..aduhai..dah la perjalanan dari bangi ke bangsar memang suatu perjalanan yang mencabar di pagi2 hari, dan tambah lagi dalam keadaan yang masih mengantuk..rasa nak lelap sekejap sementara nak sampai ke ofis dalam setengah jam jadilah..kadang kesian juga pada hubby yang drive sorang2..tak ada lawan berborak..di pagi2 hari yang masih gelap..masih tak ada mood lagi untuk berborak..masing2 diam seribu bahasa..
..lepas tu aku lelapkan mata sekejap..tapi kadang2 telinga tu mendengar juga celoteh dj2 di radio tu..yang ada masanya membuat aku ketawa dalam lelapku..kereta memang dah pastinya memang banyak di jalan raya..masing2..berkejar2 berlumba2 ke tempat kerja masing2..
..setelah dalam 10 minit melelapkan mata..tiba2 dengar bunyi yang begitu kuat..bunyi kereta yang sedang dibrek tayarnya..srrreeettttt..bunyi tayar kereta tu..aku terkejut dengar bunyi..tapi lagi yang membuat terkejut..tiba-tiba dengar bunyi yang kuat..bangggggg..dari belakang kereta livina kesayangan aku..aduhai…kata hubby..orang belakang brek mengejut langgar belakang kita lah tu..hubby perlahankan kereta..nak berhenti ke tepi..dengan pantas aku terus menekan lampu hazard sebab nak berhenti di tengah2 highway tu..berhenti jer kereta, aku terus meluru turun tengok belakang kereta aku..kereta yang langgar tu pun berhenti ke tepi..alhamdulillah..livina aku tak kemek, tak cedera apa2..
..tapi dengan muka marah aku tengok ke kereta yang langgar tu..lelaki yang drive, dan duduk sebelah perempuan..aku memang pandang dengan muka marah..mestilah marahkan..ada ke orang suka kereta kena langgar..lelaki tu turun kereta..terus salam hubby aku..cakap minta maaflah bang, tak perasan tadi..tak ada apa2 kan..yang buat aku marah ialah..perempuan yang dalam kereta dia tu..dah la dengan muka sombongnya..tak turun kereta pun..kalau kereta dia yang kena langgar macam mana..mesti dia turunkan..lelaki tu bercakap dengan hubby..tapi aku pandang jer perempuan dalam kereta tu..lelaki tu kata..maaf ya bang..maaf banyak2..then hubby kata..tak ada apa2 tak palah..nasib baik tak cedera livina aku..kalau tak..memang masa tu gak la kena dengan aku..lepas tu kami pun gerak..tapi aku terlupa nak ambil plat nombor kereta tu..
..bila dah masuk kereta..aku marah2 bising2..dan merungut..hinggalah terkeluar ayat..bawa kereta tak peka tu sebablah langgar kereta orang..dia pakai kereta murah takpelah..kalau apa2 tak lah mahal nak repair..kereta kita kalau apa2..spare part ingat senang nak cari ke..ingat kedai cikai2 boleh dapat ke..then hubby terus bersuara..dah dah..sayang, tak baik cakap macam tu..tak baik beza2kan kereta murah ke mahal ke..syukur Alhamdulillah, kereta kita tak apa2kan..Allah nak uji kita di pagi2 yang suci murni ni..dia dah minta maaf tadikan, sayang..dah dah..lupakan saja..
..sejenak aku terfikir kata2 hubby..memang ada betulnya kata2 dia..lepas tu aku pun muhasabah diri..di pagi2 hari Allah menguji hambaNya..kerana sayangkan hambaNya..Alhamdulillah..livina kesayangan aku tak apa2 tak cedera..tapi aku dah siap pesan dengan hubby, sampai jer parking kat ofis..terus tengok balik belakang kereta tu..bukan apa..bukan senang2 nak dapatkan kereta tu..memang aku sayang sangat livina aku tu..lepas ni tak boleh jadi ni..sampai hujung bulan ni jer bawa livina..lepas ni bawa myvi la..tinggalkan livina kat rumah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
huii..ada ke patut... kalau bawa myvi..kena benda yang sama lagi besar risiko..sah sah myvi tu tin susu.... kot ye pun..livina lagi mahal....
Post a Comment