Friday, September 19, 2008

..berbuka di Secret Recipe..

..salam, 2 hari lepas aku and family gi berbuka kat secret recipe, secret recipe mana lagi, yang ada kat Bangi tu lah satu2nya..kami sampai ngam2 jer waktu berbuka, semua orang dah start makan kurma, kami baru nak order food, yang bestnya kami selalu gi makan then tak tahu nak order apa..nak order food pun dah makan masa, then aku pun dgn selambanya cakap kat waiter tu, dik tolong bagi air kosong utk berbuka dulu, lambat nanti makruh lak..waiter tu kata, ya ya kak kejap saya ambil, then aku tengok dia datang dengan sepiring kurma, dan 5 gelas air sirap..oo ok gak, not bad la kan..dia bagi kurma utk berbuka..tapi..bila aku makan jer kurma tu, ya allah..kerasnya cam batu..Fatihah tak leh gigit kurma tu..then aku suruh dia berbuka dengan air sirap tu dulu..

..then waiter tu datang balik, amik order kami..aku & hubby jenuh la menengok menu nak order apa..then last2 dapat la waiter tu senarai apa nak kami makan..sementara menunggu food nak sampai..2 hero aku Fayyadh & Fakhriy tu telah membuat aksi yang amat menarik perhatian orang kat Secret Recipe tu, disebabkan ayahnya baru belikan jam Ben 10 tu, jadi diaorang pun pakai kemana2 diaorang pergi..diaorang buat aksi Ben 10 tu kat secret recipe tu, ya allah..kot la besar sangat secret recipe tu kan..so semua customer yang tengah makan tu melihat la aksi Ben 10 diaorang kat depan almari cermin kek tu..yang malu siapa...akuuuuuuuuuuu gak laa..sebab aku ibunya..jenuh aku panggil suruh duduk diam..tak maunya..duduk diam, asyik buat aksi Ben 10 tu..last2 aku biarkan jer..sampai la waktu makanan sampai..ha..tahu pun lapar..bergegas duduk nak makan..anak2 aku bab makan kan memang cepat..

..aku dengan Fatihah makan spaghetti bologniese..ayah dia makan nasi dgn ayam black pepper..yang lagi 2 hero tu makan kids burget set..then dapat ais krim free 3, apa lagi utk diaorang la 3 orang tu..cerita pasal kami berlima..tak citer pasal adik pun kan..adik apa lagi..selalunya waktu kami berbuka..dia memang tidur..so aku nak semadikan kenangan berbuka kat secret recipe tu dengan berkongsi gambar kenangan masa kat secret recipe..lihat la..aksi2 hero aku dengan jam Ben 10 tu ha..and gambar adik yang baru bangun tidur pun ada gak..korang tengok la gambar siapa yang takada heheheeh..gambar aku lerrr...selalu gitu..gi mana2 memang gambar aku yang takada..sebab aku yang suka amik gambarr...diaorang..









...tengok tu adik besar tul mata dia..siap posing tu masa amik gambar..susah gak nak amik gambar masa dia jaga..selalunya gambar dia gambar tidur je...so aku kongsi kan gambar dia waktu jaga..ha rupa siapa tu..adik tu..









..kat bawah ni gambar masa berbuka kat one of the restaurant kat bangi..


Tuesday, September 16, 2008

..setelah 15 hari ramadhan berlalu..aku teringatkan anak2 yatim tu..

..hari ni adalah hari ke 16 berpuasa..tak sangka masa berlalu begitu pantas sekali..aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi bahawasanya sehingga semalam anak sulung aku @ anak tunggal pompuan aku masih penuh puasanya..alhamdulillah..moga Allah memberkati usahamu, anakkku..insyallah..ramadhan kali ni akan membawa kenangan, suami aku dihempap buai, dan tembus berdarah..serta berjahit la dekat kening tu..cam tahun lepas kenangan bulan ramadhan, kami sefamily kena sakit mata..semua ini dugaan dari Nya, maka kami redha dengan kehendak mu ya Allah..

..tahun ni ramadhan kami bertambah bersinar kerana bertambahnya ahli keluarga, dengan kehadiran Farriys Afiq yang tak banyak kerenah tu, ramadhan kali ni amat menggembirakan sebab masa kami berbuka puasa..Farriys Afiq tak meragam, selalunya dia akan tidur masa kami berbuka.,.setakat ni aku baru sekali ke pasar ramadhan, rasanya takada lah apa sangat yang menarik kat sana..aku lebih suka makan simple2 macam biasa..ada lagi satu yang aku nak share kan..tanggal 6/9 lalu, mak aku buat majlis berbuka puasa utk anak2 yatim, kami semua adik beradik balik..seronok yang tak terhingganya aku sebab..bukan senang nak berjumpa sekali ramai2 at one time, especially nak jumpa abang sulung aku..punya la payah, sebab dia asyik fly sana fly sini jer..yang paling gembira mak aku sebab dia kata..tahun depan tak tahulah..hidup lagi atau tak, nak jamu anak2 yatim tu berbuka puasa..pengajaran yang aku dapat dari majlis berbuka puasa tu..adalah..aku, suami aku, anak2 aku seharusnya bersyukur kerana masing2 ada lagi mak, ayah..tapi bila aku melihat anak2 yatim tu..terasa tersentuh di hati..melihat mereka..yang takada ibu bapa lagi..diaorang tu, anak2 yatim yang belajar di sekolah tahfiz..semoga Allah mencucuri rahmat keatas keluarga kalian yang telah pulang ke rahmatullah..

