Monday, June 22, 2009

..Farriys lain dari kakak & abang-abangnya..

..lepas birthday Farriys hari tu, kami tukarkan susu Farriys, tukar susunya ke 1 year & above punya..before this dia minum enfalac A+, so continue dari tu..adalah enfagrow A+..tapi..setelah 2 minggu cuba consume enfagrow, ternyata..tak ada keserasian Farriys dgn enfagrow..bila diimbas kembali kakak & abang2 dia, semua enfagrow dulu and enfakid, after that baru pediasure..tapi ternyata Farriys lain dari kakak & abang2 dia..now..Farriys consume Mamil Gold 1 Yr+ punya...harap2 Farriys ok la dengan mamil tu, tak sanggup dah tengok Farriys cirit2 and kena tukar susu lagi..

..kat facebook ada quiz kan..so saja suka2..buat quiz tu, salah satu quiz yang aku buat adalah..Singkap rahsia tarikh lahir anda!..so keputusannya kat bawah ni..hehehe..

Singkap Rahsia Nombor Lahir Anda
Sekadar untuk merehatkan minda,

10 + 8 + 1975 = 1993
1 + 9 + 9 + 3 = 22
2 + 2 = 4
Nombor Tarikh Lahir anda ialah :4

Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.

1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru.
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat.
Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional.
Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis
Mereka adalah perintis.
Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
Mereka suka seni musik.
Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari.
Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Mereka sangat suka berahsia.
Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah.
Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Monday, June 15, 2009

..kenapa mengapa..tahap kesopanan begitu rendah..

..hari ni aku nak bercerita perihal suasana yang dipanggail "customer service"..aku dan husband gi la satu tempat jual langsir ni, masa masuk tu dah tak ada orang entertain dah, tapi tak perlah, aku dan husband pusing2 dulu tengok2 kain..ada seorang budak yang jaga tu dah nampak kami, tapi tak ada pun tanya kami nak beli apa, cari apa, dari situ aku dah start rasa geram la..

..bila aku dah jumpa apa yang aku cari, budak tu datang tanya..dengan muka toya dia tu, ada ke layan customer cam tu, nak jer aku rasa ambik kasut aku sepak ke muka dia tu..then aku tanya pasal calculation, dia kata ada extra charge, aku pun musykil la..sebab kawan aku baru pergi minggu lepas tak kena extra charge lak..aku pun tanya dia, then boleh budak tu cakap cam ni..kalau dah macam tu kawan akak dapat, so baik buat dengan orang yang kawan akak deal tu la..aku rasa nak lempang jam tu gak, tapi aku sabarkan hati..aku tanya lagi, macam mana pulak, takkan lain customer lain kiraan, mesti ada satu standard kiraan tu kan, then dia jawab, kalau kawan akak tu takada extra charge, so diam2 jerlah, nanti dari tak kena charge, lepas tu kena charge pulak, boleh dia jawab macam tu..then dari situ, aku dah tak sedap hati dah nak deal dengan dia, then aku terus decide tak nak beli hari tu..then takada mood terus nak memilih yang seterusnya..aku ajak husband balik, banyak lagi masa lain boleh beli dan banyak lagi orang lain yang boleh layan dengan baik dan sopan..

..the moral of the story, aku terfikirlah kenapa ya manusia ni, tak boleh nak dahulukan sifat sopan dan berbudi bahasa tu, yang penting dah la dia tu dari department customer service, orang yang involve dalam customer service ni, kenalah banyakkan lebihkan kesopanan tu, good service, good PR ni penting dalam perniagaan..dari segi tu pun boleh memajukan diri sendiri, dan meningkatkan tahap kesopanan dan budi bahasa diri..aku memang cukup2 tak faham, bila awal2 lagi dah mula gunakan bahasa kasar, kalau rasa tak suka nak buat kerja macam tu, so silalah undur diri dan jangan menyusahkan orang lain..

..so kesimpulanannya, apa yang aku dapat adalah maklumat bahawasanya anak-anak dari kecil kita didik dengan sikap yang sopan dan berbudi bahasa serta tanamkan sifat beradab dalam kehidupan sehari-hari..Allah temukan aku dan husband dengan orang macam tu suatu rezeki juga tu, memberi kami kesedaran yang kami perlu sentiasa ingatkan anak2 bersikap sopanlah dengan sesiapa sahaja bila berkomunikasi dengan orang..

Tuesday, June 09, 2009

..ke Cosmo Time Square..cuti sekolah kan..

..semalam aku & husband cuti, purposely nak bawa anak2 ke Cosmo Theme Park kat Time Square tu..lama dah hajat hati nak bawa diaorang..then akhirnya tercapai la juga..cuma kami tak bawa Farriys..rasanya memang tak sesuai nak bawa dia, kesian dia kalau bawa tak dapat rehat dengan selesa..so, kami hantar Farriys ke nursery, Fatihah, Fayyadh, Fakhriy bangun awal, tak payah nak susah2 kejutkan, tahu nak pergi main game punya pasal, senang jer bangun, mandi dan siap..breaksfast kat Restoran Amir kat Bangi, then hantar Myvi ke pusat servis dan akhirnya bertolak ke Time Square, anak2 aku cukup excited, sebab dah lama janji tapi tak berkesempatan nak tunaikan..alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t, akhirnya tercapai gak hajat tu..bukan apa cuti sekolah tak pergi holiday ke mana2 since daddy dia tak dapat cuti saat2 akhir..so, sebagai..gantinya itulah tempatnya..setelah..seminggu Fatihah & Fayyadh duduk kat rumah opahnya..

..rasanya tak perlu aku bercerita panjang, gambar yang di snap dapat menggambarkan kegembiraan budak 3 orang tu, daddy & mummy so happy coz the 3 children were so happy yesterday..until lihat la keletihannya di gambar yang hujung2 tu..so, kat bawah ni beberap scene masa kat sana, selebihnya boleh la dilihat di sini ..Cosmo Time Square June 2009..

Tuesday, May 26, 2009

..Farriys's 1st Birthday celebration..

..syukur ke hadrat ilahi kerana telah memberi keizinan kepada kami untuk melaksanakan majlis makan2 untuk Farriys's 1st birthday last Saturday, 23rd May 09..we all memang tak merancang untuk buat besar-besaran..just invite kaum keluarga kedua belah pihak..sebelah aku dan sebelah husband..dan semestinya..adik beradik aku dan adik beradik husband la yang datang untuk memeriahkan lagi birthday setahun Farriys tu..

..as usual, mak aku telah willing untuk memasak..dan makanan yang kami hidangkan on that day adalah rendang ayam, kari daging, pulut kuning, nasi impit, nasi putih, pecal, lepat pisang, kek gula hangus, dan minumannya jus sunquick tropika tu..untuk kanak2 ada jelly dan candy..pagi sabtu tu aku ke klinik pakar an nur dulu bawa Farriys gi amik jab MMR & Pneumococoal dia yang terakhir..so lepas tu balik..bermula arena persiapan utk majlis tu..sampai ke petang..aku di dapur..dengan mak & husband..hanya kami bertiga membuat persiapan utk harijadi Farriys tu..petang lak menyusun kerusi meja kat hall tu..

..kek birthday Farriys..beli kat secret recipe jer..abang Fayyadh yang pilih..choc mud..tak sangka..pilihan Fayyadh tu..menjadi idaman ramai peminat..licin kek tu..alhamdulillah lega..tak membazir..dan yang hampir habis..pecal..tak ku sangka juga..ramai peminat pecal rupanya..then lepas isyak, father in law mula baca doa...setelah expected guest aku semua dah tiba..selesai baca doa..acara Farriys potong kek birthdaynya..then..semua orang makan la..apa lagi kan..

..about 10.00 cam tu orang dah habis makan..aku, husband dan kawan baik aku..mengemas meja dan dapur..then setelah semua orang balik..aku & husband mengemas hall & sampah..kena make sure..bersih..sebab takut nanti semut datang mengunjung..tu pun dah dekat pukul 12 malam..then sebelum masuk tidur..sempat la menengok birthday present Farriys..dapat baju, dapat toys & dapat duit juga..kat bawah ni aku tepekkan sikit la gambar masa birthday tu..selebihnya boleh di tatap dengan sepenuhnya di mana lagikan kalau tak picasa web album kesayangan ku itu..dan anda boleh click saja disini.. Farriys's 1st Birthday celebration ..


Friday, May 22, 2009

..22 May - Farriys's 1st Birthday today..

..Syukur ke hadrat ilahi kerana telah mengurniakan Farriys Afiq kepada kami sekeluarga..pejam celik pejam celik, Farriys dah berusia setahun hari ni..syukur alhamdulillah..sejak keluar hospital Februari yang lalu, Farriys nampak sihat & jarang dia sakit2..selesema, batuk dan demam pun jarang..kalau kena pun..tak lah teruk sangat..

..Hari ni birthday Farriys, Ibu, Ayah, kakak, abang ngan & abang chik nak ambil kesempatan ni mengucapkan Happy 1st Birthday, semoga sihat selalu, dimurahkan rezeki, dan menjadi anak yang soleh..menjadi hambaNya yang taat..Semoga Farriys membesar dengan sihat, menjadi budak yang bijak dan baik..

