Thursday, January 14, 2010

..Fakhriy memasuki alam persekolahan darjah 1 tahun 2010..

..disebalik kesedihan ada kegembiraan yang dikurniakan..syukur ke hadrat ilahi atas segala rezeki yang dikurniakan pada kami..

..kami tidak hadapi masalah masa menghantar Fakhriy masuk ke darjah 1, memula risau juga takut dia refuse ke nak ke sekolah..yelah kan..sekolah baru pada dia..dan totally tak sama dengan kindergarten dia dulu..kami harap2 dia boleh handle diri sendiri..dan tak perlu dibantu kat sekolah..biar dia berdikari..

..bab di transit tu..time by time dia akan belajar banyak benda baru..macam2 kakak2 kat transit tu akan ajar dia..salah satu darinya yang aku ingat..lelaki, bila keluar nak ke bilik mandi, pakai tuala..pastikan tuala tu tutup atas pusat sampai ke kaki..sebab untuk tutup apa..tutup aurat..faham tak..faham kak hajar..jawab anak2 kecil kat transit tu..
..pada kami..hanya doa dan tawakal saja kami panjatkan agar anak2 kami beroleh keredhaan dan keberkatan semasa menuntut ilmu..tidak kira apa jenis ilmu yang dipelajarinya yang baik2..bagi aku sebagai seorang ibu, Fakhriy masih banyak benda lagi yang dia harus belajar, bila dia dah masuk darjah 1 ni, banyak lagi benda yang dia perlu tahu..dan dari masa ke semasa..harapan kami dia akan lebih matang lagi..sebab Fakhriy seorang yang boleh dikategorikan manja, sebab tu harapan kami agar bila dia dah masuk alam persekolahan yang sebenar ni..banyaklah ilmu yang didapat dan kena praktik..semoga suatu hari nanti dia akan jadi seseorang yang berdikari sepenuhnya..

..jadual Fakhriy sekarang begitu berbeza dengan tahun sudah masa dia di tadika..dulu dia ke sekolah sebelah pagi dan tengahari balik ke taska..makan tidur dan main..tetapi tahun ni jadual dia totally berubah..seawal 5.45 pagi Fakhriy dah dikejutkan..ambil masa juga nak kejutkan Fakhriy untuk disuruh mandi..dan bersiap..setelah dipujuk oleh ayah..atau pujukan ayah tak menjadi..maka tibalah masa untuk menggunakan kuasa veto aku untuk mengejut dan menyuruh mandi..alhamdulillah..selalunya Fakhriy akan bangun bila aku mengeluarkan suara tegas aku..dan pastinya dia bangun dan masuk ke bilik air untuk mandi..biasanya masa mandi tu ada bunyi rengekan hingga selesai mandi..setelah keluar dari bilik air..rengekan tu pun hilang..dan dia akan disiapkan oleh aku..dengan pakaian baju melayu putih untuk ke sekolah agama..dia disikatkan rambut..dipakaikan sampan..dan dipimpin tangan turun ke bawah..

..kami menghantar Fakhriy, Fayyadh, Fatihah ke transit seawall 6.45 pagi setiap hari..dari rumah Fakhriy akan duduk di belakang dan berbaring..dia memakai stoking dan kasut sendiri..ada kalanya dia tak terdaya nak pakai kasut..dan aku sarungkan kasut dia setibanya di depan transit mereka..dalam hati ada rasa kesian tengok Fakhriy..tapi aku tabahkan hati aku demi masa depan dia..dia harus belajar semua laluan persekolahan seperti kakak dan abang dia..doa ibu dan ayah sentiasa bersama mu, anak2 ku..

..dalam jam 7.20 pagi, Fakhriy akan ikut Fayyadh berjalan kaki dari transit ke sekolah agama..tiap kali aku meninggalkan mereka di transit tu..aku tinggalkan sekali doa selamat untuk ketiga2 anak aku..aku berserah dan bertawakal pada ilahi..semoga melindungi anak-anak comel kami tu..setelah habis sekolah agama..Fakhriy akan berjalan kaki semula ke transit..untuk mandi dan makan serta bersiap berpakaian sekolah kebangsaan..Fakhriy jenis seorang budak yang kurang suka makan nasi, sedangkan di transit nasi dan lauk dihidangkan masih panas-panas lagi..aku ingatkan dia hari2..abang chik kena makan ya dekat transit..nak tak larat nak pergi sekolah kebangsaan..dia memberi jawapan seringkas..ya ibu..

..dalam jam 12.30 tengahari Fakhriy berjalan kaki ke sekolah kebangsaan dari transit yang berada di depan pagar sekolah..dan petangnya setelah habis sekolah, dia akan berjalan kaki ke transit utk menunggu Cikgu Ani (orang yang membawa pulang anak2 kami dari transit) ambil dan bawa pulang ke taska Farriys..setelah husband aku ambil aku di pejabat dan pulang ke bangi..setelah itu kami menjemput kesemua anak2 kami di taska dan bawa pulang ke rumah..sampai di rumah semuanya akan mandi dan makan..serta bersiap ikut jadual sama ada pergi mengaji atau kelas tambahan..setelah habis mengaji atau kelas tambahan..pulang ke rumah untuk membuat kerja sekolah..setelah selesai..minum susu dan masuk tidur..

..itulah rutin harian Fakhriy dan kakak abangnya juga..setiap hari aku berdoa pada ilahi agar dia memberi kekuatan dan ketabahan pada anak2 aku untuk melalui alam persekolahan dan kehidupan yang sebegitu..dan semoga allah memberi ketabahan buat aku dan husband untuk cekal menerima rutin kehidupan anak2 kami yang memang padat..

2 comments:

imanamani said...

very good abg chik..even merengek mandi pagi..macam iman juga... semoga abg chik akan dapat membiasakan diri dengan jadual harian abg chik ..ok....

Unknown said...

transit 2 ape?firstime sy dgr ni....maklum lah....hahhaha