..apa yang aku lihat towards anak2 yatim tu, betapa mereka menghargai makanan, kenapa aku kata macam ni sebab..masa aku mengemas meja makan yang bawah khemah tu, aku kelilingi semua meja2 tu, tak aku kelihatan pun sisa2 makanan, semua makanan yang dihidangkan mereka habiskan, tak macam sesetengah kenduri tu kadang kita lihat banyak sisa2 makanan diatas meja tu kan..then bila kemas, sisa makanan tu dibuang macam tu saja..terdetik di hati aku...subhanallah, ya allah, kau limpahi la keberkatan kepada anak2 yatim ini, tidak mereka bazirkan rezeki yang kau berikan..amiinnn...mudah sekali kami mengemas meja2 makan tu..sebab yang tinggal hanya mangkuk kosong dan pinggan kosong..bila waktu solat tarawih berjemaah, beratur anak2 yatim tu memenuhkan saf..mereka la juga yang menyusun sejadah2 tu utk orang ramai solat berjemaah..dalam hati aku terdetik lagi sekali..sejuknya perut ibu yang mengandungkan kalian..

..habis solat tarawih..mereka di jamu morey..sekali lagi aku lihat..mereka tidak berada di dalam golongan orang yang membazir..dan habis moray..mak aku sedekahkan setiap seorang kain pelikat..hasil dari kutipan amal mak aku dari kawan2 dia..dari sini, aku sedari ramai juga orang yang berhati mulia utk bersedekah pada anak yatim..alhamdulillah..setelah selesai pengagihan..kain pelikat tu..anak2 yatim tu pun balik dihantar oleh suami aku, abang aku, abang ipar aku..begitu sopan sekali anak2 yatim tu..aku melihat dari jauh kepulangan mereka..jauh di sudut hati aku berkata..anak2, insyallah semoga tahun depan kita bertemu lagi di ramadhan 1430..insyallah..adalah rezeki utk kalian..nanti..aku terfikir yang why not aku join mak aku kan..utk majlis tu..sekurang2nya..dapat anak2 yatim tu merasa berbuka puasa bersama satu keluarga..insyallah..panjang umur, murah rezeki..ada la nanti..korang nak join ke? hehe..kalau berminat..sila hubungi aku ya..

..bila korang baca apa yang aku tulis ni, korang terfikir tak..masa raya nanti..anak2 yatim tu beraya sesama diaorang saja kan..sedangkan kita beraya bersama ahli keluarga kita..mungkin mereka tak menyuarakan apa2, tapi kalau kita di tempat mereka..sedikit sebanyak pasti terasakan..maka kesimpulannya..disebalik kegembiraan kita, ada orang yang merasa kesedihan..maka setiap kali kita merasai kegembiraan, beringat2 la pada orang yang mengharungi kesedihan..maka panjatkan la kesyukuran..

..aku tak tau kenapa hari ni aku tergerak hati utk menulis tentang cerita anak2 yatim tu, masih segar di ingatan aku..melihat gelagat mereka, yang paling tak dapat aku lupakan..ketika mereka menyusun sejadah, minta izin utk lalu dihadapan aku..dengan nada suara yang rendah, betul2 menyentuh perasaan aku, bagaimanakah mereka membesarkan anak2 yatim tu dengan tertanamnya sifat sopan dan menghormati..aku terfikirkan anak2 aku, bagaimana kah kalian nanti bila membesar, ya Allah ya tuhanku, kau suluhi lah anak2 aku dengan cahaya kebaikan, kau jauhi la anak2 aku dari segala kemungkaran..

..oklah..aku rasa..nanti aku sambung bercerita lagi, if ada benda2 yang menarik utk di kongsi bersama, cuma kata2 hikmah dari aku..setiap kegembiraan yang kita lalui, ada diantara mereka yang melalui kesedihan...maka hargai la segala kegembiraan yang Allah kurniakan..insyallah..

Wednesday, September 03, 2008

..ku ingin tunaikan janji..

..aku tak sempat lagi nak tulis apa2..cuma aku nak update jer..gambar terbaru baby aku..yang dah 3 bulan seminggu tu..before selamat berpuasa kepada semua pembaca2 setia blog ku ini..tahun ni kami berpuasa dengan kehadiran ahli keluarga baru..aminn...

..hehe tengah syok tidur tu..




..hehe..sibotak ku sayang..


..ni aksi apa tak tahu la kan..memang suka amik gambar dia tengah tidur..

Friday, August 15, 2008

..malam ni mak nak balik dah..

..rasanya baru lagi aku amik bawak dari kg bawak ke umah aku..tapi dah seminggu dah dia duduk umah kami, dan dia pun nak balik dah..asalnya kami nak anta dia balik ahad ni, tapi dia nak balik awal lak, sebab esok ada marhaban katanya, kawan2 dia suruh gak datang marhaban tu..so, dengan berat hatinya aku pun cakap kat mak, ready la barang, malam ni ina anta balik..tak tahu bila lagi mak nak datang umah aku, quite sometime gak dia tak jenguk ke umah kami, dia busy dengan kumpulan marhabannya lah, busy dengan bisnes nya lah, ni dah nak puasa ni, ramai la minta kerisik, utk simpan buat rendang raya..so berbalang2 lah, mak aku menyiapkan kerisik, kesana kesini mencari kelapa..mak aku tu tak leh duk diam, dah nak masuk 70 tahun dah umurnya..dia masih busy dengan bisnes dia..tu minat/hobi dia..biarlah asalkan dia bahagia..yang aku risau cuma kalau dia tak sihat tu..memang buat aku cukup risau..alhamdulillah, setakat ni, mak tak ada penyakit yang kritikal, bersyukur kehadrat ilahi, semoga mak dipanjangkan usia, insyallah..