..bercakap tentang birthday celebration..kami tak buat la big party, but Opah PD willing to cook for his birthday..Opah Sbg & Atuk pun nak datang this weekend..so, aku & ayah dia decided buat makan2 utk our family..as usual..abang, kakak aku..adik2 husband aku..aku panggil la..utk makan2..dan Atuk Farriys akan baca doa malam esok..insya allah..nanti akan aku paparkan..gambar2 birthday Farriys..kat bawah ni antara gambar terlatest Farriys Afiq bin Parizol..
























Tuesday, May 19, 2009

..pelbagai ujian Allah, mengajar erti kematangan..

..ada masanya aku tertanya2 pada diri..kenapa & mengapa agaknya..ujian Allah mendatang tanpa henti2..adakalanya..diri rasa kuat untuk menghadapinya tapi adakalanya diri rasa begitu perit menghadapinya..ujian Allah datang dalam pelbagai keadaan..ada masanya kita sedar Allah sedang menguji hambanya..tapi ada masanya kita tak sedar..bahawasanya Allah sedang menguji hambanya..aku perlu mengajar erti redha dengan segala ujian dari yang Esa..

..aku merenung sedalam2nya..sejauh2 yang mungkin..mungkin Allah ingin mengqbarkan bahawasanya..aku tak begitu dekat denganNya..dan disampaikannya ujian & dugaan buat aku..untuk menyedari bahawasanya aku perlu banyakkan lagi usaha mendekatkan diri padaNya..Allah sentiasa menyayangi hambaNya dan sentiasa mengingati hambanya yang ingat padaNya..bila difikirkan ujian yang mendatang, ingin saja aku menangis seharian tapi aku perlu tabah, dan perlu mengajar hati ini erti kuat dan tabah..

..setiap ujian yang mendatang itu, mengajar erti kematangan dalam hidup dengan lebih lagi..ujian juga adalah suatu rezeki dari Allah s.w.t..maka redhalah hati menghadapi ujian tersebut..rezeki dari Allah s.w.t..datang dengan pelbagai bentuk..janganlah kau merungut wahai hati bila Allah memberi ujian padamu..fikirkanlah sejenak, kebaikan yang mendatang..berbanding keburukan..

Monday, May 18, 2009

..berada di pejabat baru..

..aku kat ofis baru hari ni..jumaat lepas pindah..rasa penatnya mengemas barang2 dan pasang komputer..bangun duduk bangun duduk..dah la pagi tadi tak sarapan..hari ni ada lunch kat ofis..nak tunggu lunch ofis lak..lambat..dah la kelaparan jadinya..

..hari ni duduk ofis baru..pakai Ariani baru..rasa best jer..pakai Ariani ni..tak menyesal beli..walaupun harganya boleh tahannnn..bak kata orang..alah membeli..menang memakai..so kat bawah ni aku tepekkan wajah berAriani..hari ni..hehe..muka toya jer..rasa bosan dan kelaparan..

Saturday, May 16, 2009

..Fayyadh masih demam -- tambah collection Ariani..

..aduhai susahnya la hati aku ni, Fayyadh masih demam lagi for the 5th days, aku plan jap lagi nak gi An nur balik, risau gak hati..temperature dia reach until 39.2..tu yang buat aku rasa memang tak senang hati..aku dah masuk kan voren ikut punggung dia..tapi ubat tu lambat berkesan kat Fayyadh..so, ni  nak siap2kan anak2 yang lain & nak mandikan Fayyadh..nak ke An nur as soon as possible..

..nak cerita tentang semalam, aku dan kawan baik aku ke butik Ariani kat Bangi tu..seminggu lepas dah pergi beli 2 helai..then nak tengok la kot2 ada collection baru..since kami kerja half day semalam..so ada masa nak melawat Ariani ler..sampai kat Ariani, masuk saja..toleh ke kiri..tengok barisan pertama tak ada yang baru...then bergerak ke  barisan kedua tak ada juga yang baru..then bergerak ke barisan ke tiga..haaaaaaaaaaa..banyak yang baru..bestnya..aku memang cukup kenal mana collection yang baru dengan yang lama..sebabbbbb tiap2 minggu aku melawat Ariani tu..hehehe..sudah jatuh hati sama itu Ariani la..infact design yang baru tu cukup2 cantik..then aku pun selak2 la nak size L, aku memang tahu dah yang sesuai dengan aku memang size L, so jumpa size L, ambil..jumpa lagi ambil...tengok2 kat tangan dah ada 6 lai..hehehe..oklah, waktu untuk mencuba lak...masa tu aku dengan kawan aku..layan diri..heheh orang ramai..so tak cukup staff,  tapi kami cukup suka takada orang layan kami sebab..kalau ada orang layan..nanti dia meracuni fikiran kami, kami lagi suka pilih ikut citarasa sendiri..

..then..cuba, cuba, cuba dan cuba..aku bincang dengan kawan aku, nak bahagi dia nak yang mana...sebab aku dah nampak aku nak yang mana..pilih pilih..eh tak sangka ada sehelai tu aku dan dia suka..so aku tak kisah, dia tak kisah..kami beli warna yang sama..oklah..kawan baik aku..ada tudung sama dengan aku..best..end up..aku dah pilih 4, tapi..memikirkan aku dah budget nak ambil 3 saja kali ni..so, end up kami bayar utk 5 helai tudung..since aku dah  berkali2 ke Ariani, dan ada bukti resit, aku minta diskaun ler..siap aku sound lagi..dan tiap2 minggu takada special diskaun ke..hehe akhirnya, staff tengok muka aku..dapat la diskaun..yes..aku menambah lagi collection Ariani aku..nanti akan aku paparkan .gambar2 berAriani di slot lain..

..oklah, nak ke An nur ni..nak bawa Fayyadh jumpa doktor..meet again in next slot..


Wednesday, May 13, 2009

..Fayyadh demam..today start exam..

..aduhaiiiiiiiii laaa..hari ni Fayyadh start exam lak..tapi malam tadi balik tuition dia demam..aduhai..kesiannya anak ibu..sedih tul hati ibu tengok Fayyadh kuyu jer mata..rasa hati berat jer nak ke ofis..tapi gagahkan jugak..dan Fayyadh cam biasa ke sekolah agama juga pagi ni..ibu doakan Fayyadh sihat dan tenang jawab exam..untuk Fatihah juga..semoga batuk kakak cepat sembuh dan boleh jawab exam dengan baik..

..hati aku bercampur baur..antara anak tak sihat, anak nak exam..aku panjatkan doa pada yang Esa, semoga dia memberi cahaya ketenangan pada anak2 aku..dan memberi kesihatan yang baik pada anak2 aku..sesungguhnya setiap yang mendatang, ada hikmahnya..itulah yang aku pegang selama ni..prinsip hidup aku..

..teringat lak next week birthday Farriys..on next Friday..1st birthday..tak beli lagi hadiah..utk dia..dah ada plan dah nak beli apa..so rasanya next week la beli..about birthday celebration..tengah fikir2 kan ni..yang penting nak fetch mak dulu dari kampung..hehe bestnya nak bawak mak ke Bangi..

Tuesday, May 12, 2009

..mengambil gambar pasport..

..anak2 aku kena ambil gambar size pasport..so..aku pun bawak la gi kedai gambar..so inilah hasilnya..cam kelakar pun ada..nampak baik jerr kan anak2 aku kat gambar ni hehehehe..insya allah..baik la hendaknya...


..hari yang amat mendebarkan..

..tiap2 kali anak nak exam, macam nilah aku hati aku berdebar2 dari semalam..hari ni Fakhriy start his exam, dia bangun awal..tak susah pun nak kejut, sejuk hati aku..dan mood dia cukup bagus hari ni, alhamdulillah..well, doa ibu di pagi hari ini, Fakhriy boleh jawab soalan exam dengan tenang dan senang..ya allah kau permudahkan laluan anak aku menduduki peperiksaan hari ini..aminn..

..dari semalam hati aku duk dak duk dak..kenapalah agaknya sampai begini cemas hati aku, bila anak2 nak exam..rasa teringat balik masa aku ambil SPM dulu..kencang sungguh jantung aku..macam orang berlari pecut 100m tu lah..semoga Allah memberi hidayah pada anak2 aku untuk menjawab soalan exam..esok, Fatihah & Fayyadh pulak akan start exam pertengahan tahun..insya allah dengan izinNya..anak2 ibu boleh menjawab soalan exam..aminn..kalau ikut banyak lagi nak cerita..perihal..hari ibu, husband demam panas, fatihah demam panas, farriys dah 3 kali berulang ke medical centre..tapi..at this point, hati aku begitu cemas..hanya terfikir anak2 saja..ya allah, aku berserah padamu ya allah, kau mengetahui yang terbaik untuk hamba2mu di muka bumi ini..


Saturday, May 09, 2009

..weekend di rumah..tidak ke mana..

..today..takada ke mana2 cuma this morning pergi ambil baju yang ditempah dekat tailor..nak jadi cerita..ramai orang ingat aku tempah baju untuk raya..hahaha..bukan baju raya..tapi..baju nak pakai ke office..hehe..dah lama tak buat baju raya..dah tu..dah bosan lak..rotate baju yang ada kat almari tu kan..so hantar lah 5 pasang baju kat tailor..so next week dah boleh pakai baju baru..yehhh yehhh...

..but terlupa lak nak citer pasal perihal semalam..aku keluar ofis awal..dalam kul 3.30..then..meamng dah perancangan awal nak ke Ariani, nak melihat2 apa yang boleh di beli untuk diri sendiri sempena hari Ibu..hahaha..ada hadiah utk diri sendiri lagi tuuu...so..kat Ariani kul 4..then belek belek belek..dah dapat satu helai yang berkenan..then..ada promosi sempena hari ibu..sebenarnya beli yang 115+75, dengan harga 160 saja..but..aku tak berkenan yang 75 tu..so..memang dah niat di hati nak amik yang 115 tu 2 lai..so pusing pusing pusing lagi..diaorang keluarkan baru punya..dalam plastik apa lagi grab la sehelai yang berkenan..then try...wahh..banyak cantik la itu tudung..apa lagi..rembat la lagi satu kan..so lepas tu pusing pusing pusing lagi..plan nak amik lagi selai la..but..kul 4.45 dapat call dari transit fatihah..wah..terkejut tul..fatihah telefon..dia demam panas..dan aku apa lagi..aku gi Ariani dengan kawan..dia pun dah pilih..yang set 160 punya..aku pun cepat2 gi bayar..dan terus ke transit fatihah...ambil dia bawak An nur..

..memang cukup panas badan dia 39.++, aku memang cuak tul..sebab fatihah kalau demam..dia jenis..memang tinggi suhunya..dan aku takut..kalau panas sangat effect ke otak lak..doktor amik action..masukkan veron iaitu ubat punggung..lepas tu aku bawak dia balik..but singgah taska..fetch fakhriy & farriys sekali..dah la farriys memang dah 4 hari demam..but he is getting better today..actually, plan tomorrow nak ke Sabak Bernam, ada kenduri kawin.. but memandangkan keadaan kesihatan anak2 aku yang tak mengizinkan..so.rasanya batal kan saja rancangan tersebut..aku takut demam diaorang tak baik..dan minggu depan..lak exam..oh tuhanku..kau sembuhkan la anak2 aku..setakat ni fayyadh & fakhriy boleh bertahan lagi..

..sekarang ni..tengah ajar fatihah buat exercise math..but di meja yang sama juga..daddy dia, fayyadh, fakhriy sedang menikmati nugget goreng yang digoreng oleh daddynya..hehehe..thank you sayang..tolong buatkan sarapan petang..hari ni..hehe..actually tadi, hubby tengah guna laptop ni..buat kerja..aku meminjam jap laptop dia..terus dia kata..ishh..i belikan you laptop baru la nak tak?..wahh..tawaran tu memang ditunggu2 hehe..cuma nak tunggu hubby bersuara..then dia tanya nak yang biasa ke nak yang size kecil jer laptop you tu..masa tu tak terfikir la pulak kan..tak kisah la yang mana..dah ada orang nak belikan..ok saja..ok nanti tunggu la..berita new gadget aku di entry lain..

Friday, May 08, 2009

..Selamat Hari Ibu buat semua ibu2..

..Ahad ni adalah hari ibu..aku nak mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2 di dunia ni..terutamanya buat mak aku di kampung dan juga mak mertua di Subang..dan juga untuk diri aku sendiri yang mana ibu kepada empat orang pejuang2 agama, bangsa dan negara..hehehe..bila bercakap pasal ibu ni..dulu aku memang tak faham apa erti pengorbanan seorang ibu..tapiiiiiiiii..setelah aku sendiri menjadi ibu..then i really know..peranan seorang ibu tu tak terbandingkan dengan apa pun..dan aku amat memahami dengan ayat ni.."Syurga di bawah telapak kaki ibu"..adakah anda semua faham dengan maksud ayat tersebut?..renung2kanlah..fikir2kanlah..

..bercakap pasal ibu aku..memang ada sesekali aku terfikir macam mana la nanti bila aku dah takada ibu..aku akan kehilangan seseorang yang amat bermakna dalam hidup aku ketika tu..macam mana aku tak rasa kehilangan..sehingga sekarang ni..aku dah 4 anak, mak masih menelefon aku seperti dulu2 kala..masa aku di asrama, masa aku di rumah sewa, masa aku belajar di KL, Perlis, Perak, Shah Alam..mak masih bertanya perihal kehidupan aku biarpun aku ni isteri orang, ibu kepada anak2 aku..mak tak pernah lupa menelefon aku boleh dikatakan setiap selang sehari..aku pasti dapat mendengar suara mak..biarpun kadang tu telefon aku off, dia pasti akan menelefon husband aku..dan tanyakan tentang aku dan family aku di Bangi..dengan apa yang mak lakukan..aku tak dapat nak membalas segala budi mak tu..malah aku rasa bersalah kerana jarang balik ke kampung menjenguk mak..

..pengorbanan mak pada aku..tak terhingga..masa aku kecil2 dulu..mak celebrate birthday aku..dan hingga sekarang birthday anak2 aku pun, mak yang bantu aku buat birthday diaorang..usia mak sekarang bukan suatu usia yang muda..usia mak dah menjangkau 70 tahun, 8 April baru ni..syukur ke hadrat ilahi..mengurniakan kesihatan yang baik buat mak aku yang tersayang..aku doakan mak dipanjangkan usia..dimurahkan rezeki..dan Allah memberkati segala amalannya..hargailah ibu kita selagi dia ada bersama kita..

..buat mak aku yang tersayang, Hjh Asiah Rashidi..Ina amat menyayangi mak..dan selalu merindui mak..kami sekeluarga sentiasa ingat pada mak..kat bawah ni...inilah gambar ibu aku , mak aku, ummi aku, mama aku, mummy aku..yang amat aku sayanggggg..



Thursday, May 07, 2009

..hatiku duk dak duk dak..

..semalam setibanya di rumah, Fakhriy bagi surat dari sekolah..terlintas difikiran aku..eh surat apa pulak dari sekolah ni..sekolah nak inform about Fakhriy's trip ke..then, aku pu bacalah cepat-cepat surat yang Fakhriy hulur tu..aku baca title surat tu..MID-TERM EXAMINATION..waduhhh..surat ni lah yang aku tunggu2 yang sebenarnya..baca punya baca..ingat lambat lagi la examnya..wahh sekali tengok date..start exam 12hb..means next Tuesday..wahhh..hati aku terus kencang..macam aku yang nak exam..aku lak yang gelabah..aku cakap kat Fakhriy..abang chik..nak exam tau minggu depan..then dia dengan selamba jawab..ok, mummy...ler..anak aku ni..faham ke tak faham..kalau nak kata tak faham, dah 2 tahun dah dia sekolah..takkan tak faham lagi exam..ataupun..dia tu selamba..jer..exam ke tak exam sama je pada dia..start from that moment..hati aku ni duk dak duk dak duk dak..aku yang cuak lebih..then..aku ajak Fakhriy buat homework..alahai..mood dia semalam..cam tak best jer..slow jer buat homework..but homework tu cam biasa la kan melambak..14 muka surat A4 paper okkk...aku sabarkan hati..pujuk dia buat homework..

..as usual la kan..bila hari Selasa..aku ni bertukar jadi kartun yang kelam kabut ler..sebab Fatihah & Fayyadh, both of them have tuition but different places..memang hari Selasa jer..aku akan bergerak pantas dan tak melengah2kan masa..sebab aku nak diaorang sampai kelas tuition..awal..tak suka lambat2 ni..nanti rugi lak..orang lain dah mula..

..tetapiiii...masa Fatihah & Fayyadh balik dari sekolah semalam..telah menambahkan lagi duk dak duk dak hati aku ni dan menambahkan kecuakan aku..both of them gave me letter from school..wahhh..aku pun baca..terbeliak aku baca..tajuknya..PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN..tengok datenya lak..start on 13hb..which is next Wednesday..wahhhhhhhhhhh...all of them..next week serentak exam...uishh..naper la cam aku yang nak exam..berdebar2 jantung aku ni..macam2 aku fikirkan..setiap kali solat..aku akan mendoakan agar anak2 aku diterangkan hati untuk menimba ilmu, dan tenang untuk menjawab exam..

..rasanya pagi ni..ada lagi kesan2 kecuakan pasal exam ni..itu yang aku menulis kat blog ni..bagi kurang sikit rasa cuak tu..bercelaru otak aku memikirkan anak2 nak exam..harapan aku agar Allah memberi cahaya ketenangan pada anak2 aku..aminnn..

Tuesday, May 05, 2009

..telah ditag oleh..kawanku..Mazlyna

..hehe...aku suka masuk blog kawan aku si Maz dari dulu2 lagi..hehe kali ni dia tag aku lak..sib baik tagnya senang..ok nilah..hasilnya ya..Wallpaper kat screen Pc kat ofis..for information..aku guna 2 monitor kat ofis..so dibawah ni lah hasil..wallpaper 2 monitor aku kat ofis ni..


..kenapa aku suka gambar ni..sebabbbbb...bukan senang nak snap photo berdua lately ni..sib baik anak sulung boleh snapkan..hehehe..lebih lagi ni gambar terbaru yang ada..thank you, kakak..

..rasanya tak adalah nak tag sapa2..hehehe..eh tak jadilah..nak tag seseorang la...iaitu Shuhaina..sila lah..buat tag tu yer...

Monday, May 04, 2009

..cuti hari buruh..luangkan masa dgn cahayamata..

..cuti hari buruh tak ke mana..duduk kat rumah saja..mengemas rumah but di pagi hari tu kami bawak anak2 gi breakfast kat mcdonald, dan bawak diaorang main kat playground..tapi playground dalam aircond la kan..hehehe..nak bawak farriys kat playground luar..mahu dia menangis sebab panas kan..nothing much to say..just digambarkan dengan gambar2 yang diambil..

..Next day, spent time kat Sogo..beli serba sedikit utk anak2..hehehe..beli untuk raya..
































Wednesday, April 29, 2009

..playstation gantian untuk Fayyadh..

..sekian lama Fayyadh minta playstation @ PSP..sekian lama gak la kami menangguhkannya..dan pelbagai penerangan diberi kenapa kami tak beli playstation @ PSP tu..tapi..Fayyadh anak yang baik..dia tak pernah merungut bila kami kata tak boleh beli playstation tu..dan pernah aku cakap kat dia..kalau abang nak playstation tu..abang kena dapat no.1 masa exam..dan dia angguk saja..

..tapi rezeki fayyadh dapat la gantian playstationnya..weekend lepas pergi beli susu Dugro untuk anak2 aku..angkut 4 paket..then dah angkut macam2 lagi benda kat supermarket tu..tibalah masa untuk membayar..bila husband dah settle bayar kat kaunter..aku pun ambil resit tu dan pergi kaunter free gift..aku dah tahu apa free gift yang akan dapat tapi aku saja bagi resit kat salesgirl tu untuk tengok sendiri apa yang gift yang aku dapat..bila dia dah belek2..satu persatu senarai kat resit tu..dia keluarkan 2 kotak "bricks game" warna merah..aku pun terkejut la..dia tanya aku..akak beli susu 4 paket ya?..then aku jawab..ya betul..then dia cakap..jadi game ni free gift untuk beli susu tu..beli 2 paket dapat 1 game..ya allah..terkejut dan gembiranya aku..rezeki anak aku..then aku tanya..eh dik, akak ada dapat free gift lain gak..nescafe 1 botol beli cereal Fitnesse..then dia bagi la sebotol nescafe..anak2 aku dah nampak dah game tu..dah senyum2..

..masuk dalam kereta, tak sabar nak kan game tu..Fayyadh tanya aku.."ibu, ibu beli game tu untuk siapa?"..then aku jawab..untuk ibu satu, untuk ayah satu..then aku tengok muka dia sedih jer..dan aku tahu..dia anak yang baik..dia tak cakap apa..dia diam jer then duduk..aku pandang husband aku..husband aku senyum jer..husband aku dah siap2 beli bateri 12 biji..hehehe..dah tau sampai rumah nanti..mesti nak main punya..

..sampai kat rumah..aku pasangkan bateri kat dua2 game..tu..then aku panggil Fayyadh & Fakhriy..aku cakap kalau ibu bagi game ni..boleh jadi dengan ibu tak..main waktu weekend saja, during weekdays tak boleh..then dua2 angguk kepala dan senyum2..then Fatihah cakap kat aku..ibu lepas ni Fayyadh tak boleh la dapat playstation kan..then Fayyadh jawab macam ni, tak payahlah beli playstation ke PSP ke..lagi..sebab ni dah dapat dah, ibu dah bagi..then sejak dari saat tu..Fayyadh memang jaga game dia tu..simpan elok2 bila tak main..simpan dalam kabinet tv lagi tu..betapa dia menghargai pemberian kami..walaupun..game tu sekadar free gift masa beli susu..dan game tu ada banyak pilihan dari A-Z, setiap abjad tu ada 99 game..so bayangkan berapa banyak game dalam tu..jadinya 99x26 abjad = 2574 game..rezeki budak2 tu lah..nak dapat game tu..so itulah yang dinamakan playstation gantian untuk Fayyadh..instead of membeli real playstation yang beribu harganya itu..dan Fayyadh amat hargai gamenya tu..semoga sikap Fayyadh tu berkekalan hingga bila2 ya sayang...

Monday, April 27, 2009

..dah 40 hari pemergian arwah Fashiyl

..diam tak diam dah 40 hari pemergian arwah Fashiyl Aliq ke rahmahtullah..tiap kali menyebut hal ni, aku pasti akan mengalirkan air mata..aku cuba juga menahan kesedihan ini tapi naluri aku amat memihak kepada kesedihan pemergian arwah Fashiyl..al-fatihah buat anak ibu, arwah Fashiyl Aliq bin Parizol..

..masih segar di ingatan saat2 kehilangan arwah, bukan lah mudah untuk melupakan dan rasanya tidak akan dapat melupakan..hanya mampu mengawal kekuatan hati dan semangat untuk terus menerima hakikat ini.semoga sejahtera la dirimu di sana sayang..seakan suatu mimpi dengan kehilangan arwah Fashiyl tapi inilah yang dinamakan hakikat dan takdir ilahi..sesungguhnya sebagai hamba Allah yang taat akan perintahnya..redhalah kau wahai hati dengan ketentuan ini..setiap kali memandang Farriys Afiq..aku jua teringat akan arwah Fashiyl sebab..didalam hati aku..kalau tidak Farriys akan dapat adik Ogos ini..Allah lebih menyayangi dirimu anak ibu, Fashiyl..biarpun ada masanya senyum dan ketawa..tapi jauh di sudut hati aku ..ini bukan la cerita dongeng atau kartun..tapi ini adalah hakiki yang harus aku hadapi dari tanggal 19hb Mac 2009 hinggalah bila2..sesungguhnya kau berilah aku kekuatan ya Allah..untuk menjadi hamba yang lebih tabah menghadapi takdirMu..semoga dirimu aman di sana sayang..al fatihah buat arwah Fashiyl Aliq bin Parizol..

Wednesday, April 22, 2009

..al kisah Farriys cuba baju melayu orang..

..aku nak start fikirkan persiapan untuk baju raya..so terfikir lak..tahun ni first time Farriys pakai baju melayu untuk raya..last year..dia tak pakai baju melayu..kecik sangat lagi..baru 4 bulan..so, aku pun ricky2 kat kawan2 pinjam baju melayu anak diaorang..then aku pun bawak balik..untuk try kat si kecik aku sorang tu..dan baju yang aku bawak balik tu..sizeny adalah 1-2, rasanya ok la kot untuk Farriys..tapi bila bawak balik ke rumah..test kan kat dia..sekali tu baju tu muat2 jer dengan dia..so, kesimpulannya..Farriys kena pakai baju size 2-3 tahun la untuk raya ni..tak boleh la pakai yang 1-2 tahun punya..so, kat bawah ni..ada aksi2 Farriys memakai baju melayu pinjam..hehe..thank you kat Abang Adam, tuan punya baju raya tahun lepas...

Tuesday, April 21, 2009

..makna nama anak2 kami..

..dah lama nak menulis tentang makna nama anak2 kami..sebab banyak orang tanya makna nama diaorang ni.. ejaan nama anak2 aku ni, cikgu kat taska dengan kat sekolah selalu salah tulis..macam2 ejaan yang keluar kat buku, kat kertas homework..tapi aku tak nafikan lah..ejaan nama anak2 aku memang lain dari yang lain..hehe..nak letak nama anak tu..ada syarat tau..antara syaratnya ialah..mesti bermula dengan 'Fa' , mesti ada 7 huruf untuk nama pertama (ni sebab ibu dan ayah ada 7 huruf juga), mesti ada 'y' untuk nama pertama, mesti ada hujung 'q' untuk nama kedua..

1st : Fatihah - pembukaan

2nd : Fayyadh - yang pemurah hati, Aniq, - yang kacak lagi menawan hati

3rd : Fakhriy - kemegahanku, kebanggaan,
Ariq - baik budi, mulia asalnya, bijaksana

4th : Farriys - pahlawan islam berkuda, Afiq - yang mulia, yang amat pemurah, yang berpengetahuan

5th : Fashiyl - yang mengasingkan, Aliq - yang bersangkutan

..aku ada update gambar kat picasa..boleh jenguk ke SINIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII...


Thursday, April 16, 2009

..semalam yang memenatkan..&.menggembirakan..

..semalam aku sampai rumah kira awal la juga..jemput Fakhriy & Farriys dari nursery..so, sampai kat rumah, macam biasa..minta tolong Fakhriy jagakan Farriys..and aku solat dulu..memang boleh diharaplah dia jagakan adik dia tu..dah selesai solat, dia tahu dah kena start buat homework..then dia keluarkan homework sheets dan buku dia dari beg sekolah..also pencil box dia..

..masa dia letak homework atas meja study..punyalah aku terkejut..banyak sungguh..aku tengok jam..terdetik dalam hati..sempat ke nak habiskan ni..eh..camana pun kena habiskan jugak..aku tak nak anak aku pergi sekolah..homework tak siap..kesian kat dia nanti..cikgu chop lak anak aku..murid tak buat homework lak karang..aku bertungkus lumus mengajar Fakhriy buat homework dia tu..masa berlalu detik demi detik..1.5 jam..aku spend masa dengan dia..siap about 75%...then aku kena stop dulu sebab nak mandi, nak hantar Fatihah pergi tuition lak..lepas hantar Fatihah pergi tuition bergegas balik ke rumah sebab nak sambung ajar Fakhriy buat homework, Fayyadh ada juga homework but dia boleh buat sendiri..tak perlu monitor dia..he can handle his homework by himself dan siap dengan susun jadual sekali..

..lepas tu dalam 1 jam gak lah amik masa nak habiskan another 25% tu..boleh bayangkan tak budak umur 6 tahun kena buat homework 8 muka surat A4 paper tu untuk satu malam punya..ish..kadang kesian tengok anak2 aku..kadang rasa cam terover education oriented la pulak..masa tu rasa..letihnya badan..non stop..duduk dengan Fakhriy monitor dia buat homework tu..then..dah dekat kul 10..Fatihah dah nak habis tuition, minta tolong daddy dia fetch dia..aku jaga Farriys dan tidurkan Fakhriy & Fayyadh kat rumah..rasa cam nak pengsan bila dapat meluruskan pinggang di katil masa tu..tak boleh tidur lagi sebab Fatihah belum balik tuition..memang aku akan tunggu dia..untuk tanya progress..

..tengah..baring2 tu..hp berbunyi..tu tandanya macam ada sms jer..dalam hati kata ..jap lagi la tengok..tapi eh..tak boleh.kot2 ada urgent ke..then bacalah sms tu..wah..gembiranya rasa..hubby sms cakap.."sayang, kakak dah naik level"..alhamdulillah..leganya rasa..kakak dah naik level kat tuition english dia..itulah yang aku nanti2kan..aku nak dia dapat certificate complete the course..memang aku akui bukan senang nak naik level tu..tapi aku yakin anak aku boleh buat..infact..level yang dia buat tu..budak2 yang lain yang saing dia tu..budak2 darjah 4, darjah 5, darjah 6..then anak aku darjah 3..infact ada yang quit dari kelas tu tak tahan..however..i'm proud of you kakak..ibu tahu you can do it..now..turn untuk brush up kakak punya math lak..insya allah..ibu akan bantu kakak untuk catch up mana yang lemah tu..aku yakin dengan izin allah swt..dengan usaha ibu, ayah, Fatihah..anak aku boleh achieve good result..infact now dah good..but aku nak the best la untuk dia..so, itulah dia kisah aku yang kepenatan & kegembiraan...thanks to Allah, who give cahaya yang menerang hati anak2 kami..alhamdulillah..

Monday, April 13, 2009

..baju pengakap & abang2 teringat pada arwah Fashiyl

..weekend baru ni, aku menunaikan janji pada Fatihah, janji yang telah sekian lama dijanjikan tapi belum dikotakan..dah banyak kali Fatihah minta belikan baju uniform Pengakap dia..tapi since aku tahu baju tu bukanlah urgent, dan aku explain dekat dia..tunggu ibu ada budget then kita akan pergi beli ya..aku cukup mengenali anak2 aku..bila diaorang nak beli apa2..if benda yang diminta tu bukan wajib utk ada dan bukan urgent, aku akan cakap pada anak2 aku..tunggu ya sayang, ibu belum gaji lagi & kadang aku cakap, tunggu ya sayang bila ibu ada budget lebih, pasti ibu akan belikan..anak2 aku amat memahami bila aku terangkan macam tu..dan jawapan yang aku dapat, "ok ibu, kita tunggu ibu gaji lah"..syukur ke hadrat ilahi, mengurniakan anak2 yang mempunyai gerak hati yang sebegitu..bak kata orang anak2 kecil adalah kain putih, terpulang pada pencorak tersebut untuk mencorakkannya sebagaimana rupa..

..during the weekend juga lah, Fakhriy menyebut tentang arwah Fashiyl..kami amat terkejut bila mendengar Fakhriy menyebut nama arwah adiknya tu..ceritanya, semasa sabtu lepas, Fatihah & Fayyadh ke sekolah, ganti sekolah untuk cuti hari raya..so, tinggal lah Fakhriy takada kawan nak bermain, then masa dalam kereta, Fakhriy cakap..abang ngah (Fayyadh) pergi sekolah, abang ngah kawan dengan abang chik (Fakhriy), selalu abang ngah main dengan abang chik tapi hari ni abang chik takada kawan..macam Farriys..Farriys takada kawan sebab..Fashiyl dah takada..jadi Farriys takada kawan nak main, Farriys takada Fashiyl..abang chik takda abang ngah..begitu terkejut husband aku dan aku mendengar apa yang Fakhriy cakap tu..dia memang ingat pada arwah adik dia..Fashiyl..begitu tak disangka dia akan cakap macam tu..lepas tu, husband aku pun cakap macam ni pada Fakhriy..eh..Farriys bukan ada Fashiyl saja, Farriys ada ayah, ada abang chik, ada abang ngah, kakak, ibu nak main dgn Farriys kan..mana boleh kita kawan dengan seorang saja..kita kena kawan dengan ramai orang..boleh tak macam tu abang chik?..lepas tu Fakhriy pun cakap, oo..ok, kita kawan ramai2, kita kawan semua orang, Farriys pun kawan semua orang..lepas tu husband aku cakap, kita kawan semua orang dan kita tetap takkan lupakan Fashiyl kan..kita akan selalu ingat Fashiyl..bila kita ingat Fashiyl..kita sedekahkan al-fatihah pada dia..kan..Fakhriy pun cakap..ok, ayah..

..ini menunjukkan abang-abang arwah Fashiyl memang ingat pada dia..dan tidak lupakan akan kewujudan dia buat seketika waktu itu..di waktu yang lain pula..Fayyadh ada cakap macam ni pada aku, ibu..ibu ingat tak masa ibu keluarkan Fashiyl dulu..ibu duduk hospital, ibu dapat sikat, abang nak sikat tu boleh tak?..satu lagi situasi, dimana abang Fashiyl memang tidak lupa pada arwah..dan buat diri aku..setiap kali habis solat, fikiran pasti teringat akan arwah Fashiyl..dan tiap kali teringat tu..aku doakan agar dirimu sejahteralah disana sayang..
ada masanya aku cuba mengalihkan fikiran ini..teringat akan arwah Fashiyl, tapi tanpa aku sedari, kesan dari kehilangan Fashiyl..hati aku cepat tersentuh bila mendengar berita2 sedih..atau melihat orang sakit..dengan sendirinya air mata aku akan mengalir..mungkinkah keadaan ini akan berterusan selamanya atau seketika saja..aku pun tidak tahu..aku cuba kuatkan semangat dan tabahkan hati untuk mengharungi kehidupan akan datang dengan ketiadaan Fashiyl..dengan lebih menumpukan perhatian pada 4 orang cahayamata yang berada disisi kami ketika ini..insya allah..

Wednesday, April 08, 2009

..minggu ni..rasa macam kelam-kabut pulak..setelah bercuti 2.5 minggu berpantang..start kerja semula..start hantar anak2 ke nursery..tapi yang bestnya minggu ni, aku tak payah hantar Fatihah & Fayyadh ke sekolah sebab suami tersayang willing hantarkan..so, aku sampai ofis awal..and apa lagi dapat balik awal la hari2..dan paling bestnya..dapat ambik Fakhriy & Farriys awal juga..sampai rumah awal..rasa seronok sungguh dapat bawa balik diaorang awal balik ke rumah..

..sabtu ni, Fatihah & Fayyadh sekolah..ganti untuk cuti hari raya nanti..kesian diaorang dah la sekolah petang pula tu..so, as conclusion tak ke mana-mana la kami weekend ni..nanti nak kemas rumah lagi, nak uruskan pakaian sekolah lagi, in fact dah dekat tengah-tengah bulan ni, budget nak berjalan-jalan pun berkurangan..kena la berjimat cermat sikit..

..hari ni dah masuk 22 hari, arwah Fashiyl Aliq meninggalkan kami..dan masih ada lagi kawan-kawan yang bertanyakan perihal apa yang terjadi..dan setiap kali ada yang bertanya, maka hati aku cukup tersentuh dan satu2nya yang tak dapat dikawal adalah lelehan air mataku..pasti akan berguguran tanpa dapat dikawal..ada masanya aku terfikir macam manalah agaknya wajah arwah Fashiyl Aliq..insya allah..suatu hari nanti pasti ibu dapat berjumpa dengan Fashiyl kan..semasa arwah dalam kandungan, kami ada juga merancang untuk membeli serba sedikit barang untuk dia..tapi semua tu tinggal kenangan..tiap kali aku memandang list barang yang nak dibeli untuk Fashiyl, tiap kali tulah aku rasa amat sedih..dan tertanya2 kenapa Fashiyl tinggalkan ibu, sayang..sekejap saja Fashiyl singgah diperut ibu..sesungguhnya Allah mengetahui yang terbaik untuk hambaNya...

..seminggu sebelum aku berjumpa doktor untuk pemeriksaan hari tu..aku ada check dan keluarkan pam susu elektrik dan manual, dan merancang untuk membasuh dan susun dalam container serta botol2 susu untuk menyimpan susu badan juga telah aku keluarkan..tapi sekarang ni..dah aku simpan semula pam dan botol2 tu..tapi baru2 ini..ada kawan ingin meminjam pam susu elektrik aku tu, tanpa ragu2 aku memberi pinjam pam tersebut..pada aku..di saat ini, arwah Fashiyl dah kembali ke pangkuan ilahi..dan tak salah kiranya aku meminjamkan pam tersebut pada orang yang memerlukannya..dan semoga dengan apa yang aku lakukan ini..Allah memelihara kesejahteraan arwah Fashiyl disana..

..bukan mudah untuk melupakan sesuatu yang menyedihkan apabila kita kehilangan orang yang tersayang..tubuh badan secara zahirnya dapat dilihat sihat dan bertenaga..tapi hati dan fikiran, hanya Allah yang Esa yang lebih mengetahui..hati menangis dalam diam, pastinya mengambil masa yang lama untuk menjadi tabah dengan hakiki ini..pandangan aku sayu pada setiap bayi dan anak yang berada di depan mata aku pada bila2 masa..dirasakan luhurnya hati ini, nak saja aku melindungi mana2 sahaja anak-anak kecil dari terseksa dan ingin saja aku berikan sepenuh perhatian pada setiap anak-anak kecil yang terbiar..kerana aku telah lalui suatu kehilangan yang amat menyedihkan..tiap kali aku memandang anak2 aku yang comel 4 orang tu, perasaan aku merasakan kalau boleh ingin aku sentiasa setiap saat bersama anak2 aku..tapi apakan daya, tanggungjawab untuk mencari rezeki bagi membesarkan mereka harus dilaksanakan..kerana mereka adalah amanah dari Allah, suatu amanah yang tiasa tolok banding nilainya..

..kepada sesiapa yang membaca blog aku ni, berilah perhatian pada anak-anak kecil yang sentiasa memerlukan kita disisi mereka dalam menempuhi perjalanan kehidupan yang penuh ranjau, onak dan duri ini..hargailah mereka yang berada dihadapan mata kita..selagi mereka masih bersama kita..

Thursday, April 02, 2009

..setelah membaca artikel dari akhbar, ingin aku kongsikan bersama artikel dibawah buat renungan kita bersama..lebih lagi dengan apa yang kami lalui baru2 ni..artikel di bawah ni, cukup bagus jadi bahan bacaan aku..

Kita wajib percaya pada qada' dan qadar serta pasrah terima ujian dariNya..

PASRAH atas apa yang berlaku serta menganggap setiap ketentuan Allah tersirat seribu hikmah, adalah sifat mulia dan terpuji dituntut oleh Islam. Islam mendidik umatnya sentiasa reda melakukan kebaikan dan menerima kejahatan serta ujian.

Ketetapan Ilahi adalah sesuatu yang tidak mampu ditandingi kerana sebagai hamba, kita akan sentiasa diuji untuk menambahkan keimanan dalam diri.

Daripada Suhibul Raumi berkata, sabda Rasulullah SAW, "Betapa ajaibnya orang yang beriman itu. Sesungguhnya semua perkara adalah baik bagi mereka. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika memperoleh kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Sebagai seorang hamba, setiap umat Islam perlu pasrah menerima hukum Allah dan penghakiman lain yang sudah ditetapkan melalui wahyu disampaikan Rasulullah SAW. Kepatuhan dan ketaatan terhadap suruhan dan larangan-Nya menunjukkan keredaan kita terhadap apa digariskan agama, apatah lagi jika kita melakukannya dengan ikhlas dan bertanggungjawab.

Sering kali kita melihat umat Islam diuji bertalu-talu, bukan diseksa, tetapi itulah tanda kasih-Nya kerana kadangkala ujian sajalah yang menjadikan seseorang itu kembali kepada-Nya, sedang waktu senang ada kalanya kita tergamak mendahulukan keseronokan dunia melebihi sepatutnya.

Ketika melalui ujian tidak tertanggung, jelas dilihat pada wajah orang beriman sifat pasrah atas suratan dan mereka pasti hikmah tersirat lebih istimewa daripada kesusahan dihadapi, justeru keyakinan terhadap kekuasaan-Nya saja yang mampu mengubat hati.

Daripada Anas, sabda Rasulullah SAW bermaksud, "Apabila Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Barang siapa reda menerima ujian itu, Allah reda pula kepadanya. Dan barang siapa yang marah (tidak reda), maka Allah pun murka kepadanya." (Hadis riwayat Imam At-Tarmizi)

Sifat pasrah dan reda hanya dimiliki orang beriman, bukan yang munafik kerana orang yang menentang ketetapan serta suratan Allah tidak tergolong dalam golongan beriman. Contoh jelas dapat dilihat dalam mengamalkan ibadah diwajibkan kepada setiap individu Muslim seperti berpuasa dan solat lima waktu.

Sebagai penganut Islam, kita wajib berpuasa di bulan Ramadan dan ia tidak boleh diingkari. Ketaatan kepada suruhan itu dan pasrah dengan rasa lapar, dahaga, menahan diri dan anggota tubuh badan daripada perkara membatalkan puasa adalah bukti reda terhadap hukum ditetapkan.

Begitu juga perintah menunaikan solat lima waktu yang tidak dipertanggungjawabkan ke atas penganut agama lain. Perintah itu sukar dilakukan orang munafik, tetapi tidak susah untuk disempurnakan oleh umat yang sentiasa bersyukur atas nikmat dan kemewahan dianugerahkan Allah.

Tiada satu pun diminta bayaran, melainkan perintah melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya, yang juga akhirnya untuk kebaikan umat Islam itu sendiri di akhirat kelak.

Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap agama Allah dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya, dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik. Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka hanya bertujuan riak memperlihatkan sembahyangnya kepada manusia supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman dan mereka pula tidak mengingati Allah dengan mengerjakan sembahyang melainkan sedikit sekali." (Surah an-Nisaa', ayat 142)

Jelas sekali percaya kepada qada' dan qadar adalah satu tuntutan dan rukun iman ke atas setiap umat Islam. Jika tidak wajib beriman dengan qada' dan qadar, sudah tentulah manusia tidak dapat menerima ketentuan Ilahi, sebaliknya menyalahkan pelbagai perkara sehingga akhirnya kesalahan itu berbalik kepada diri sendiri.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Dari Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW: Jika engkau terkena oleh sesuatu musibah, maka janganlah engkau berkata: Andai kata saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu. Tetapi berkatalah: Ini adalah takdir Allah dan apa saja yang dikehendaki oleh-Nya tentu Dia melaksanakan-Nya, sebab sesungguhnya ucapan andai kata itu membuka pintu godaan syaitan." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Cabaran dan dugaan dilalui setiap manusia adalah frasa kehidupan yang normal dan ketika itulah manusia manfaatkan untuk membuat pertimbangan sama ada terus menghadapinya dengan cekal, berikhtiar dan berusaha menyelesaikan segala kekusutan ataupun menyalahkan takdir semata-mata.

Kepayahan mendapat jodoh yang baik, kesukaran menunaikan tanggungjawab sebagai suami, isteri, ibu dan ayah kepada anak sehingga amanah Allah itu tidak terbentuk seperti dituntut agama, tiada komitmen dalam ibadah dan sebagainya perlu dianggap sebagai ujian, bukan suratan kerana ia perlu ditentang disebabkan sifatnya bertentangan hukum Allah.

Jangan pula kita pasrah jika malas bersolat, reda jika mengamalkan rasuah dan akur jika terus seronok mengumpat, menabur fitnah dan sifat keji lain. Sebaliknya sikap itu menunjukkan kita tidak pasrah terhadap perintah Allah.

Sesungguhnya jika kita pasrah terhadap apa yang ditentukan Allah, maka kita juga akan memperoleh keredaan Allah.

Saturday, March 28, 2009

..permintaan yang mengejutkan..

..sejak seminggu yang lalu..aku banyak luangkan masa memikirkan apa yang aku ingin coretkan dalam blog aku ni.. bila datang idea tu..jari2 aku mula mengetuk keyboard notebook untuk menulis apa yang terlintas di fikiran aku ni untuk di jadikan kenangan..

..tanpa disangka, baru2 ni..anak sulung kami, Fatihah bertanyakan suatu soalan yang tak di sangka2..soalan dia macam ni..

Fatihah : ibu, buat apa tu?
Ibu : tengah tulis blog, tengok email..
Fatihah : kakak tengok ibu tulis blog macam best lah..
Ibu : ya, ibu suka tulis blog..tulis tentang anak2 kesayangan ibu..tulis tentang kakak kan..
Fatihah : ibu, kakak tanya sesuatu boleh tak?
Ibu : boleh,apa dia, tanya lah..
Fatihah : kakak nak tulis blog jugak boleh tak? nak baca email macam ibu, macam ayah tu jugak..
Ibu : ..(dengan terkejutnya aku..terus berhenti tulis blog, sambil pandang ke arah Fatihah)..betul ke kakak nak tulis blog dan nak ada email..
Fatihah : ya, betul..nanti kakak boleh hantar email pada ibu, pada ayah..tulis blog kakak..
Ibu : ..(aku fikir 2 kali tu nak bagi ke tak..then consult dengan suami aku..dia kata, boleh dengan syarat, under control la)..okla kakak, nanti malam ibu createkan email account dengan blog kakak ya..
Fatihah : ok ibu, nanti ibu kena ajar kakak ya..

