..bangggggg..dari belakang kereta livina kesayangan aku..aduhai…kata hubby..orang belakang brek mengejut langgar belakang kita lah tu..hubby perlahankan kereta..nak berhenti ke tepi..dengan pantas aku terus menekan lampu hazard sebab nak berhenti di tengah2 highway tu..berhenti jer kereta, aku terus meluru turun tengok belakang kereta aku..kereta yang langgar tu pun berhenti ke tepi..alhamdulillah..livina aku tak kemek, tak cedera apa2..

..tapi dengan muka marah aku tengok ke kereta yang langgar tu..lelaki yang drive, dan duduk sebelah perempuan..aku memang pandang dengan muka marah..mestilah marahkan..ada ke orang suka kereta kena langgar..lelaki tu turun kereta..terus salam hubby aku..cakap minta maaflah bang, tak perasan tadi..tak ada apa2 kan..yang buat aku marah ialah..perempuan yang dalam kereta dia tu..dah la dengan muka sombongnya..tak turun kereta pun..kalau kereta dia yang kena langgar macam mana..mesti dia turunkan..lelaki tu bercakap dengan hubby..tapi aku pandang jer perempuan dalam kereta tu..lelaki tu kata..maaf ya bang..maaf banyak2..then hubby kata..tak ada apa2 tak palah..nasib baik tak cedera livina aku..kalau tak..memang masa tu gak la kena dengan aku..lepas tu kami pun gerak..tapi aku terlupa nak ambil plat nombor kereta tu..

..bila dah masuk kereta..aku marah2 bising2..dan merungut..hinggalah terkeluar ayat..bawa kereta tak peka tu sebablah langgar kereta orang..dia pakai kereta murah takpelah..kalau apa2 tak lah mahal nak repair..kereta kita kalau apa2..spare part ingat senang nak cari ke..ingat kedai cikai2 boleh dapat ke..then hubby terus bersuara..dah dah..sayang, tak baik cakap macam tu..tak baik beza2kan kereta murah ke mahal ke..syukur Alhamdulillah, kereta kita tak apa2kan..Allah nak uji kita di pagi2 yang suci murni ni..dia dah minta maaf tadikan, sayang..dah dah..lupakan saja..

..sejenak aku terfikir kata2 hubby..memang ada betulnya kata2 dia..lepas tu aku pun muhasabah diri..di pagi2 hari Allah menguji hambaNya..kerana sayangkan hambaNya..Alhamdulillah..livina kesayangan aku tak apa2 tak cedera..tapi aku dah siap pesan dengan hubby, sampai jer parking kat ofis..terus tengok balik belakang kereta tu..bukan apa..bukan senang2 nak dapatkan kereta tu..memang aku sayang sangat livina aku tu..lepas ni tak boleh jadi ni..sampai hujung bulan ni jer bawa livina..lepas ni bawa myvi la..tinggalkan livina kat rumah..

..jadual waktu balik anak2ku berubah..

..Aduhai..kadang tak sanggup memikirkan anak-anak yang sekolah petang ni..berdoa..cepat2 la diaorang sekolah kebangsaan pagi lak..then gi sekolah agama..petang..jadi boleh balik awal..before ni hari isnin,selasa,jumaat Fayyadh & Fakhriy balik kul 6.30 ptg..rabu dan khamis lak kul 6.00 petang..tapi kami dapat surat last Friday, bermula hari ni 18hb mereka akan balik dari isnin hingga jumaat kul 6.40 petang..aduhai..lambat tul..la baliknya anak aku..

..nantilah tunggu mesyuarat PIBG nanti, aku nak tanyakan kenapa waktu balik di lewatkan..adakah disebabkan waktu masuk lambat..dan waktu masuk lambat disebabkan budak sekolah pagi keluar lambat..kenapa budak sekolah pagi keluar lambat..adakah disebabkan ada kelas tambahan?..aku sendiri pun tak tahu jawapannya..nanti akan aku pastikan kenapa..ya..

..kadang-kadang teringat situasi 3 tahun yang sudah..dari tahun 2007-2009, aku dapat menghantar dan menjemput anak-anak pergi balik sekolah..tapi tahun 2010 ni..totally berbeza, aku naikkan diaorang private transport..sesekali teringin rasanya nak jemput diaorang balik sekolah sendiri tapi memandangkan keadaan aku yang bekerja begitu jauh ni..melainkan ambil cuti sajalah baru dapat jemput diaorang..kalau tunggu aku jemput diaorang, alamatnya..anak2 aku tidur kat pagar transit tu..em..cakap pasal transport ni..tetiba terfikir Farriys yang plan asalnya nak sekolah kan dia tahun depan tapi..ada kemungkinan di awalkan Jun tahun ni..macam mana la dia naik transport smart reader tu nantikan..hehehe..sampai ke tidak dia tu..first day sekolah nanti..aku nak mengintip la dia naik van tu..pergi dan balik..insyaAllah andai diizinkan Allah s.w.t.