..hari ni jumaat, weekend ni nak bawak Farriys & Fakhriy pergi amik jab..jab yang baru tu..apa ke namanya..pnuemococoal..something like that la..quite expensive gak jab tu..tapi tak per..demi kesihatan anak2 aku..tu tak jadi masalah, zaman skang ni banyak jer penyakit pelik2, so betterla preventkan..esok ayah diaorang kerja, utk aku bawak 2 hero aku tu sendirian, rasanya parah tu..so i need someone tu accompany me, aku tanya kakak aku, dia kata no problem, dia boleh tolong especially, jaga Fakhriy..heheh..Fakhriy cukup takut dengan kakak aku tu, tak tahu lah..apa yang dia takutkan sangat makcik dia tu..so aktiviti esok, pagi duk umah, tengahari gi klinik an-nur..harap2 anak2 aku ok lah..nak jab esok..takut kang ada yang lari lintang pukang nampak doktor bawak injection tu..

..ahad lak ada plan lain, ish ish ish..packnya weekend aku, rasa cam tak cukup masa nak buat kerja di rumah tu..banyak tul..agenda yang beratur dalam kepala ni utk dilaksanakan..tapi kena la priorities agenda2 tu kan..eh teringat lak, semalam aku gi anta kain utk buat baju raya, tahun kurang sikit buat baju raya, hehe..sebabbbbbbb..baju raya tahun lepas ada lagi yagn tak pakai, tak sempat nak pakai, sebabbbbbbbbb..aku pregnant dan tak leh nak pakai baju kurung tu..so simpan elok2 dan bawak melaram la tahun ni..so nanti kena tengok la tudung mana yang sesuai..tema raya tahun ni biru laut..ish teringat lak..baju melayu fakhriy lum gi tempah lagi..alamak sapa lak yang terima lagi ni..harap2 ada lah..silap ibu juga, sayang..ibu lupa nak settlekan cepat2..sian kat abang chik kan..tinggal baju abang raya chik je yang belum settle lagi..takper..ibu usahakan gak weekend ni..

..well, next week cuti sekolah..sure jalan tak sesak, bestnya..boleh masuk awal kerja, balik awal..and boleh main dengan anak2..and dgn baby si comel tu..terkenangkan dia dah pandai diagah..hari2 teringat dia kat ofis ni..hanya tatap gambar jerlah..skang pun teringat dia..apalah dia buat skang ni..tak sabar nak balik..nak amik kat nursery..ibu rindu sangat kat Farriys..

..cuti sekolah, plan nak bawak depa jalan2..tapi tak sure ayahnya..boleh ke tak cuti, sebab system dia nak go-live, tengok la camana..pergi malam tak leh..sebab..nak letak baby kat mana..kalau siang..boleh letak baby kat nursery..sian gak kat kakak,abang2 tu..dah lama gak tak jalan2..dalam kepala aku ni macam2 aku fikir..terfikir camana nak jadi kaya ek..camana nak ada bisnes besar2 cam orang yang berjaya2 tu..kuat tul semangat depa..boleh..aku boleh..insyallah..manusia tu takkan berubah hidupnya, selagi dia tak nak merubah kehidupannya sendiri..

..eh dah panjang rupanya..aku tulis..hati aku ni saya, mak nak balik dah..takperlah..insyallah bulan puasa nanti balik lagi berbuka puasa kat kg..bestnya nak puasa tak lama lagi..wah..nanti puasa..camana la..acara..menyimpan susu ya..harap2 la susu kekal lagi seperti biasa..dan dapat supply utk baby..opsss..aku janji ngan kawan nak tepek gambar terbaru Farriys..lupa lak..naper la aku lately ni, asyik banyak lupa..kuat makan asam ke ..tak jugak..ish..belum la tua sangat pun..

..eh masa balik dah nak tiba..nak berkemas..nak pack susu2 bekalan utk baby ku itu..oklah..buat pembaca blog tersayang..aku doakan kalian berbahagia selalu disamping insan2 yang tersayang..ada ruang kita berkongsi cerita lagi..insyallah..byee...take care..

Tuesday, August 12, 2008

..aku kembali ke persada blog ku ini..

..assalamualaikummmmmmmmmmmmmm..pada para pembaca blog ku ini..lama dah aku tak mengupdate blog aku ni,sejak last before bersalin tu..orang pun dah bising tanya mana gambar my lovely baby, Farriys Afiq. So, aku decide hari ni nak update la blog aku ni, nak masukkan gambar si comel Farriys. Aku tak sempat nak tulis banyak, cuma aku citer sikit2 la about him..Farriys Afiq jenis baby tak banyak kerenah, mandikan pun senang, jaga pun senang, dia nak susu pun tak la menangis kuat..bunyi sikit2 jer..then aku taulah..yang dia nak susu tu..tapi kadang tengah malam..ibunya tidur pengsan tak sedar yang dia berbunyi nak susu..sebb dia tak menangis..kuat pun..then..bawak jalan pun dia tak banyak kerenah..cuma dia tak tahan sejuk bila aku pakai kan rompers bawak lak gi Tesco..apa lah ibu dia ni kan..kan ke Tesco tu cam peti sejuk..ok ok...learn from mistake..cam baru anak first lak kan..hahaha, dah anak ke 4 tu..

