Wednesday, January 27, 2010

..alhamdulillah..sakit dada ku bukan berkaitan jantung..

..semalam aku gerak awal dari ofis..disebabkan dada terlalu sakit..aku buat keputusan untuk terus pergi berjumpa doktor di hospital pakar Annur..aku memilih hospital tu sebab, my medical history is there and the doctor can refer to my history..

..sampai di hospital tu, register di kaunter, dan tunggu giliran dipanggil, dan kali ni aku sememangnya memilih doktor perempuan, kebiasaannya aku tidak memilih untuk berjumpa doktor bila membawa anak-anak, tapi kali ni diri aku sendiri melibatkan dada dan rasanya sentuhan doktor untuk memeriksa diperlukan..

..beberapa soalan diajukan, doktor tidak memberi apa-apa respon lagi, hati dah mula gementar, sememangnya perasaan aku takut bila melibatkan sakit dada, sebab boleh melibatkan bahagian jantung..dokto mengajukan lagi beberapa soalan, dan setelah dijawab dan doktor berpuas hati dengan symptom-symptom sakit aku, doktor memberi keputusan yang syukur, Alhamdulillah, kesakitan dada yang aku alami tidak melibatkan bahagian jantung..lega sungguh aku dengar..

..tapi doktor kata, ini disebabkan infection..dimana masa Fatihah masuk hospital tempoh hari, aku juga tidak ketinggalan mengalami batuk yang berpanjangan, dan terpaksa mengambil neubeliser dan inhaler..dan doktor kata dari kesan itulah..bahagian di tengah-tengah dada aku merasa sakit setelah baik dari batuk..contohnya doktor kata, seperti luka di tangan, bila dah hamper baik, kesan luka tu kalau disentuh masih pedihkan..so macam itulah perumpaannya..bila aku bernafas..dada rasa sakit dan seperti mencucuk-cucuk..inflammation..kata doktor yang merawat aku tu..

..then, doktor bagi ubat makan & juga ubat sapu di bahagian sakit tu.., doktor ada pesan, selepas ni andai rasa sakit dada tu bertambah kuat, dan rasa sakit tu berlarutan hingga ke leher dan juga tangan..tidak boleh tunggu-tunggu, harus terus pergi ke hospital..lepas tu aku balik ke rumah sapu ubat dan berehat..nasib baiklah semalam tak kelam kabut, anak-anak sekolah separuh hari, ada majlis persaraan guru di sekolah..bila balik dia orang dah siap mandi & makan..hanya tunggu waktu untuk di hantar mengaji dan tuition saja..sebelah malam..sakit dada berkurangan walaupun memang masih ada rasa sakit lagi..apa yang perlu aku buat adalah bawa ubat sapu tu bersama-sama ke mana saja aku pergi, sebagai langkah berjaga-jaga..

..sekali lagi aku panjatkan kesyukuran pada yang maha Esa kerana sakit dada yang aku alamai tidak melibatkan jantung aku, Cuma doktor berpesan dan memberitahu symptom serangan jantung..supaya aku berjaga-jaga bila ada rasa sakit dada lagi..semoga Allah menjauhkan apa-apa yang tidak diingini berlaku..masih banyak lagi tanggungjawab yang aku harus tunaikan, andainya kesihatan tidak baik, bagaimanalah anak-anak kecilku akan membesar nanti, aku akan tetap berdoa padaMu, Ya Allah..hanya pada Mu sajalah..tempat aku mengadu dan bermohon, dan Engkau sajalah yang menentukan segalanya.

2 comments:

imanamani said...

makan ubat..jaga pemakanan.... insyaAllah...ok ....

Faznali said...

terima kasih kak. post ni menjawab persoalan saya tentang sakit dada saya :)