Monday, January 18, 2010

..alkisah kelas karate-do Fayyadh & Fakhriy..

..semalam ahad..ya ahad..hari Fayyadh & Fakhriy pergi ke kelas karate-do..dah agak lama dah Fayyadh minta masuk kelas tu..alhamdulillah,akhirnya tahun ni dapat dipenuhi permintaanya tu..memula nak hantar Fayyadh saja..tapi hubby kata..why not hantar Fakhriy sekali..at least Fakhriy tak boring sorang2 kat umah waktu Fayyadh gi kelas karate-do tu..

..so kami hantar Fayyadh & Fakhriy, bayar yuran pendaftaran dan yuran bulanan..tak lah mahal sangat tapi bila sebut pasal baju karate-do tu..terbeliak mata kami..sepasang rm100, kena beli glove rm85..tu utk seorang anak tu..yang masuk 2 orang jadi kena beli 2 pasang baju, 2 pasang glove..total..RM 370..aduhai..demi anak..diturutkan lah juga..tak boleh tak ada baju dan glove tu..necessary tu..

..kelas selama sejam setengah..habis kul 4..kami jemput balik..cuba teka siapa yang begitu excited nak tunjuk apa yang dia belajar kat kelas tu..pastinya orang yang menyimpan impian nak masuk kelas tu la kan..Fayyadh..dia ajak aku ke bilik..dan cakap..ibu,ibu nak tengok tak apa abang belajar kat kelas karate-do tu..ya..tunjuk la kata aku..then dia pun tunjukkan lah step2nya..ada yang tak berapa betul, so aku tunjukkan lah step yang betul..eh..camana aku leh tahu kan..camana ibu boleh tahu kata Fayyadh..hakikatnya dulu masa sekolah aku masuk kelab taekwando sekejap..bila jadual dah pack..then aku ngantuk gi tuition math..arwah abah suruh berhenti kelas taekwando tu..ku turutkan kata abah..but sedikit2 dapatlah aku ingat step nak betulkan step karate-do Fayyadh tu..basic step sama saja taekwando..karate-do ni..

..then..talk about Fakhriy..masa balik Tanya dia ok ke pergi kelas tu..dia jawab ok saja..tapi lama2 dia kata..tapi..abg chik nak kelas lain la ayah..jeng jeng jeng..kami dah agak..interest dia lain..so kami Tanya nak gi kelas apa..dia jawab..abg chik nak kelas muzik..wah..sudah diagak impiannya..tu..then, kata ayah dia..yelah..kelas muzik..kelas muzik la..ni kelas utk badan fizikal..nanti ayah anta la ke kelas muzik tu..insyaAllah kata ayah dia..ok..nanti kita gi kelas muzik tau..janji…insyaAllah jawab ayah dia..

..next plan, nak enrollkan Fakhriy & Fatihah ke kelas muzik,insyaAllah minggu ni pergilah diaorang nanti..at least masa diaorang dipenuhi dengan aktivitikan..Fayyadh tu nak hantar kelas muzik..tak tahulah sejauh mana minat dia..akan ibu Tanya Fayyadh..bersendirian nanti..

..family day : gelap jadinya muka anak2 aku..

..seperti yang aku cakap kami pergi family day sabtu lepas, jangkanya nak keluar awal..tapi disebabkan aku letih tak larat nak keluar awal..kami gerak dari rumah dalam kul 9 la juga..tapi Desa Water Park tu tak jauh sangat..setengah jam saja sampai..

..ni first time kami bawa anak2 ke situ, sebelum ni tempat lain banyak water park kami bawa anak2 tapi yang kat kl ni punya yang kami tak pernah bawa..but ok la kan..kebetulan di sponsor..teramat la bagusnya dapat bawa diaorang..sampai2 kat sana..ya Allah, parking punyalah penuh dan kami terpaksa park keta kat kawasan belakang sana nun..kena menapak nak ke pintu masuk water park tu..tapi semangat nak mandi kolam punya pasal..larat gak anak2 kami menapak yang lebih dari 500 meter rasanya..Farriys kami letakkan dalam stroller..senang tolak saja..

..bila dah register, ambil door gift and lunch voucher..pakaikan anak2 wrist band water park tu, beli sikit2 food dan maka masuklah kami ke water park tu..anak2 kami punyalah excited..macam tak pernah jumpa water park pun ada gak..tapi biasalah budak2..berpuluh kali mandi kolam pun tetap excited gak kan..betul tak ibu2 yang baca blog ni?? Betulkannnn…

..tak sabar2 nak tukar baju mandi, aku just hint Fatihah tak boleh mandi lama2 sebab air sejuk..since Fatihah baru keluar hospital..dia still on medication..so aku tak bagi dia mandi lama2..dah tukar baju, cepat2 saja capai pelampung and terus ke kolam..tak tunggu aku atau husband pun untuk teman ke kolam..dah buat cam kolam sendiri la pula kan..