..Farriys skang ni kami anta ke nursery sama dengan abang Fayyadh, abang Fakhriy dia..so ada la tukang tengok...ngadu kat aku..kalau2 cikgu nursery tu lambat entertain baby aku tu kan..hehehe..Farriys setakat ni fully breastfeed, alhamdulillah setakat ni..ada rezeki Farriys, aku express susu kat office 2 kali sehari, kat umah sekali..Sejak ada Farriys ni, aku rasa semangat utk teruskan idup tu..lain sikit lah..aku banyak rasa kesedaran..dalam diri..dari pelbagai segi..aku rasa kelahiran Farriys membawa seribu satu pengertian buat diri aku..dan kehadiran dia juga..membuatkan kasih sayang antara aku dan husband..bertambah kuat lagi..


..well, lupa nak cakap..besday aku last 2 days..celebrate ala kadar jer..kali ni aku celebrate dengan kehadiran cahaya mata baru..aku telah pun berumur 33 tahun, dan bestnya besday kali ni jatuh pada hari Ahad, dimana aku dilahirkan juga hari Ahad..hubby tanya aku nak apa..aku kata tak kisah apa pun boleh..yang penting aku kata kat dia..kasih sayang dia tak berubah..dan bertambah pada aku dan cahaya mata kami yang 4 orang tu..dalam tak sangka..dah 4 anak kami..alhamdulillah..aku bersyukur sangat2..sebab..kadang ada orang yang nak dapat sorang pun..punya la susah..itulah dinamakan rezeki masing2kan..


..panjang lak aku beceloteh..aku nak selitkan gambar Farriys Afiq la kat sini, buat tatapan pembaca2 setia blog aku ni..yang sentiasa menunggu aku mengupdate blog aku..so, kat bawah ni la sicomel Farriys Afiq bin Parizol, dilahirkan pada 22.5, jam 8.25 malam, berat 2.75 kg..banyak no.5 kan..dan bestnya no.ic dia belakang 0555..so, buat tatapan kalian..ni la cahaya mata kami yang ke 4, a cute baby boy..





..itulah dia..Farriys Afiq, ada lagi gambar dia yang terbaru, tapi aku tak transfer lagi dari camera..insyallah esok aku update dari camera ya..so, takat ni dulu la..aku tulis buat kali ni..nanti aku akan update lagi..dari masa ke semasa tentang perkembangan Farriys Afiq, dan yang lain2 tu Fatihah, Fayyadh Aniq dan Fakhriy Ariq..tak lama lagi..bulan puasa..so, nanti ngantuk2 aku udpate lagi blog aku ni..insyallah..

Wednesday, May 14, 2008

..akhirnya yang dinanti2kan, telah kunjung tiba..

..syukur kehadrat ilahi yang memberi rahmat kepada hamba2nya di muka bumi yang bertuah ini..akhirnya kami telah pun memiliki mpv kami, last saturday the mpv arrived dan kami anak beranak pergi ambil mpv kami..so seperti yg aku janji kan..utk share nombor mpv kami ialah WRG 2108, nombor tu gabungan bulan besday hubby and besday aku..terpancar keriangan yang tak terhingga di wajah2 anak2 kesayangan ku..bila mpv kami dah kunjung tiba..ya la..mana tanya..selama 4 bulan kami menunggu dengan penuh kesabaran..by the way..syukur lagi sekali ku panjatkan kepada yang maha Esa, kerana dengan tiada keizinan rezeki dariNya maka tak tercapai la impian kami nak memiliki si WRG 2108 tu..tapi beside that..jauh di sudut hati aku..masih merindu WLT 8422, yang mana terpaksa aku tinggalkan di kedai tu sebagai tukar ganti dengan mpv kami..WLT tu kereta pertama dalam sejarah kehidupan aku..membeli kereta..akhirnya aku..lepaskan dia..ke tangan orang lain..utk digantikan dengan mpv..yang mana kegunaannya lebih diperlukan..kerana ahli keluarga aku bertambah tidak lama lagi..insyallah..so, now kami menanti dengan penuh kesabaran kehadiran orang baru dalam keluarga kami..

..skang ni pun, aku tak berapa larat nak drive sendiri, hubby anta jemput gi kerja, dalam hati sian plak tengok dia..lepas anta anak..anta aku..then dia ke ofis..sure penat dia hari2..journey cam tu..so, aku pun bercakap dengan baby aku ni, baby..kesian kat ayah anta jemput ibu, so..baby anak yang baik kan..keluar la..lihat dunia baru..ibu dan ayah pun..menanti dgn penuh kesabaran kehadiran mu, sayang. barang2 baby and barang2 aku utk deliver dah ready dalam kereta..kali terakhir aku gi check up, 2 hari lepas, doktor kata..hope fully next week dah boleh check pintu rahim..and kita nanti kan kelahiran orang baru..insyallah..semoga semuanya selamat..aminnn..

..aku amik kesempatan kat sini, nak meluahkan rasa..yang pelbagai rasa skang ni menanti kelahiran cahaya mata baru, tak dapt digambarkan perasaan dalam hati aku ni, macam iklan astro tu..macam-macam adaaaaaa...aku berdoa agar semuanya selamat dan dilindungi allah s.w.t..teringat pula dekat anak2 yang bersekolah..minggu ni abang, adik exam..next week, kakak pulak exam..ibu doakan kalian semoga tenang menjawab soalan exam tu..dan dapat result cemerlang..risau kan kakak tu..sebab..takut dia careless lagi..cam exam yang lepas..aku yang frust..tengok dia tak jawab 1 muka surat paper maths..dia cakap tak perasan..ya allah..aku yang kecewa..takperlah..tu pengajaran buat aku..semoga ingatkan dia..next time..selak setiap muka surat dan jawab betul2..