..waduh, waduh, waduh..kanak2 zaman sekarang begitu high tech betul..niat kami just nak bagi dia menghargai apa yang dia ada dan simpan kenangan dia..dah lama kami perasan, Fatihah memang minat dengan komputer dan suka surf kat internet..tapi dibawah kawalan la kan..so harap2 kami mengajar dia benda yang betul..bukan apa, macam2 ada kat internet tu kan..nanti karang..terjumpa lak yang tak sepatutnya dia jumpakan..harap2 bila dia dah pandai guna nanti, boleh membantu dia dalam pembelajaran seharian dia..insya allah..dengan izin allah, semoga dia mendapat ilmu yang baik dan diberkati..amin..

..sejenak ku terfikirkan keadaan semasa..

..hari ni hari sabtu, tanggal 28 Mac, 2009..hari yang ke 9 aku berpantang..badan rasa ada sengal2 sikit..but overall getting better..insya allah lagi 2 minggu..harap2 sihat la keseluruhan badan aku ni..aku masih tak pergi berurut lagi ni..tak tahu nak cari kat mana tukung urut..rasanya worst to worst..aku balik rumah mak mertua berurut dengan makcik yang urut aku masa bersalinkan Fakhriy dulu..

..actually..hari ni aku rasa sedih sikit sebab..mak aku dah balik kampung..setelah jaga aku dalam pantang 9 hari ni..mak perlu balik sebab..nak uruskan hal kendurinya minggu depan..insya allah..harap2 aku sihat la..then boleh balik kampung untuk kenduri mak tu..bila bercakap pasal kenduri ni..kali ni tak dapat la aku nak tolong banyak kenduri mak tu..sebab aku dalam pantang lagi..aku berpantang dalam 3 minggu..selalunya aku tolong apa yang patut..tapi kali ni aku tak boleh terlalu aktif bergerak..tak apalah..yang penting, kepulangan kami sekeluarga tu yang lebih penting..buat ibuku..kenduri tu adalah kenduri kesyukuran ibu yang ke 70..alhamdulillah, allah telah memanjangkan usia ibu sehingga ke saat ini..semoga allah memanjangkan umur ibuku..dan murahkan rezekinya..

..so, minggu depan aku akan berpantang sendiri kat rumah..duduk rumah seorang diri..tak dapat bayangkan boringnya duduk seorang2 kat rumah..lepas tu nanti..rasa sedih je teringat kat baby aku..aku akui yang ingatan aku tak lekang dari memikirkan dan teringat pada arwah Fashiyl..memang seperti kata2 kawan2 aku..yang telah melalui perkara yang sama..tidak mungkin dapat melupakan peristiwa tersebut..ia akan tetap diingatan..cuma apabila teringat tu..maka disedekahkan la..al fatihah..buat arwah..kadang2, aku terfikir apakah hikmah di sebalik semua ini..satu yang aku sedar ialah..kasih sayang kami, semakin kuat pada anak2 kami yang empat orang tu..aku cuba mengawal kemarahan terhadap anak2 aku..sebab bila aku rasa nak marah..aku tersedar yang kehilangan Fashiyl..dan aku tak nak kehilangan Fatihah, Fayyadh, Fakhriy, Farriys..aku dan suami akan berusaha bersungguh2 menjaga dan membesarkan mereka dengan sebaik2nya..insya allah..

..dalam memikirkan anak-anak kesayangan kami, Fatihah, Fayyadh Aniq, Fakhriy Ariq, Farriys Afiq & Fashiyl Aliq..aku terfikir sejenak tentang ibu bapa yang belum beroleh rezeki..menimang cahayamata..dan aku rasakan..kami harus bersyukur sangat2 ke hadrat ilahi..bahawasanya sekurang2nya kami telah mempunyai 4 orang anak bersama kami..dan seorang menunggu kami di sana nanti..segala ketentuan allah s.w.t..adalah yang terbaik buat hambaNya..Dia lebih mengetahui segalanya dan yang terindah dan terbaik buat hamba2nya..

..akan aku kongsikan bersama..suatu kisah yang dikongsikan oleh seorang uztazah tentang akhlak2 anak2 yang bahawasanya setiap anak itu ada keistimewaannya yang tersendiri..sebagai ibu bapa tidah seharusnyalah kita memandang pada sudut pembelajaran sahaja tetapi kita juga harus peka terhadap perkembangan akhlak anak2 kita..yang mana dari kata2 uztazah tersebut..seandainya seseorang anak itu mencapai keputusan yang cemerlang di dalam akademik..tetapi dari segi menghormati orang2 tua, akhlak terhadap ibu bapa tidak baik..maka..tiada nilailah..kecemerlangan di dalam akademik tersebut..banyak lagi yang dikongsikan bersama oleh uztazah tersebut..insya allah akan aku kongsikan bersama dgn sahabat2 pembaca blog aku..bila ada peluang...sesungguhnya tiada yang lebih baik bagi seorang ibu itu selain..sentiasa berdoa untuk anak2nya ke hadrat ilahi..dan tuturkan kata2 yang indah dan baik terhadap anak2nya..maka..insya allah..anak2 akan beroleh kesejahteraanlah di dalam hidup mereka...

Wednesday, March 25, 2009

..Pemergian bayi dalam kandunganku..sesuatu yang tidak dijangka..

..aku tidak tahu bagaimana utk memulakan..kisah kami kehilangan bayi di dalam kandunganku..fikiran aku cukup bercelaru..perasaan pilu..sedih..masih lagi menyelubungi diriku..yang mana..aku masih berpantang..tetapi..pantang harianku tanpa bayi..semua ini adalah ujian dariNya..kami redha dengan apa yang telah ditakdirkan..

..bagaimana pun aku ingin mencoretkan kenangan sejak..aku mula hamilkan cahayamata ke 5 kami..untuk aku buat kenangan bahawasanya cahayamata ke 5 kami hadir dalam kehidupan kami buat seketika waktu..dan telah mengadap ilahi ketika kandungan ku berusia tiga bulan setengah..

..tanggal 18 Februari, 2009..aku pergi ke Klinik Pakar Wanita An Nur..doktor membuat imbasan pada kandunganku..bayi dalam kandungan menunjukkan pe
rgerakan..dan pergerakan jantungnya adalah normal..aku dan doktor dapat melihat bayiku bergerak2 tangan serta kakinya..aku tersenyum..dan doktor mengatakan..bayiku kelihatan aktif dari melihat..pergerakannya itu..dan doktor..memberi..hasil cetakan gambar bayiku..dan aku pulang ke rumah..tapi tak tahu ketika itu aku tidak mengeluarkan hasil cetakan gambar bayiku..dan aku tidak menunjukkan pada ahli keluarga ku..hanya menjadi tatapanku..rupa-rupanya..betul-betul ia menjadi tatapanku sahaja..apabila dia telah meninggalkan kami..

..tanggal 18 Mac, 2009..aku pergi ke Klinik Pakar Wanita An Nur..seperti biasa..aku hadirkan diri untuk buat pemeriksaan bulanan kandungan ku..dari kiraan ku..bayi ku sepatutnya berusia 17 minggu..setelah menjalini proses..memeriksa darah..serta air kencing..dan berat..aku hanya menunggu giliran utk berjumpa doktor..dan ditemani oleh suami tersayang..aku mengira giliran ku..lagi 2 orang patient masuk..then giliran aku pula..lepas habis 2 patient tersebut..nama ku dipanggil oleh jururawat..dan aku senyum saja melihat jururawat tersebut..dan aku masuk ke bilik doktor..

..soalan pertama doktor..mummy..sihat..baby sihat ke..then aku jawab..saya sihat doktor..then doktor tanya..ada rasa baby gerak2 tak..then aku jawab..kurang la doktor..lately ni saya tak rasa baby gerak..maybe perut saya tebal kot tak rasa..baby bergerak..then doktor tanya lagi..makan macam mana..selera tak..jawapan aku..pagi makan banyak doktor..tengahari kurang..malam lagi kurang..then doktor terkejut..eh..naper gitu..tak leh gitu..kena makan cam biasa juga..then..doktor kata..jom kita scan baby..nak tengok keadaan baby..aku pun baring di atas katil utk dibuat imbasan pada bayiku..

..doktor..buat imbasan..sekali..dua kali..tiga kali..aku tengok muka doktor lain macam..aku agak doktor mencari2 degupan jantung bayiku..aku jugak tak kelihatan degupan jantung bayiku..hatiku dah terdetik..ada apa2 berlaku ke pada bayi dalam kandunganku..kali ke empat doktor buat imbasan..dan doktor tidak menoleh ke arahku..doktor langsung menoleh ke arah suamiku..dan memberi penyataan ini.."I'm sorry to say that, baby ni dah tak ada.."..aku rasa cam berita tu adalah berita petir..yang tersambar kat aku..suami aku tanya kat doktor.."takada macam mana doktor..tu ada lagi baby kat screen tu"..then doktor explain lagi.."suppose baby ni usia dia 17 weeks..tapi bila tengok heartbeat dah tak ada..and usia baby 13.5 weeks..heartbeat dia stop pada 13.5 week tu..means dia meninggal pada usia hampir 3.5 bulan.."..semasa doktor explain tu..air mata aku dah tak berhenti berjujuran dan aku tak dapat berkata2..doktor ajar aku duduk di tepi dia..dan aku masih lagi tak berhenti menangis..aku tak dapat terima hakikat asalnya..bayi dalam kandungan tu dah tak ada..dah pergi mengadap ilahi..suami aku..masih lagi..bertanyakan pelbagai soalan pada doktor..tanya..apakah sebab2..terjadinya sebegitu..doktor..kata..dia tak dapat nak bagi kepastian..apakah punca2nya..tunggu sehingga bayiku dikeluarkan nanti..