..aku dan husband dah awal2 plan memang pakai baju untuk masuk kolam dari rumah, maka kami tak perlu la tukar baju..dah set kan tempat utk kami letak barang, then kami pun bawa Farriys masuk kolam..mula2 Farriys tak nak..maybe sebab air kolam tu memang sejuk..then lama2..kami bawa pusing2 kolam tu..then ok dah..lepas tu dia yang terlebih excited..ketawa berdekah2 lak tu..tak sangka Farriys happy sangat..
..setelah 2 jam berendam dalam air..tibalah masanya mereka dah rasa lapar..then bagi makan bekal yang aku bawa tu..then bagi minum air..lepas tu..sambung balik mandi..setengah jam lepas tu naik balik cari kami..sebab masih lapar..kebetulan masa tu dah tiba masa boleh ambil lunch..lunchnya adalah kfc dinner set utk setiap seorang..so aku gi lah ambil lunch set tu..dan anak2 pun makanlah..ingatkan dah penat..tak..dah kenyang, sambung balik mandi..dan aku tengok Farriys cam dah ngantuk, husband bawa ke bilik mandi & salinan..mandikan dia..dan pakaikan baju..bagi susu lepas tu hubby bagi Farriys pada aku, katanya dia nak pergi tengok yang lain2 tu..risau pula..

..then aku ambil kesempatan masa tu..utk bagi Farriys habiskan susu, then..aku tidurkan Farriys, panas juga kat luar kat tempat kami lepak tu..then aku terfikir ada surau..aku pun pergi ke surau, pasang kipas laju sikit, then tepuk2 Farriys 10 minit lepas tu dia pun tidur dah..sambil menunggu Farriys tidur dalam surau, aku sms hubby cakap minta keluarkan anak2 yang lain dari kolam tu, suruh mandi tukar baju dan nak gerak balik..cuaca dah panas sangat dah..

..dalam kul 1.30 ptg, anak2 pun dah siap mandi dan tukar baju, kami pun bergerak balik..hubby kata tak payah menapak ke parking kereta just tunggu dekat depan water park, dia ambil kereta dan nanti terus naik kereta terus balik..dalam kereta anak2 aku sibuk ceritakan keseronokan diaorang tu..then Fatihah mula bertanyakan soalan-soalan yang tak disangka..dia Tanya berapa harga tiket nak masuk water park tu ibu? Then, aku jawab la soalan dia tu..mahal juga tiket, kita pergi ramai lagi mahal,kakak..setelah diberitahu berapa harga tiket..Fatihah mencongak mengira jumlah harga tiket untuk semua orang, then aku kata..kiralah sekali harga makanan untuk dibayar, dia mencongak lagi..so total dia kata lebih kurang rm150 ya ibu, mahalkan ibu Fatihah cakap, ya, mahal..sayang, kenapa kakak kira? Then, Fatihah menjawab soalan aku tu, kakak nak kumpul duit la ibu, duit tabung kakak tu kakak bahagi kan pada dua bahagian,1 bahagian kakak nak kumpul duit untuk beli tiket masuk water park tu, guna duit yang kakak kumpul dalam tabung tu..Sesungguhnya tersentuh hati kami mendengar anak kami cakap macam tu, aku bersyukur ke hadrat ilahi bahawasanya mengurniakan akal dan fikiran pada anak aku untuk berfikir sedemikian..hasrat dia ingin pergi lagi ke water park tu, tapi dengan mengumpul duit tabung sendiri..tidaklah dia merengek2 nak pergi lagi water park tu dengan menggunakan duit ibu ayah dia..begitu besar kurniaan Mu ya Allah..

..dalam perjalanan balik, semua dah keletihan, masing2 dah tertidur dalam kereta..no.1 tertidur pastinya Fakhriy, orang yang tak nak balik masa kat water park tu..jenuhlah ayah dia memujuk..and janji nanti kita pergi lagi water park..then barulah dia boleh terima..oleh itu, hubby dah bagi tugas seperti biasalah annual event kami..nak cari tarikh nak booking kat tiara PD tu..insyaAllah akan tertunai lagi event tu untuk tahun 2010 ni..

..sebelah malam lak, kami plan nak belajan mak aku dinner kat luar..bawa ke restoran kegemaran aku tu, restoran yang menyediakan nasi goreng arab yang amat aku suka tu lah kan..then malam tu pecah rekod, Fakhriy makan lamb chop with black pepper sauce..tak sangka sama sekali..dia tak makan pedas, tapi malam tu dia boleh makan lak..dan suka..minta lagi minta lagi..dah selesai makan balik..gantikan baju tidur anak2 dan suruh diaorang masuk bilik masing2..tidur..aku suruh rehat sebab keesokannya nak ke kelas karate-do pula..

Friday, January 15, 2010

..esok family day TM..bawa anak2 mandi kolam..

..baru 2 bulan kerja kat TM ni..dah dapat gi family day..seronok tul..bila dengar family day ni..sebab tempatnya..pastinya anak2 aku suka sangat tempat tu..mana lagi kalau tak tempat yang ada kolam kan..mesti la diaorang suka..so, esok akan ke Desa Water Park kat Taman Desa tu..

..aku ke sana tujuan nak bawa anak2 aku mandi kolam jer..tapi biar la hubby yang bawa diaorang mandi kolam..aku nak temankan Fatihah jalan2..sebab Fatihah memang tak leh mandi kolam buat masa ni..Fatihah tak leh mandi sejuk2..she’s still on medication..biarlah dia sihat dengan sepenuhnya dulu..lepas tu nanti akan aku bawa dia untuk mandi kolam kat tempat lain lak..

..ingatkan nak tidur je weekend ni..nak rehat..rasa penat tul minggu ni..tapi demi anak2 akan ku gagahkan juga bawa mereka outing..sian lak..seminggu sekolah..bagi rest la pulak waktu weekend..ahad lak Fayyadh, Fakhriy nak gi kelas karate-do..nanti akan aku coretkan peristiwa family day dan kelas karate-do mereka..

Thursday, January 14, 2010

..andainya kita susah..ada yang lebih susah lagi..

..ada masanya kita rasakan kita amat susah..dan melalui jalan buntu..tetapi ketahuilah bahawasanya..sesusah-susah kita, ada insan lain yang lebih susah lagi dari kita malah jauh lebih susah dan pelbagai masalah yang dihadapi..

..ada masanya kita rasa sukar hadapi sesuatu keadaan tu..dan rasa amat dibebani..tetapi ketahuilah bahawasanya..ada sebab musabab kenapa Allah telah melorongkan sedemikan rupa..dan malah untuk mengingatkan kita bahawasanya tiada tempat lain yang boleh kita mengadu kedukaan hati atas apa yang kita hadapi dan meminta petunjuk selain dari memohon pada yang esa..Allah s.w.t..

..ada masanya kita rasa cukup-cukup sedih dengan apa yang berlaku pada kita..ahli keluarga kita..orang tersayang..tetapi ketahuilah bahawasanya semua itu adalah ujian dariNya..untuk memberi yang terbaik di kemudian hari..insyaAllah..

..Fakhriy memasuki alam persekolahan darjah 1 tahun 2010..

..disebalik kesedihan ada kegembiraan yang dikurniakan..syukur ke hadrat ilahi atas segala rezeki yang dikurniakan pada kami..

..kami tidak hadapi masalah masa menghantar Fakhriy masuk ke darjah 1, memula risau juga takut dia refuse ke nak ke sekolah..yelah kan..sekolah baru pada dia..dan totally tak sama dengan kindergarten dia dulu..kami harap2 dia boleh handle diri sendiri..dan tak perlu dibantu kat sekolah..biar dia berdikari..

..bab di transit tu..time by time dia akan belajar banyak benda baru..macam2 kakak2 kat transit tu akan ajar dia..salah satu darinya yang aku ingat..lelaki, bila keluar nak ke bilik mandi, pakai tuala..pastikan tuala tu tutup atas pusat sampai ke kaki..sebab untuk tutup apa..tutup aurat..faham tak..faham kak hajar..jawab anak2 kecil kat transit tu..
..pada kami..hanya doa dan tawakal saja kami panjatkan agar anak2 kami beroleh keredhaan dan keberkatan semasa menuntut ilmu..tidak kira apa jenis ilmu yang dipelajarinya yang baik2..bagi aku sebagai seorang ibu, Fakhriy masih banyak benda lagi yang dia harus belajar, bila dia dah masuk darjah 1 ni, banyak lagi benda yang dia perlu tahu..dan dari masa ke semasa..harapan kami dia akan lebih matang lagi..sebab Fakhriy seorang yang boleh dikategorikan manja, sebab tu harapan kami agar bila dia dah masuk alam persekolahan yang sebenar ni..banyaklah ilmu yang didapat dan kena praktik..semoga suatu hari nanti dia akan jadi seseorang yang berdikari sepenuhnya..