..mendidik anak2 bukan la suatu perkara yang mudah dan kita tak boleh ambil mudah..sesaat terlepas utk mendidik mereka..saat itu tak akan kembali lagi utk kita perbetulkan..itulah yang membuatkan aku rasa sentiasa memikirkan dan usaha utk cuba perbaiki diri supaya dapat mendidik anak2 dengan betul dan jadi insan soleh dan solehah..impian aku dan hubby..inginkan anak2 kami seimbang ilmu dunia dan akhirat..agar mereka memahami betapa pentingnya..ilmu utk di pelajari dan amalan harian utk menghadapi ilahi..anyway..sama2lah ..kita semua berdoa dan berusaha agar anak2 kita menjadi hambaNya yang soleh dan solehan..aminn...

..aku tak sure samada ni kali terakhir aku menulis blog ni ke atau kali terakhir sebelum aku bersalin ke..tapi yang penting aku minta maaf pada semua atas segala salah dan silap aku pada kalian semua..jodoh dan ajal..terletak pada yang ESA..Dia mengetahui yang terbaik utk hamba2Nya...insyallah, ada rezeki kita berjumpa lagi di slot blog akan datang...take care..and miss u all..

Wednesday, April 30, 2008

..sakit di perut..nak bersalin dah ke aku ni..

..hari ni aku seperti biasa hantar fatihah ke sekolah then ke ofis..di ofis cam biasa juga, start buat kerja..tapi dalam kul 11 pagi, aku rasa sakit di perut dan tak boleh duduk pulak tu, rasa tak selesa langsung bila duduk, so aku berdiri jer kat meja ofis..kawan2 aku pun rasa pelik, kenapa la aku tak duduk, berdiri jer..then aku pun explain la, perut aku rasa sakit, ada rasa cam nak buang air besar pun ada..so kawan2 aku kata..ntah2 nak bersalin dah kot..ikut kiraan memang nak masuk 9 bulan @ 36 weeks..tapi instinct aku mengatakan belum lagi rasanya..anak aku bagi gimic2 dulu, bagi rasa ingat balik camana rasa2 contraction tu..

..kesimpulannya..ada jugak perasaan takut nak balik drive sorang2 petang nanti..tengok la keadaan..kalau steady jer tak sakit..ok rasanya balik drive sendiri..if not..kenalah minta belas ihsan dari orang utk tolong..harap2 aku tak menyusahkan orang lain..insyallah..

..lagi satu penantian kami sekeluarga, insyallah tak lama lagi kami akan dapat mpv kami..alhamdulillah..kesabaran dan penantian selama ni..terjawab juga akhirnya..setakat ni nombor mpv kami pun dah ada..tunggulah..bila dah betul2 nak on road..akan ku share kan bersama..nombor mpv kami tu..sekarang ni anak2 aku pun, kerap tanya bila boleh dapat naik mpv tu..aku dan hubby just jawab, sabar..insyallah nanti akan keluarla jugak mpv kita tu..

..citer pasal baby ni, barang2 semua dah ready dah ada, cuma aku tak masukkan dalam beg saja lagi..kononnya nak tunggu mpv keluar then nak masukkan barang baby dalam beg then simpan kat mpv baru tu..tengok la keadaan camana weekend ni..tak susah sangat pun nak masukkan barang2 baby dalam beg dia..perkara lain lak, barang2 aku utk dalam pantang masih ada yang belum ready..hehe..lambat tul aku siapkan barang2 bersalin kali ni..mungkin masa yang padat di rumah spend dgn anak2..utk handle homework, reading depa..membuatkan aku rasa tak kesempatan nak prepare all the things..tapi tak per..insyallah dgn adanya suami yang amat memahami dan yang amat disayangi,dicintai, dia sentiasa membantu dalam banyak hal..aku bersyukur sangat2 ke hadrat ilahi dikurniakan suami yang seperti dia..i luv u so much, honey..

..talk about our coming new baby..which is confirm..yang akan dilahirkan adalah seorang baby lelaki..so going to be our 3rd son, rasa seronok tak terkata..ya lah kan ,tak tahu lepas ni, rezeki kami nak tambah anak camana..so setakat ni allah kurniakan nak masuk 4 cahaya mata yang menyinari hidup kami..kami amat2 bersyukur..dan sentiasa hati gembira dengan keletah mereka adik beradik tu..sebut pasal kakak dan abang2 baby ni, teringat pulak fatihah ada sebut dah lama kami tak pergi vacation, betul la aku setuju dengan anak dara aku sorang tu..i have to do something la..insyallah, bila baby besar sikit, aku akan merancang percutian utk anak2 tercinta..

..hari ni aku update blog aku ni, lepas ni ntah bila pulak nak update..nanti dgn baby lak..tak sure bila boleh spend masa nak mencoret di blog aku ni..banyak lagi kisah yg tak dpat di share kan kat sini..tak sempat nak update..antaranya..aku nak share kegembiraan tentang hubby aku buat wardrobe sendiri utk bilik kami..dengan hasil titik peluh dia sendiri..he really work it out..dia tunaikan apa yang dia katakan..tak perlu la kami spend till beribu $ utk pasang wardrobe..hasil dari tangan suami sendiri dah cukup menggembirakan..aku..and next plan dia..nak buat kan utk anak2 pulak..and aku akan sabar menunggunya..

