Monday, January 25, 2010

..impian ke taman hampa belaka..

..sabtu lepas,setelah membuat kerja2 yang patut dirumah tu selesaikan yang patut seperti baju sekolah,kasut sekolah..dan lain2..petangnya kami cadang nak bawa anak2 ke taman..so dalam kul 5.15 pm aku kata..ok 5.45 kita gerak..lepas tu Fakhriy still tidur lagi..yang lain semua dah siap..husband tersayang kejutkan Fakhriy..cam biasalah Fakhriy kalau dah tidur, susah nak bangun..pujuk punya pujuk..mahu la bangun tapi tak nak tukar seluar track lak..

..hati aku dah start baran lah tu..dah start bising2..marah2..sebab jam dah menunjukkan 6.15 pm..pukul berapa nak sampai ke taman, kesian kakak,abang,adik yang dah siap awal tu..tertunggu-tunggu nak ke taman..then dengan marahnya aku suruh dia tukar seluar track..bila aku dah marah tu, dia pun ikutlah arahan dengan muncungnya..
..then,kami bergerak untuk ke taman, tapi setelah separuh jalan..tujuan kami nak ke taman belakang pkns bangi tu..hujan turun tiba-tiba..so, lagi rasa marah aku makin menyala2 pada Fakhriy sebab kesian pada kakak,abang & adik dia,yang bersungguh-sungguh nak main di taman tu..memang tak berhenti-henti aku membebel marahkan Fakhriy..dia tahu dia kena marah..then, kesudahnya kami ke pkns sajalah..ronda2 dalam pkns..dah alan-alang keluar tu, terus saja beli air kotak yang tengah sale kat billion pkns tu..murah gak..

..Abang a.k.a Fayyadh..teramatlah kecewanya tak dapat pergi main di taman, yang asalnya begitu ‘teruja’ nak pergi ke taman & dia orang pertama yang siap dulu..then aku kata pada abang, tak pa ya abang, minggu depan kita cuba lagi pergi lagi awal..ok ibu, kita siap cepat-cepat..lepas tu kita pergi taman cepat-cepat..abang kata..

..orang lain terkata apa setelah aku marah & membebel-bebel tak henti-henti..masing-masing hanya mampu diam seribu bahasa saja..memang aku jenis orang yang tak suka lambat..aku jenis orang yang tepat masa, dan aku juga jenis orang yang suka datang awal kalau ada apa-apa perjumpaan..

..the moral of the story, anak-anak ibu..bila ibu kata 5.45 maka pukul 5.30 semua orang dah siap nak bergerak..faham tak..

1 comment:

imanamani said...

FAHAM IBU..........