..jadual Fakhriy sekarang begitu berbeza dengan tahun sudah masa dia di tadika..dulu dia ke sekolah sebelah pagi dan tengahari balik ke taska..makan tidur dan main..tetapi tahun ni jadual dia totally berubah..seawal 5.45 pagi Fakhriy dah dikejutkan..ambil masa juga nak kejutkan Fakhriy untuk disuruh mandi..dan bersiap..setelah dipujuk oleh ayah..atau pujukan ayah tak menjadi..maka tibalah masa untuk menggunakan kuasa veto aku untuk mengejut dan menyuruh mandi..alhamdulillah..selalunya Fakhriy akan bangun bila aku mengeluarkan suara tegas aku..dan pastinya dia bangun dan masuk ke bilik air untuk mandi..biasanya masa mandi tu ada bunyi rengekan hingga selesai mandi..setelah keluar dari bilik air..rengekan tu pun hilang..dan dia akan disiapkan oleh aku..dengan pakaian baju melayu putih untuk ke sekolah agama..dia disikatkan rambut..dipakaikan sampan..dan dipimpin tangan turun ke bawah..

..kami menghantar Fakhriy, Fayyadh, Fatihah ke transit seawall 6.45 pagi setiap hari..dari rumah Fakhriy akan duduk di belakang dan berbaring..dia memakai stoking dan kasut sendiri..ada kalanya dia tak terdaya nak pakai kasut..dan aku sarungkan kasut dia setibanya di depan transit mereka..dalam hati ada rasa kesian tengok Fakhriy..tapi aku tabahkan hati aku demi masa depan dia..dia harus belajar semua laluan persekolahan seperti kakak dan abang dia..doa ibu dan ayah sentiasa bersama mu, anak2 ku..

..dalam jam 7.20 pagi, Fakhriy akan ikut Fayyadh berjalan kaki dari transit ke sekolah agama..tiap kali aku meninggalkan mereka di transit tu..aku tinggalkan sekali doa selamat untuk ketiga2 anak aku..aku berserah dan bertawakal pada ilahi..semoga melindungi anak-anak comel kami tu..setelah habis sekolah agama..Fakhriy akan berjalan kaki semula ke transit..untuk mandi dan makan serta bersiap berpakaian sekolah kebangsaan..Fakhriy jenis seorang budak yang kurang suka makan nasi, sedangkan di transit nasi dan lauk dihidangkan masih panas-panas lagi..aku ingatkan dia hari2..abang chik kena makan ya dekat transit..nak tak larat nak pergi sekolah kebangsaan..dia memberi jawapan seringkas..ya ibu..

..dalam jam 12.30 tengahari Fakhriy berjalan kaki ke sekolah kebangsaan dari transit yang berada di depan pagar sekolah..dan petangnya setelah habis sekolah, dia akan berjalan kaki ke transit utk menunggu Cikgu Ani (orang yang membawa pulang anak2 kami dari transit) ambil dan bawa pulang ke taska Farriys..setelah husband aku ambil aku di pejabat dan pulang ke bangi..setelah itu kami menjemput kesemua anak2 kami di taska dan bawa pulang ke rumah..sampai di rumah semuanya akan mandi dan makan..serta bersiap ikut jadual sama ada pergi mengaji atau kelas tambahan..setelah habis mengaji atau kelas tambahan..pulang ke rumah untuk membuat kerja sekolah..setelah selesai..minum susu dan masuk tidur..

..itulah rutin harian Fakhriy dan kakak abangnya juga..setiap hari aku berdoa pada ilahi agar dia memberi kekuatan dan ketabahan pada anak2 aku untuk melalui alam persekolahan dan kehidupan yang sebegitu..dan semoga allah memberi ketabahan buat aku dan husband untuk cekal menerima rutin kehidupan anak2 kami yang memang padat..

Tuesday, January 12, 2010

..coretan tentang fatihah masuk hospital..01.01.10..