..aku terfikir sesuatu..routine harian aku skarang ni, between 8 - 9 p.m..adalah aku spend masa dgn anak2 buat homework, reading and revision..aku berharap masa dalam pantang nanti, aku still dapat buat benda yang sama..tapi bila aku memikirkan dimana aku dalam pantang nanti, itu yang menjadi persoalan..samada dirumah sendiri atau di rumah kakak aku..hopefully, allah melorongkan yang terbaik utk anak2 aku..

..sekali aku mengupdate blog ni..panjang lak celoteh aku kan..nak masukkan gambar pun..aku dah lama tak pegang camera aku tu..then kurang lak amik gambar from my hp..mungkin mood masa pregnant ni berbeza..eh just nak share..baby dalam perut aku ni..bergerak2..agaknya dia pun nak gak update blog ni..rasa nya till here for now la, doakan lah semoga allah memudahkan dan selamat bersalin ya..semoga ibu dan baby, kedua2nya selamat..aminn...ayat jiwang buat pembaca setia blog ni..kenang daku dalam doa harian mu..

Wednesday, March 05, 2008

..hari2 yang berlalu seakan menguji kekuatanku..

..setelah aku berhempas pulas menghadapi mabuk pregnant..then sambung pulak dgn batuk yg berpanjangan..sampai ke satu tahap aku masuk hospital..kul 2 pagi aku kesakitan kat bahagian perut belah kanan atas..tak boleh baring tak boleh duduk..even bernafas pun rasa sakit. memang challenge betul pregnant kali ni..baby ni begitu istimewa skali..ibu berdoa agar diri mu dilahirkan sihat walafiat ya nak..

..baru rasa nak sembuh dari batuk dan sakit perut tu..2 hari lepas aku accident..aduhai..lepas satu persatu aku harus hadapi..semua ni adalah dugaan..allah sedang menguji kekuatan hati dan minda ku..aku harus redha dan pasrah dengan ketentuan dan kehendak dariNya, setiap yang berlaku tu ada maksud yang terselindung, yang penting kita harus tabah menghadapinya..

..seperti menanti kehadiran mpv kami, setelah menunggu 2 bulan masih belum tiba lagi..kami masih harus menunggu beberapa minggu lagi..bak kata pepatah..tak lari gunung di kejar..and andainya rezeki kami, tak kemana la kan..yang pastinya rezeki lagi satu ni, kuat betul menendang2 perut aku..ada masa nya nak mengiring pun tak selesa, nak tegak pun tak selesa..tak tahu camana yang sesuai..

..sebut pasal orang baru ni, teringat kat barang2 dia ada sikit2 lagi yang belum prepare..tapi barang2 ibu dia lagi la..belum prepare apa pun..baru terkial2 nak check harga pilis dan param..ish..baju baby pun belum basuh..baby pun dah nak masuk 7 bulan, kena usaha kan gak ni..kalau dah ready..kena masukkan dalam bag..bag yang nak dibawa ke hospital masa nak bersalin tu..

..insyallah, next week kami usahakan la since cuti sekolah..curi masa sikit..settlekan hal basuh membasuh ni..rasa jauh di sudut hati ni takut lak nak bersalin..wallah hu alam..camana la situasi bersalin kali ni..berdoa agak semua berjalan lancar dan selamat..cuma yang aku risau kan sekarang ni..dalam pantang..ari tu plan ada maid..sekali tu mak aku kata, maid tu tak jadi datang lak..pening gak memikirkan hal dalam pantang ni..

..eh dah lama jugak aku tak menepek gambar anak2 aku kat sini..gambar yang terlatest pun ada dalam handphone tak ditransferkan lagi..nanti aku transfer kan dan tepek kan di sini..gambar heroin dan hero2 aku yang banyak memberi cahaya kegembiraan..oklah..mata pun dah kurang ngantuk..aku stop kat sini dulu coretan kali ini..bersambugn di episod akan datang...

Thursday, January 24, 2008

..nak melihat orang baru dlm family kami??

..lihat la gambar yang kecikkkkkk kat bawak ni..itulah dia yang discan oleh doktor ku..orang baru yang akan..hadir dalam family kami nanti..insyallah..



..alamak kecik pulakkan..takperlah..u all click la kat gambar tu..cuba tengok yang besar punya..ada nampak ka?..

cuba lihat ni..nampak tak...???

Monday, December 31, 2007

..ingin memblog utk hari terakhir di 2007..

..sekian lama aku tak mencoret kat blog aku ni..hari ni aku gagahkan jugak..sebab hari ni hari terakhir dlm tahun 2007..ada beberapa perkara gembira dan semangat yang akan aku bawa ke tahun 2008..satu diantaranya ..kami akan mendapat cahaya mata baru tahun depan..alhamdulillah..allah makbulkan doa ku..ingin menimang cahaya mata lagi..insyallah..end of may or early june 2008, kami akan menimang cahaya mata ke empat..sekarang ni..pun..barang belum ready apa pun lagi..nanti perlahan2..usahakan gak la..lepas dah settle fatihah, fayyadh, fakhriy punya hal persekolahan ni..aku akan fokus lak pada barangan baby..insyallah..

..lagi satu semangat yang aku bawa ke 2008 adalah..panjang umur murah rezeki..dapat la kami pakai MPV, tahun depan..insyallah..semuanya dilorongkan allah s.w.t..rezeki yang dihulurkannya..yang membuat kan..kami dapat usaha utk mendapatkan nya..lagi satu semangat aku utk tahun 2008 adalah..aku ingin lebih kan lagi tumpuan dan perhatian pada persekolahan anak2..aku tak nak anak2 aku..ketinggalan..apa yang aku hadapi
ketika sakit mata hari tu..anak2 aku..kurang tumpuan..membuatkan aku rasa..betul2 bersalah dan kecewa..tetapi itu semua dugaan dari Nya..aku redha..sesungguh ada la hikmah disebaliknya..maybe kalau aku tak sakit mata masa tu..tu tak sedar..yagn aku dan kurang tumpuan kat anak2 aku yang tersayang..alhamdulillah setakat ni aku tengok pencapaian akademik anak2 kami..tidak la begitu teruk..and dalam range yang ok lagi..and what we need to do is..lebih kan lagi..tumpuan yang diberikan, insyallah..allah akan membantu..hambaNya yang membantu diri sendiri..amiinnn...

..beberapa perkara penting yang aku belajar dlm tahun 2007 ni yang aku akan jadikan panduan pada 2008 adalah..belajar la hidup bersederhana, sentiasa bersyukur dgn apa yang kita ada,redha dan terima la seadanya, tingkatkan diri dalam konteks..ke jalan allah....insyallah..akan aku usahakan..supaya..aku dapat merealisasi kan..panduan2 tu..aminn..semoga anak2 aku..dapat melihat contoh yang baik dari ibu ayahnya..benda yang aku paling takut adalah..anak2 melihat contoh teladan yang kurang baik yang aku atau suami lakukan tanpa sedar..minta dijauhkan la..anak2 tidak ikut teladan yang tak baik tu..nauzubillah.

..sebagai..penutup blog utk 2007 ni, aku nak tepek gambar kenangan 2007..


..anak2 aku bersuka ria ketika open house di rumah kawan aku..









..ni ketika majlis makan2 kat ofis aku..







..ni saja nak amik kesempatan bergambar berdua..kat rumah baru kawan aku..

Friday, October 26, 2007

..berita 2 hari lepas..yang amat memeranjatkan & menggembirakan..

..2 hari lepas aku gi jumpa pakar wanita kat hospital an-nur..punya la panjang queue dah tu aku lak kononnya..minum air banyak2 sebab takut2 doktor nak suruh buat urine test..dah tu sampai2 kat klinik tu..rasa tak tahan dah nak buang air kecil..cuba2 gak tahan lepas abis register kat kaunter tu..rasanya cam dah tak boleh tahan ni..aku pergi jer toilet..dalam hati berkata..kang minta tolong hubby belikan mineral water la nak ganti balik..utk urine test..

..dalam hati berdebar2 ni..camana ni kang doktor suruh amik urine nak test..takda urine lak..tunggu gak la hubby..datang bawak tak air mineral..tak lama lepas tu hubby sampai..dgn sebotol air mineral 500ml tu..apa lagi..beriya2..la minum nak ganti urine yang telah di lepaskan tu..tunggu2..tunggu2..dah sejam aku tunggu ni..nurse panggil..utk timbang berat aku..makkkk aiiiii..naik lagi berat..ish ish ish..cepat tul berat naik..nurse tu tanya aku..cam ni..puan pregnant ke..aku jawab..ntahlah saya pun tak tahu kenapa dengan saya..tak tahu nak kata ya ke tidak..tapi saya ada buat urine pregnancy test..tapi semuanya negatif..nurse tu kata lagi..oohh kalau gitu..tak pregnant la tu puan..takperlah..puan duduk dulu ya..

..aku pun..gi la duduk balik sebelah hubby..tapi tak lama lepas tu ya allah rasa nak ke toilet lagi..camana ni aku kata kat hubby nak buang air lagi..kang takda urine nak test..lak kang..hubby kata takpelah..gi jerlah tandas tu..kang kalau dia nak minum balik lambat2..aku pun..terus la ke toilet..sebab dah tak tahan..then..aku duduk balik..ish..lama betul aku menunggu..punyalah penuh klinik pakar wanita tu..and yang buat aku terasa sangat tu disekeliling aku...semua wanita2 berperut besar..aku jer perut kecik..terasa tersentuh hati..aku kuatkan semangat..dalam hati berkata ada rezeki aku..ada lah..if not..belum rezeki la tu..then after one hour dari timbang berat tadi..aku di panggil masuk bilik doktor..jeng jeng jeng..hati berdebar2..

..doktor persilakan kami duduk..and wish us welcome since this is our first time..aku explain la kat doktor..apa yang aku face...dah berkali2 buat self urice test...then doktor pun..terangkan la..pelbagai..keadaan apa yang can cause ..urine test tu negatif..and then doktor ajak buat scan..sambil2 tu doktor..explain la..period takada..urine test negatif..maybe because of berat aku..yang dah tak seimbang dengan ketinggian aku kan..doktor tu dah pasang macam2..apa ntah..then letak la scanner kat perut aku..tup2..tetiba doktor tu ketawa..aku pun pelik..dia panggil hubby aku..dia kata..ni ke yang kata..negatif..dah nak masuk 2 bulan dah..ya allah..aku dengar rasa gembira pun ada, rasa kelakar pun ada..rasa syahdu pun ada..apa2 hal pun..aku bersyukur sangat2 ke hadrat ilahi..kerana mengurniakan zuriat kami yang ke 4..then doktor terus cakap..so skarang ni tak yah fikir2 pasal diet badan ya mummy..focus kat baby dulu..

..aku dan hubby pun..keluar..dari klinik dengan wajah separa nak ketawa..separa nak tersenyum pun ada..sebab..yo yo ooo jer kami cakap kat doktor tu tak pregnant..nak diet la kononnya..then..dapat berita lain lak..heheh anyway..thanks to God..amin...yahooo..I'm pregnant again...the forth one...

