..pembukaan tahun baru 2010 amatlah mencabar bagi aku sekeluarga..sebab tanggal 01.01.2010, fatihah dimasukkan ke wad kat Hospital Pakar An-nur, Bangi..tangal 31.12.2009, aku dan husband memang cuti, nak buat persiapan utk Fakhriy ke standard 1..kami di rumah saja..tak kemana pun..petang tu aku perasan, Fatihah batuk2 dan aku Tanya dia, kakak semput ke..dia kata ada sikit2..then aku monitor sampai ke maghrib..lepas maghrib aku perhatikan Fatihah baring di sofa..aku Tanya dia..kakak dah solat maghrib ke..dia kata kakak tak larat la ibu nak bangun..kakak nak tidur jer..aku terkejut..cepat2 aku pergi dekat dia..dan terus tangan aku letakkan dekat leher dia..Ya allah..anak aku demam rupanya dah panas..aku cepat2 ambil ubat demam bagi dia makan..aku kata kakak makan nak..dia kata tak larat nak makan..tak nak makan..nak tidur jer..aku kata..ok..takpa..kakak baring..dia tidur terus sampai pukul 11 dia terjaga..aku rasa leher dia, demam panas balik..then aku bagi ubat lagi..sebab dah lebih 4 jam..panas balik..dia baring semula..
..malam tu aku keep on ke bilik Fatihah, nak tengok keadaan dia..bila jam menunjukkan antara 3-4 pagi..Fatihah still demam..dan batuk makin kuat..aku perhatikan dada dia makin kencang..aku dah tak sedap hati..then..aku suruh Fatihah bangun, ambil ventolin puff, lepas 2 puff..aku suruh baring..tapi Fatihah tak rasa lega selepas ambil 2 puff tu..aku urut2 dada dia..dia dapat lena kejap..then bila lepas subuh..aku terus decide ajak husband bawa Fatihah ke Hospital Pakar An-nur..masa menunggu giliran nak jumpa doctor..aku cukup tak selesa tengok Fatihah..kesian betul aku tengok anak aku..batuk makin kuat..dan dada makin kuat kencang..aku makin risau..lambat pula nak masuk jumpa doctor..
..aku tak Tanya pun nurse..giliran kami..tapi aku pergi check sendiri dekat form yang tersusun atas meja tu..bila giliran anak aku..ok..lagi 2 orang saja..lepas tu nurse panggil nama Fatihah, yes..jumpa doktor yang memang aku suka..doktor yang memang prihatin..aku dah cukup kenal sangat doktor2..kat An-nur tu..most of doctor kat An-nur tu memang buat aku puas hati dengan action diaorang..doktor Maria nama doctor yang check Fatihah tu..ambil suhu..memang tinggi 38.9..doktor terkejut..doktor check paru-paru Fatihah..then cakap anak puan kena ambil nebulizer la puan..ya doctor..whatever yang boleh buat anak saya sihat..suhu pun tinggi ni puan..lepas nebulizer..makan ubat demam dulu..then kita kena ambil darah la puan..ok, doctor..we just go on with the action..
..hati aku dah makin risau..makin cuak..macam2 dah aku fikir..dah settle nebulizer, makan ubat demam..then jumpa doctor balik..doktor kata not so much different la puan after neb, I think kena masuk wad la puan..aku terkejut..what? kena masuk wad, doctor?..aku terkejut sebab macam critical betul situasi anak aku tu..yes, puan..we need warded her to have further checkup..since dia demam dari semalam..berbalik2 panas dia..aku pandang husband..then husband jawab..ok doctor, we proceed to admit her in the ward..doktor pun panggil nurse..buat procedure admission..
..dalam fikiran aku bercelaru masa tu..aku tak boleh terima hakikat anak aku have to be warded, apa sakit anak aku sebenarnya..demam panas, asthmatic..then..any other possibility sakit lain ke..setelah process masuk wad settle, Fatihah di hantar ke wad, aku memang pilih single bed, dan hubby pun cakap kat nurse tu, confirm kan bilik single..nurse tu kata ya encik, bilik single deluxe..wah, dalam hati aku bukan single standard tu..kat An nur tu ada 3 jenis single bed..standard,deluxe,suite..tapi tak kisahlah..yang penting anak aku selamat dan sihat..
..nurse kata nanti doctor pakar datang..huh? doctor pakar? Lagi membuatkan aku risau betul, doctor pakar datang buat checkup pada Fatihah, dan macam buat investigation dekat aku, Tanya segala sejarah keluarga, macam2 soalan aku kena jawab..dari awal tahun 2009 hingga lah akhir tahun 2009 punya sejarah doctor tu Tanya..nasib baik la aku memang boleh ingat dan boleh jawab apa yang doctor tu Tanya..dari soalan2 doktor tu lah menunjukkan samada parents prihatin atau tidak pada kesihatan anak..doktor pun explain what procedure Fatihah need to be taken..and what medication need to be consumed..hati aku memang sedih bila tengok Fatihah kena guna oksigen tube..oksigen dalam badan dia dah terlalu rendah..dia cakap rimas la ibu guna tube ni..aku kata..sabar ya sayang..doktor nak bagi kakak sihat..
..dari mula jumpa doktor GP tadi hinggalah ke petang, demam Fatihah tak surut2, bila nurse measure temperature around 38.8, 38.9, 39.5, 39.8, 39.9..nurse tu pun dah risau..then dia kata saya akan telefon doktor Khairul (doktor pakar yang incharge handle kes Fatihah)..Fatihah makin lesu..dan mengigil..sebab terlalu panas demam dia..nurse bagi small towel and bekas air untuk lap seluruh badan dia..nurse tu buatkan semua..aku memandang anak aku yang terlantar atas katil tu..hati aku cukup2 sedih..aku nak menangis tapi aku tahan sebab aku kena kuat..kalau tak anak aku juga jadi tak kuat..bayangkan dengan tube oksigen dengan tangan masuk drip water, dengan demam panas, dengan kena ambil nebulizer..memang sedih lah aku tengok anak aku masa tu..aku cuba sedaya upaya tahan air mata dari menitis..memujuk hati supaya kuat dan tabah hadapi ujian Allah s.w.t..
..then nurse tu datang semula ke wad Fatihah, and mentioned..doktor Khairul kata akan tukar ubat puan sebab ubat tu jalan dengan adik Fatihah..then ubat yang ditukar tu membuatkan aku rasa lagi kuat nak menangis..ubat tu kena masukkan ikut urat tangan Fatihah..dan bila masukkan ubat tu, Fatihah akan menangis sekuat hati..sebab doktor kata ubat tu memang sakit bila dimasukkan..dah lah banyak 20ml pulak tu..sepanjang ubat tu dimasukkan selama tulah Fatihah menangis..tak tahan betul hati aku tengok anak aku menangis kesakitan masa dimasukkan ubat tu..then Fatihah berehat lepas ubat tu habis dimasukkan..
..aku menunggu dia di wad dalam keadaan kebingungan..apa agaknya sakit anak aku ni..sampaikan doktor masukkan ke wad..petang tu doktor Khairul datang dan bagi explanation pada kami..Fatihah kena demam panas and kena attack asthma..demam tak turun2 panasnya..so conclusion doktor suspect pneumonia..doktor brief yang pneumonia ni adalah infection pada paru-paru yang mana boleh menyebabkan radang paru-paru..dan kesimpulannya memang amat bahaya dan boleh membawa maut kata doktor..aku cukup2 terkejut dengan penerangan doktor tu..aku tak mampu berkata apa2..aku hanya berdoa dan berserah pada ilahi..
..ingin saja aku menangis selepas mendengar penerangan doktor tu..tapi memandangkan aku di sebelah Fatihah..aku kuatkan juga hati..bila doktor nak keluar dari wad..aku ikut dibelakang doktor..menghantar doktor ke pintu..dan aku terus keluar dari wad tu dan pergi ke toilet..husband ada menemankan Fatihah..di dalam toilet tu..aku menangis sepuasnya..dan melegakan hati sendiri..aku tak tahu apa lagi yang mampu aku buat..hanya berserah padaNya..setelah aku rasa kuat utk balik semula ke wad..aku ceriakan diri..dan aku balik semula ke wad Fatihah..dan bagi Fatihah makan sebab dia belum makan lagi dari tadi..sambil suapkan Fatihah..hati aku berkata2 sendiri..ya allah ya tuhanku..begitu besar ujian mu ini ya allah..sesungguhnya ini adalah ujian yang terbaik buat aku..aku redha atas ketentuan dan takdir mu ya allah..kau berikanlah aku kekuatan dan ketabahan utk menghadapi ujian ini ya allah..sesungguhnya yang baik dari mu dan yang tidak baik dari hambamu ini ya allah..
..hari demi hari..yang dilalui Fatihah di wad..memang menyedihkan aku..demam surut sikit2..nebulizer masih setiap 3 jam..oksigen masih disalurkan..ubat yang dimasukkan ikut urat tu masih lagi berterusan..dan berterusan lah Fatihah menangis menahan kesakitan..itulah yang aku tak sanggup nak tengok..tiap kali dia menangis kesakitan tu..setiap kali tu lah hati kau terdetik..ya allah..biarlah aku yang menanggung kesakitan tu..dari anak aku..then aku highlight pada doktor Khairul..takada cara lain ke nak masukkan ubat tu..then doktor Khairul bagi instruction pada nurse guna kan syringe pump machine..means masukkan ubat tu guna machine instead of manual by nurse..then ubat tu akan masuk slow and lama..makan masa..tak apa..as long as Fatihah tak menangis kesakitan..