..pembukaan tahun baru 2010 amatlah mencabar bagi aku sekeluarga..sebab tanggal 01.01.2010, fatihah dimasukkan ke wad kat Hospital Pakar An-nur, Bangi..tangal 31.12.2009, aku dan husband memang cuti, nak buat persiapan utk Fakhriy ke standard 1..kami di rumah saja..tak kemana pun..petang tu aku perasan, Fatihah batuk2 dan aku Tanya dia, kakak semput ke..dia kata ada sikit2..then aku monitor sampai ke maghrib..lepas maghrib aku perhatikan Fatihah baring di sofa..aku Tanya dia..kakak dah solat maghrib ke..dia kata kakak tak larat la ibu nak bangun..kakak nak tidur jer..aku terkejut..cepat2 aku pergi dekat dia..dan terus tangan aku letakkan dekat leher dia..Ya allah..anak aku demam rupanya dah panas..aku cepat2 ambil ubat demam bagi dia makan..aku kata kakak makan nak..dia kata tak larat nak makan..tak nak makan..nak tidur jer..aku kata..ok..takpa..kakak baring..dia tidur terus sampai pukul 11 dia terjaga..aku rasa leher dia, demam panas balik..then aku bagi ubat lagi..sebab dah lebih 4 jam..panas balik..dia baring semula..
..malam tu aku keep on ke bilik Fatihah, nak tengok keadaan dia..bila jam menunjukkan antara 3-4 pagi..Fatihah still demam..dan batuk makin kuat..aku perhatikan dada dia makin kencang..aku dah tak sedap hati..then..aku suruh Fatihah bangun, ambil ventolin puff, lepas 2 puff..aku suruh baring..tapi Fatihah tak rasa lega selepas ambil 2 puff tu..aku urut2 dada dia..dia dapat lena kejap..then bila lepas subuh..aku terus decide ajak husband bawa Fatihah ke Hospital Pakar An-nur..masa menunggu giliran nak jumpa doctor..aku cukup tak selesa tengok Fatihah..kesian betul aku tengok anak aku..batuk makin kuat..dan dada makin kuat kencang..aku makin risau..lambat pula nak masuk jumpa doctor..
..aku tak Tanya pun nurse..giliran kami..tapi aku pergi check sendiri dekat form yang tersusun atas meja tu..bila giliran anak aku..ok..lagi 2 orang saja..lepas tu nurse panggil nama Fatihah, yes..jumpa doktor yang memang aku suka..doktor yang memang prihatin..aku dah cukup kenal sangat doktor2..kat An-nur tu..most of doctor kat An-nur tu memang buat aku puas hati dengan action diaorang..doktor Maria nama doctor yang check Fatihah tu..ambil suhu..memang tinggi 38.9..doktor terkejut..doktor check paru-paru Fatihah..then cakap anak puan kena ambil nebulizer la puan..ya doctor..whatever yang boleh buat anak saya sihat..suhu pun tinggi ni puan..lepas nebulizer..makan ubat demam dulu..then kita kena ambil darah la puan..ok, doctor..we just go on with the action..
..hati aku dah makin risau..makin cuak..macam2 dah aku fikir..dah settle nebulizer, makan ubat demam..then jumpa doctor balik..doktor kata not so much different la puan after neb, I think kena masuk wad la puan..aku terkejut..what? kena masuk wad, doctor?..aku terkejut sebab macam critical betul situasi anak aku tu..yes, puan..we need warded her to have further checkup..since dia demam dari semalam..berbalik2 panas dia..aku pandang husband..then husband jawab..ok doctor, we proceed to admit her in the ward..doktor pun panggil nurse..buat procedure admission..
..dalam fikiran aku bercelaru masa tu..aku tak boleh terima hakikat anak aku have to be warded, apa sakit anak aku sebenarnya..demam panas, asthmatic..then..any other possibility sakit lain ke..setelah process masuk wad settle, Fatihah di hantar ke wad, aku memang pilih single bed, dan hubby pun cakap kat nurse tu, confirm kan bilik single..nurse tu kata ya encik, bilik single deluxe..wah, dalam hati aku bukan single standard tu..kat An nur tu ada 3 jenis single bed..standard,deluxe,suite..tapi tak kisahlah..yang penting anak aku selamat dan sihat..
..nurse kata nanti doctor pakar datang..huh? doctor pakar? Lagi membuatkan aku risau betul, doctor pakar datang buat checkup pada Fatihah, dan macam buat investigation dekat aku, Tanya segala sejarah keluarga, macam2 soalan aku kena jawab..dari awal tahun 2009 hingga lah akhir tahun 2009 punya sejarah doctor tu Tanya..nasib baik la aku memang boleh ingat dan boleh jawab apa yang doctor tu Tanya..dari soalan2 doktor tu lah menunjukkan samada parents prihatin atau tidak pada kesihatan anak..doktor pun explain what procedure Fatihah need to be taken..and what medication need to be consumed..hati aku memang sedih bila tengok Fatihah kena guna oksigen tube..oksigen dalam badan dia dah terlalu rendah..dia cakap rimas la ibu guna tube ni..aku kata..sabar ya sayang..doktor nak bagi kakak sihat..
..dari mula jumpa doktor GP tadi hinggalah ke petang, demam Fatihah tak surut2, bila nurse measure temperature around 38.8, 38.9, 39.5, 39.8, 39.9..nurse tu pun dah risau..then dia kata saya akan telefon doktor Khairul (doktor pakar yang incharge handle kes Fatihah)..Fatihah makin lesu..dan mengigil..sebab terlalu panas demam dia..nurse bagi small towel and bekas air untuk lap seluruh badan dia..nurse tu buatkan semua..aku memandang anak aku yang terlantar atas katil tu..hati aku cukup2 sedih..aku nak menangis tapi aku tahan sebab aku kena kuat..kalau tak anak aku juga jadi tak kuat..bayangkan dengan tube oksigen dengan tangan masuk drip water, dengan demam panas, dengan kena ambil nebulizer..memang sedih lah aku tengok anak aku masa tu..aku cuba sedaya upaya tahan air mata dari menitis..memujuk hati supaya kuat dan tabah hadapi ujian Allah s.w.t..
..then nurse tu datang semula ke wad Fatihah, and mentioned..doktor Khairul kata akan tukar ubat puan sebab ubat tu jalan dengan adik Fatihah..then ubat yang ditukar tu membuatkan aku rasa lagi kuat nak menangis..ubat tu kena masukkan ikut urat tangan Fatihah..dan bila masukkan ubat tu, Fatihah akan menangis sekuat hati..sebab doktor kata ubat tu memang sakit bila dimasukkan..dah lah banyak 20ml pulak tu..sepanjang ubat tu dimasukkan selama tulah Fatihah menangis..tak tahan betul hati aku tengok anak aku menangis kesakitan masa dimasukkan ubat tu..then Fatihah berehat lepas ubat tu habis dimasukkan..
..aku menunggu dia di wad dalam keadaan kebingungan..apa agaknya sakit anak aku ni..sampaikan doktor masukkan ke wad..petang tu doktor Khairul datang dan bagi explanation pada kami..Fatihah kena demam panas and kena attack asthma..demam tak turun2 panasnya..so conclusion doktor suspect pneumonia..doktor brief yang pneumonia ni adalah infection pada paru-paru yang mana boleh menyebabkan radang paru-paru..dan kesimpulannya memang amat bahaya dan boleh membawa maut kata doktor..aku cukup2 terkejut dengan penerangan doktor tu..aku tak mampu berkata apa2..aku hanya berdoa dan berserah pada ilahi..
..ingin saja aku menangis selepas mendengar penerangan doktor tu..tapi memandangkan aku di sebelah Fatihah..aku kuatkan juga hati..bila doktor nak keluar dari wad..aku ikut dibelakang doktor..menghantar doktor ke pintu..dan aku terus keluar dari wad tu dan pergi ke toilet..husband ada menemankan Fatihah..di dalam toilet tu..aku menangis sepuasnya..dan melegakan hati sendiri..aku tak tahu apa lagi yang mampu aku buat..hanya berserah padaNya..setelah aku rasa kuat utk balik semula ke wad..aku ceriakan diri..dan aku balik semula ke wad Fatihah..dan bagi Fatihah makan sebab dia belum makan lagi dari tadi..sambil suapkan Fatihah..hati aku berkata2 sendiri..ya allah ya tuhanku..begitu besar ujian mu ini ya allah..sesungguhnya ini adalah ujian yang terbaik buat aku..aku redha atas ketentuan dan takdir mu ya allah..kau berikanlah aku kekuatan dan ketabahan utk menghadapi ujian ini ya allah..sesungguhnya yang baik dari mu dan yang tidak baik dari hambamu ini ya allah..
..hari demi hari..yang dilalui Fatihah di wad..memang menyedihkan aku..demam surut sikit2..nebulizer masih setiap 3 jam..oksigen masih disalurkan..ubat yang dimasukkan ikut urat tu masih lagi berterusan..dan berterusan lah Fatihah menangis menahan kesakitan..itulah yang aku tak sanggup nak tengok..tiap kali dia menangis kesakitan tu..setiap kali tu lah hati kau terdetik..ya allah..biarlah aku yang menanggung kesakitan tu..dari anak aku..then aku highlight pada doktor Khairul..takada cara lain ke nak masukkan ubat tu..then doktor Khairul bagi instruction pada nurse guna kan syringe pump machine..means masukkan ubat tu guna machine instead of manual by nurse..then ubat tu akan masuk slow and lama..makan masa..tak apa..as long as Fatihah tak menangis kesakitan..
..the next day Fatihah dibawa buat x-ray, tapi masa tu aku takada dengan husband sebab kami pergi ke sekolah menguruskan Fakhriy masuk darjah 1 dan husband jaga Farriys, yang jaga Fatihah adalah parents in law aku..Fatihah di bawa x-ray pagi tu, dan jelas dari hasil x-ray tu, paru-paru dia memang dah penuh diselaputi kahak2 yang menebal yang menyebabkan infection tu..then setelah selesai pendaftaran Fakhriy, kami ke wad semula..dan tengok wad kosong..tak ada siapa pun..aku memang terkejut sangat2 dan terus berlari tanyakan nurse..then nurse kata adik Fatihah jumpa pakar fisio, parents in law bawa Fatihah jumpa pakar fisio..Fatihah lalui procedure fisio utk paru-paru dia..selama 5 hari Fatihah melalui procedure fisio tu..hari2 yang aku lalui dengan melihat anak aku melalui procedure perubatan yang ditetapkan doktor tu..membuatkan aku mengajar erti redha dengan ujian allah s.w.t..
..progress Fatihah untuk sembuh very slow, hari demi hari doktor still bagi result yang tak menggembirakan..doktor kata lung dia still tak clear..still need to go through the procedure for 5 days..aku hanya berdoa dan berserah agar Allah bagi anak aku kekuatan utk laluinya..Fatihah dimandikan dan dipakaikan baju setiap hari ..disuapkan makan setiap hari..bila dikenangkan saat2 itu..hanya air mata merintih ke dalam..selama membesarkan Fatihah..hanya sekali Fatihah pernah masuk wad masa usia dia 7 bulan, kes yang sama kahak dah menyaluti paru-paru dia..but then bila dia berumur 9 tahun 1 bulan..again dia dimasukkan wad sebab yang sama tapi tahap yang lebih serius..
..hari2 aku berulang alik dr rumah ke sekolah ke wad ke sekolah ke umah ke wad..itulah rutin aku utk 6 hari tu..selama Fatihah di wad..aku kena ambil emergency leave untuk beberapa hari..kebetulan masa awal-awal Fatihah masuk wad..aku pun tak sihat..aku batuk berdarah dan aku pun kena semput..kahak terlalu banyak di paru-paru juga..aku ambil nebulizer setiap 4 jam..doktor kata aku tak cukup rest..and maybe stress juga..dalam keadaan anak sakit..pastinya tiada parents yang tidak bimbang tidak risau..
..hari ke 6 Fatihah di wad, doktor Khairul datang check, doktor Khairul bagi keluar but kena follow up every 2 weeks and Fatihah need to be on medication for 2 months at least..itulah berita yang tak menggembirakan aku..walaupun dapat keluar dari wad tapi still on medication for quite some time tu membuatkan hati aku masih bimbang..keesokannya aku dan husband pergi ke office seperti biasa dan aku minta tolong bantuan seseorang jagakan Fatihah di rumah..tapi dalam pukul 9, aku telefon handphone Fatihah..Fatihah kata..dia rasa sakit dada dan rasa penat sangat..aku terkejut dan terus decide nak balik and EL saja on that day, aku suruh hubby fetch aku di office dan terus balik tengok Fatihah..seharian tu aku sentiasa monitor dia..bagi dia ubat ikut masa yang betul..same goes to the next day and the next 2 days..
..sehingga semalam Fatihah pergi ke sekolah buat hari pertamanya di tahun 2010 setelah tidak bersekolah selama seminggu..hati aku amat berat utk lepaskan dia ke sekolah dalam keadaan yang tidak sembuh sepenuhnya..hanya hati aku tawakal pada yang Esa..semalam Fatihah balik dari mengaji..masih lagi ada bunyi batuk dia setiap 15 minit..setiap sejam atau 2 jam aku di waktu malam..aku bangun utk melihat keadaan Fatihah di bilik dia..hati sentiasa risau bila nak ke bilik dia..hati berkata2..ok ke tak anak kau ni..hanya Allah yang lebih mengetahui kata hati aku..
..sehingga ke hari ni, fikiran aku masih tidak tenteram..memikirkan keadaan Fatihah..sukar nak melihat keceriaan pada Fatihah seperti biasa sekarang ni..hanya Allah s.w.t. saja yang mengetahui dan menentukan..aku hanya mampu berusaha yang terbaik dan berserah padaNya..dibawah ni ada aku tatapkan sikit gambar masa di wad..

