Friday, January 22, 2010

..seronoknya..hari ni jumaat..esok lusa bersama suami & anak2..

..yaaahooo..today is Friday..and Saturday and Sunday coming again..seronoknya hati bila sampai hari Jumaat..sebabnya Sabtu & Ahad meluangkan masa sepenuhnya dengan suami tercinta & anak-anak comel yang tersayang..rasa rindu betul luangkan masa bersama mereka

..bukan saya dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta..malah dapatlah bermanja-manja dengan suami mithaliku yang amat disayangi..dan dirindui..hari-hari biasa dapat juga bermanja..tapi masanya amatlah suntuk..but masa hujung minggu..dapat selalu bersama dengan dia, dapat selalu melihat dia di depan mata..kalau hari biasa..dari pagi hingga ke petang..tidak kelihatan wajah suami tercinta di depan mata..hanyalah lelaki-lelaki sepejabat yang dapat dilihat..

..ku panjatkan doa pada ilahi kerana telah memberikan bait-bait kehidupan yang bahagia bersama suami & anak-anak tersayang..tiada lain yang lebih menyeronokkan selain liku-liku kehidupan ini dilalui bersama mereka..& tidak ketinggalan liku-liku kehidupan yang dilalui dengan masih mempunyai seorang ibu yang begitu prihatin dan penyayang walaupun diusia aku yang akan mencecah 35 tahun ni..

..badan masih di pejabat..tapi fikiran dan hati dah sampai ke rumah..tak sabar untuk melupakan seketika perihal di tempat kerja..dan hanya memikirkan tentang kehidupan sekeluarga..perancangannya, esok nak bawa anak-anak ke taman permainan di awal pagi..dan bersarapan bersama di gerai roti canai kegemaran kami..

..Ya Allah ya tuhanku, semoga kebahagiaan ini berkekalan bersama aku & keluarga ku..kau permudahkanlah segala pengurusan ku sehari-hari..kau berkatilah segala usaha dan doa kami..

No comments: