..aduhai..rasanya dah jadi pengajaran bila Fatihah tertinggal kasut hitam tapi ada lagi insiden lain yang sedih dibuatnya..mungkin tak cukup dengan prihatin bila menyediakan perkakasan anak-anak tapi haruslah memastikan mereka telah pun lengkap memakainya..again its about my lovely Fakhriy Ariq story dengan keperluan ke sekolahnya..
..pagi semalam, aku telah bagi Fakhriy sepasang stoking baru untuk dia pakai ke sekolah..setelah mencapai stoking baru tu, dia masuk ke kereta, dan ingin pakai stoking dan kasut di dalam kereta..aku memang yakin yang aku dah bagi dia sepasang stoking..macam biasa masa balik kerja semalam..aku tak tengok pun stoking dan kasut dia..aku dan hubby hanya kemaskan beg sekolah dan beg transit anak-anak..
..tapi pagi ini, aku ternampak kasut sekolah Fakhriy hanya ada sebelah stoking saja..aku agak tercicir dekat rak kasut..lepas dicari-cari tak jumpa pula, jadi aku tanya pada Fakhriy..mana stoking abang chik lagi sebelah..lepas tu dia kata, masa nak pergi sekolah agama semalam abg chik Nampak ada satu sahaja..lepas tu aku terkejut, dan tanya dia, habis tu, abg chik pergi sekolah agama, sekolah kebangsaan dengan stoking sebelah saja ke?..Ya Allah, denganjawapan selamba saja dia kata, ya, ibu..abg chik pakai stoking sebelah saja..aduhaiiiii, anak ibu sayang..kenapa masa dalam kereta tak cakap dengan ibu..dan aku memang pasti aku bagi dia sepasang pagi semalam..daddy dia sambung..mana ada orang pergi sekolah p akai stoking sebelah,abang chik..
..Fakhriy diam saja..sakit kepala aku dengar..kami menjadi musykil mana perginya sebelah lagi stoking..kami memikirkan masa pagisemalam beli kuih di gerai sebelum ke transit..dia dah pakai stoking dan kasut..bermakna masa tu dia memang pakai sebelah sajalah stoking..aduhaiiiiiiii..anak aku..pendapat aku, mungkin dia duduk di baris ketiga kereta..gelap sedikit dia tak jumpa stoking lagi sebelah, dan ada perasaan takut nak bercakap dengan ibunya..jadi dia buat keputusan pakai sajalah sebelah stoking tu ke sekolah..
..teramat sedihnya aku bila memikirkan keadaan dia ke sekolah dengan hanya sebelah stoking saja..again, it is my fault..dah pastikan ada stoking tu tapi tidak pastikan dia dah memakai kedua-dua belah stoking dia..masa nak turunkan anak-anak pagi tadi di transit..hubby cuba cari di barisan ketiga kereta..memang sah..ada lagi sebelah stoking dengan barisan ketiga tu..stoking baru lagi sebelah tu..itulah dia kadang-kadang manusia dah rasa cukup sempurna dan lengkap..tapi masih ada lagi perkara yang terlepas pandang..contohnya apa yang aku alami inilah..rasa macam dah lengkap keperluan anak-anak aku tapi ada yang terlepas pandang..iaitu memastikan mereka telah memakai keperluan dengan lengkap..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
tak pe...sekali sekala....heheh... tapi rock ahhh abg chik pakai sebelah aje....
Post a Comment