..sesuatu yg tak mudah di dapat, sesuatu yg berharga..

..sesuatu yg tak mudah di dapat, sesuatu yg berharga..

..lagi 2 hari berakhir la tahun 2009 dan tiba2 aku terfikir tentang..pengalaman2 yang lepas sepanjang tahun 2009 ni..terlalu banyak kenangan manis & pahit, pengalaman yang berharga mahupun yang gembira & sedih..semua laluan hidup ini adalah suatu ujian dariNya..kita sentiasa di uji di uji dan di uji..
..dengan ujian dariNya lah yang membuat kita lebih teguh lebih tabah mengharungi liku-liku kehidupan akan datang..aku terfikir tentang apa yang orang lain dapat dengan begitu mudah tetapi bagi aku untuk mendapatkan yang sama tidak mudah..dan adakalanya tertanya-tanya kenapa begitu sukar untuk aku mendapatkannya sedangkan insan2 lain amat mudah mendapatkannya..ada insan yang menyedarkan bahawasanya..kesukaran yang kita lalui utk mendapat sesuatu itulah sesuatu yang amat berharga sebab kita berusaha bersungguh-sungguh mendapatkannya..dan setelah kita memperolehinya, kita akan menghargainya teramat sangat..kita akan sentiasa ingat betapa sukarnya aku nak mendapatkannya..dan tidak akan aku sia-siakan ianya..insyaAllah..