..the next day Fatihah dibawa buat x-ray, tapi masa tu aku takada dengan husband sebab kami pergi ke sekolah menguruskan Fakhriy masuk darjah 1 dan husband jaga Farriys, yang jaga Fatihah adalah parents in law aku..Fatihah di bawa x-ray pagi tu, dan jelas dari hasil x-ray tu, paru-paru dia memang dah penuh diselaputi kahak2 yang menebal yang menyebabkan infection tu..then setelah selesai pendaftaran Fakhriy, kami ke wad semula..dan tengok wad kosong..tak ada siapa pun..aku memang terkejut sangat2 dan terus berlari tanyakan nurse..then nurse kata adik Fatihah jumpa pakar fisio, parents in law bawa Fatihah jumpa pakar fisio..Fatihah lalui procedure fisio utk paru-paru dia..selama 5 hari Fatihah melalui procedure fisio tu..hari2 yang aku lalui dengan melihat anak aku melalui procedure perubatan yang ditetapkan doktor tu..membuatkan aku mengajar erti redha dengan ujian allah s.w.t..
..progress Fatihah untuk sembuh very slow, hari demi hari doktor still bagi result yang tak menggembirakan..doktor kata lung dia still tak clear..still need to go through the procedure for 5 days..aku hanya berdoa dan berserah agar Allah bagi anak aku kekuatan utk laluinya..Fatihah dimandikan dan dipakaikan baju setiap hari ..disuapkan makan setiap hari..bila dikenangkan saat2 itu..hanya air mata merintih ke dalam..selama membesarkan Fatihah..hanya sekali Fatihah pernah masuk wad masa usia dia 7 bulan, kes yang sama kahak dah menyaluti paru-paru dia..but then bila dia berumur 9 tahun 1 bulan..again dia dimasukkan wad sebab yang sama tapi tahap yang lebih serius..
..hari2 aku berulang alik dr rumah ke sekolah ke wad ke sekolah ke umah ke wad..itulah rutin aku utk 6 hari tu..selama Fatihah di wad..aku kena ambil emergency leave untuk beberapa hari..kebetulan masa awal-awal Fatihah masuk wad..aku pun tak sihat..aku batuk berdarah dan aku pun kena semput..kahak terlalu banyak di paru-paru juga..aku ambil nebulizer setiap 4 jam..doktor kata aku tak cukup rest..and maybe stress juga..dalam keadaan anak sakit..pastinya tiada parents yang tidak bimbang tidak risau..
..hari ke 6 Fatihah di wad, doktor Khairul datang check, doktor Khairul bagi keluar but kena follow up every 2 weeks and Fatihah need to be on medication for 2 months at least..itulah berita yang tak menggembirakan aku..walaupun dapat keluar dari wad tapi still on medication for quite some time tu membuatkan hati aku masih bimbang..keesokannya aku dan husband pergi ke office seperti biasa dan aku minta tolong bantuan seseorang jagakan Fatihah di rumah..tapi dalam pukul 9, aku telefon handphone Fatihah..Fatihah kata..dia rasa sakit dada dan rasa penat sangat..aku terkejut dan terus decide nak balik and EL saja on that day, aku suruh hubby fetch aku di office dan terus balik tengok Fatihah..seharian tu aku sentiasa monitor dia..bagi dia ubat ikut masa yang betul..same goes to the next day and the next 2 days..
..sehingga semalam Fatihah pergi ke sekolah buat hari pertamanya di tahun 2010 setelah tidak bersekolah selama seminggu..hati aku amat berat utk lepaskan dia ke sekolah dalam keadaan yang tidak sembuh sepenuhnya..hanya hati aku tawakal pada yang Esa..semalam Fatihah balik dari mengaji..masih lagi ada bunyi batuk dia setiap 15 minit..setiap sejam atau 2 jam aku di waktu malam..aku bangun utk melihat keadaan Fatihah di bilik dia..hati sentiasa risau bila nak ke bilik dia..hati berkata2..ok ke tak anak kau ni..hanya Allah yang lebih mengetahui kata hati aku..
..sehingga ke hari ni, fikiran aku masih tidak tenteram..memikirkan keadaan Fatihah..sukar nak melihat keceriaan pada Fatihah seperti biasa sekarang ni..hanya Allah s.w.t. saja yang mengetahui dan menentukan..aku hanya mampu berusaha yang terbaik dan berserah padaNya..dibawah ni ada aku tatapkan sikit gambar masa di wad..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kakak...acu doa hari hari kakak cepat sembuh...sembuh sepenuhnya...jaga makan..minum.... pakai mask... ingat..acu sayang sangat kakak tau....
Post a Comment