Thursday, January 14, 2010

..andainya kita susah..ada yang lebih susah lagi..

..ada masanya kita rasakan kita amat susah..dan melalui jalan buntu..tetapi ketahuilah bahawasanya..sesusah-susah kita, ada insan lain yang lebih susah lagi dari kita malah jauh lebih susah dan pelbagai masalah yang dihadapi..

..ada masanya kita rasa sukar hadapi sesuatu keadaan tu..dan rasa amat dibebani..tetapi ketahuilah bahawasanya..ada sebab musabab kenapa Allah telah melorongkan sedemikan rupa..dan malah untuk mengingatkan kita bahawasanya tiada tempat lain yang boleh kita mengadu kedukaan hati atas apa yang kita hadapi dan meminta petunjuk selain dari memohon pada yang esa..Allah s.w.t..

..ada masanya kita rasa cukup-cukup sedih dengan apa yang berlaku pada kita..ahli keluarga kita..orang tersayang..tetapi ketahuilah bahawasanya semua itu adalah ujian dariNya..untuk memberi yang terbaik di kemudian hari..insyaAllah..

1 comment:

khairanimaisurah said...

manusia terkadang ia lupa, bila diuji... mula menginsafi. bila ujian pergi, dia mula lupa diri...

moga kita semua jadi umatNya yang sedar diri.