..hasil dari perbincangan doktor, suami dan aku..kami bersetuju untuk keluarkan bayiku yang dah tiada tu..keesokkannya hari nya pada tanggal 19hb Mac, 2009..aku keluar dari klinik tu..dengan berjujuran air mata yang tidak berhenti..aku tak dapat mengawal perasaan ini..tak dapat mengawal kesedihan aku..aku cuba untuk menghubungi ahli keluarga..telefon ku dial..diangkat..tapi mereka hanya mendengar tangisan ku yang tidak henti2..dan aku cuba terangkan..apa yang terjadi..ayat yang ku mampu katakan..adalah..baby dalam perut dah takada..satu berita yang amat mengejutkan ahli keluarga..dan tiada apa lagi yang dapat aku dengar..hanya tangisan dari mereka..dan kata2 semangat..

..aku tidak dapat menahan air mata yang mengalir..aku cuba juga menahan utk tidak terus menangis..tapi..naluri aku lebih memihak pada kesedihan kehilangan cahayamata kami yang ke 5..aku pulang dengan keadaan yang amat memilukan..perlahan2 aku mengemas pakaian utk dibawa ke hospital keesokan paginya..doktor meminta kami berada di hospital seawal 7.30 pagi..hari itu adalah hari yang amat memilukan..aku kuatkan hati utk melalui saat utk mengeluarkan bayi dalam kandunganku itu..

..aku dibawa ke bilik bersalin..doktor memberi penjelasan apakah yang akan dilakukan..dari penjelasan doktor..aku akan lalui saat sama seperti aku bersalinkan anak2 yang lain..bezanya cuma kali ni aku akan melahirkan bayi yang telah tidak bernyawa lagi..aku menjalani proses induce..rasa sakit dah bermula..dan rasa sakit tu..makin lama makin sakit..dan contraction..juga makin kuat..aku terasa nak push..dan keluar darah beku..kemudian terasa nak push lagi..maka keluarkan bayiku yang mana masih berada dia dalam karungnya..kemudian doktor tanya masih ada rasa nak push tak..then aku kata tak ada..then doktor kata its ok..i will put u on sleep..i cuba nak keluarkan uri..then dari apa yang doktor jelaskan keesokannya..doktor tekan2 perut aku..dan cuba tarik uri..yang mana dah berada di pintu rahim tu..dan maka keluar la uri..tersebut..

..setelah aku sedar..segalanya telah selesai yang mana jenazah bayi ku telah pun..dibesihkan dan dimandikan..serta telah dibalut oleh jururawat kat situ..aku menangis..melihat balutan yang dipegang oleh suamiku..bahawasanya balutan itulah..jenazah bayi yang ku kandung..yagn mana telah meninggalkan kami selama-lamanya..aku dihantar ke wad..aku hanya mampu menangis..dan termenung..dikala itu kesedihan kepiluan..berlegar2 dalam diriku..suami ku pulang ke rumah membawa jenazah bayi kami untuk disemadikan..

..jenazah bayi ku..selamat disemadikan pada tanggal 20hb Mac, 2009..pada hari Jumaat..kami namakan bayi kami dengan nama yang menggambarkan pemergiannya..iaitu Fashiyl Aliq bin Parizol..dengan maknanya..Fashiyl bermakna yang mengasingkan..dia telah mengasingkan diri dia dari kami..Aliq pula bermakna yang bersangkutan..dia tetap mempunyai persangkutan darah dengan kami biarpun dia telah terasing dari kami..al fatihah buat arwah Fashiyl Aliq..semoga bayiku bersemadi dengan sejahtera..

..hari ni tanggal 25hb Mac, 2009..dah beberapa hari aku berpantang tanpa bayiku..hari demi hari aku gagahkan hati..untuk meneruskan kehidupan..tanpa cahayamata ke 5 kami..setiap hari demi hari aku cuba tabahkan hati untuk menerima hakikat ini..dan aku redha dengan pemergiannya..semoga bayiku Fashiyl Aliq pergi dengan aman dan bersemadi dengan sejahtera..ayah dan ibu akan sentiasa mengingati mu sayang..

Monday, March 16, 2009

..kesiannya aku melihat blog kesayangan aku ni..agak lama gak aku tak mencoretkan apa2..keadaan tak mengizinkan aku utk update kisah si comel permata2 hati kami..terlalu banyak peristiwa utk dikongsi bersama..tapi situasi aku lebih mendorong kepada memberikan tumpuan yang lebih kepada kesihatan diri sendiri, kesihatan anak2 aku..

..tapi rentetan dari sahabat baik yang mengajukan soalan..kenapa tak update blog..aku nak baca coretan yang baru la...aku hanya mampu tersenyum..dan tidak dapat memberikan jawapan bilakah akan dapat aku tunaikan permintaannya tu..bagaimana pun..aku tetap berusaha utk mencoretkan kenangan2 hari2 yang kami lalui bersama permata2 hati kami..aku akan tetap cuba utk mencuri masa utk berkongsi cerita & gelak tawa bersama pembaca setia blog aku ni..


Tuesday, January 13, 2009

..permulaan 2009 dan hijrah 1430

..lambat aku update blog ni utk slot yang pertama 2009 ni..mana taknya busy dengan alam back to school anak2 aku..since fayyadh masuk darjah 1, so aku amik cuti lama sikit awak tahun hari tu..biasalah..monitor dia awal2 tu camana..nak train dia ke sekolah agama, ke transit, ke sekolah kebangsaan..nak train dia camana nak handle diri sendiri masa kat transit tu..

..tak berkesempatan nak amik gambar bebanyak..tapi ada la sikit..amik fayyadh pakai baju sekolah..pepagi first day to school tu..hari pertama tu..aku help fayyadh from pagi to the end of school..petang..then 2nd day..aku start dah..let him handle sendiri..yang aku kurang risau tu..sebab..fayyadh is very obedient son..so..dia jenis dengar cakap..dan dia follow the instruction..so kat transit tak banyak masalah..dia follow cakap kakak2 yang jaga transit tu..

..interm of makan..fayyadh bukan jenis yang cerewet..so..dia makan saja apa yang dihidangkan..and dekat kantin..dia beli jer kuih 3 @ 4 ketul..air lak memang habis la air masak yang aku bekalkan tu..syukur ke hadrat ilahi..sesungguhnya kau lah mengizinkan segalanya dimuka bumi mu ini..ya allah..dengar keizinan mu jua..fayyadh..boleh berdikari sendiri ke sekolah..aku memohon kepadamu ya allah..lindungilah..anak2 ku..walau dimana mereka berada..aminnn..

..ooo..teringat la al kisah..fayyadh buat test dalam kelas masa first day..sejam pertama..kami tak tengok pun..jam kedua..kami gi jenguk2..tengok..di duk belek2..kertas..tu..aku dah cuak dah..dalam hati..ish..anak aku ni jawab ke tak jawab ni..tengok orang lain keluarkan colour pencil..dia punya takada pun atas meja..alamak..ni kes tak buat tak jawab la ni test tu..aku dah start risau..dia duk pandang2 aku..kat luar kelas ni..then aku bagi isyarat..kata buatlah semua tu..ada dalam 10 muka surat la diaorang kena jawab test diagnostik tu..then..lepas tu bila masa dah abis..cikgu suruh keluar gi rehat..masa tu aku amik kesempatan..gi tengok kertas test dia..haaa..legaa..rupanya dia jawab..and dia dah siap warnakan..tanya dia..mana colour pencil..dia kata dah simpan dalam beg..so..for all you know..fayyadh seorang budak yang jenis penyimpan..dia cukup sayang harta2 dia..in fact contohnya..kalau beli mentos..utk fatihah, fayyadh, fakhriy..fayyadh simpan dia punya dulu..then..dia share dengan adik dia..dah abis..adik dia punya..baru dia keluarkan dia punya..thats why la dia simpan terus dalam beg..colour pencil dia tu lepas guna..ish..ish..fayyadh buat ibu..betul2 cuak..

..nak cerita pasal fayyadh kehilangan aku di sekolah..bukan aku kehilangan fayyadh..ha..baca betul2 ayat tu ya..masa loceng lepas rehat..dia kena beratur nak masuk kelas..then aku kata..abang pergilah cari kelas abang..then tiba2 dia hilang..aku dah tahu mana dia pergi..dah la kat situ semuanya sama jerkan budak2 tu..pakai baju sekolah...sama jerlah..susah nak cari..last2..aku berdiri jer tepi..sebab tak tahu nak cari kat mana..then..tak lama lepas tu tetiba dia muncul..cakap kat aku..terkejut aku..dia cakap..ibu abang tak jumpa la barisan kelas abang..abang dah cari 1HT tak ada lah..aku kata la..abang pergi mana tadi..cari kelas la dia kata..then..aku nampak..cikgu kelas dia baru sampai dengan bawa sepanduk besar tulis 1HT..then fayyadh nampak..terus gi beratur..

..aku ada satu lagi kisah..pasal fakhriy pergi sekolah..without his big brother..hehe..nanti aku sambung lagi dalam episod seterusnya..and update gambar sikit2..ada kerja sikit nak buat..