Friday, October 19, 2007

..agak lama tak memblog..takpe tepek gambar dulu ya..

..selamat hari raya..buat semua kenalan dan maaf zahir dan batin ya..aku tak berkesempatan nak update blog aku ni..anyway..aku teringin nak share photo raya..dgn reader blog aku ni..yang setia selalu melawat blog aku..gambar raya tahun ni..tak cun sangat..sebab terlupa nak charge bateri camera..so..ambik mana sempat jelah bateri tu kan..tahun ni tema kami adalah..oren tak terang..hehe..apa nama warna nya tu..ntahlah..hajat di hati nak tema purple tahun ni..tapi..cari2 kain utk baju melayu yang sesuai tak ada lak..terpaksa tukar kaler tema tahun ni.anyway..lawa gak la baju raya tahun ni..tapi.kalau u all tengok gambar family aku tahun ni..jenuh nya la aku nak ambik gambar dgn hero2 aku tu tak boleh duduk diam..lasak sakan la depa kat umah atuk depa tu..gamat tul la nak amik gambar..korang tengok la kat bawah ni ha gambar yang tidak ready..main ambik gambar candid jer..gambar lagi satu tu..gambar aku and family in laws..hehe tahun ni beraya sebelah in law..next year la raya sebelah aku lak..silap tatap gambar kami ketika raya pertama tu ya..


..ni lah gambar aku with hubby, daugther and two sons..i really love u all..guys..




..ni gambar aku and family in laws..hehe..sorry la lampu tak cukup kuat..tak baper terang..

..ada gak lagi gambar2 lain yang aku suka sangat tengok especially gambar anak2 aku la..ada bagi 2 gambar yang kenangan kami dalam jem masa gi Sabak Bernam..umah bakal besan mak bapak mertua aku tu..ni ha..tengok la..ni gambar terbaru la anak2 aku..



..ni lah..gambar heroin and hero2 ku masa raya kedua..you guys means everything to me..mummy and daddy always luv you all..




..kakak & abang..yg besar lebih kurang jer..kan..comel tak diaorang dgn baju2 tu?




..here are kakak and adik..payah betul nak suruh adik tu bergambar..sebab tak boleh duduk diam..so main snap jer lah..kan..

..ok..nanti ada masa aku tepek kan lagi gambar2 ya..aku suka amik gambar anak2 aku jer..gambar sendiri..kurang sangat la..ok..happy viewing..

Friday, October 05, 2007

..lama gak tak menulis..mana taknya aku dirundung sakit mata gak..

..aku dah lama tak update blog aku ni..dah 3 weeks dah..mana taknya..aku kena sakit mata la beb..dekat 2 minggu gak aku tak gi kerja..begitu besar dugaan aku dan family aku kali ni..ari tu dgn sakit2 mata pun kami ke airport gak anta mak..punya la sakit mata kami..huyooo tak leh nak cakap..anak2 aku lak berlari sana sini..aku rasa geram jer..ya lah..aku sakit mata..nak jaga depa lagi.dah tu makcik2 aku bising takut budak2 tu ilang kang...ish..sib baik husband aku kuat semangat jaga budak2 tu and monitor depa..the best is aku dgn hubby pakai sunglass dalam airport tu dah lah..orang semua duk pandang kami..satu hal lak glamour jap..tak kisah lah yg penting..mata kami tak kena cahaya..kalau kena sakit weyyy..

..yang paling sedih..husband aku yang tercinta, dah la kena lebih dulu dari aku..dah tu rasa cam dah nak baik, sekali tu..bengkak kat mata dia naik balik..ya allah..takut tul aku..aku tengok mata dia..and rasa kesian dan sedih pun ada..dengan aku yang masih sakit mata and kabur mata sebelah ni bawak dia gi hospital utk follow up dgn doctor..naper hubby aku kena cam tu..bab yang kelakarnya kan..korang nak tau aku kelam kabut nak bawak dia gi hospital sebab dah risau sangat..aku tak sedar aku tak tukar baju..aku pakai baju tidur..iaitu baju kaftan aku jer gi hospital..dah sampai hospital baru aku perasan yang aku terlupa nak tukar baju..tapi risau punya pasal..dah tak kisah dah..yang penting aku nak doktor..rawat husband aku secepat mungkin..kalau korang tengok muka husband aku masa tu korang pun rasa..gerun la..nanti la aku tepek kan gambar dia masa sakti mata and bengkak besar tu..aku ada snap photo dia buat kenangan hehehe..anyway..alhamdulillah..lah..kami sekeluarga..beransur pulih..yang mana hakikatnya..anak aku yang kecik pun kena gak sakit mata..sib baik dia kena mild jer..and dia still lasak biarpun..mata merah2 tu..

..ish..fikir2 lagi seminggu nak raya ni..ada lagi barang yang tak beli..aku lum beli songkok anak2, belt anak2, in fact baju tshirt utk husband pun beli lagi..bila masanya la pulak aku nak gi beli ni..aku kena rushing gak ni gi beli..dapat 2 lai utk dia jadilah..sian lak kat dia takada langsung utk dia..yang banyak sampai 8 pasang sorang anak2 aku ler..raya tahun ni baju melayu 2 pasang sorang..em..tapi yang lebih best lagi mak nya la ..ada 20 pasang baju raya..hahaha..aku cam kenduri baju tahun ni..ntahlah..camana leh jadi gitu pun aku tak tahu..yg penting aku bersyukur ke hadrat ilahi atas rezeki yang dilimpahi nya..jeng jeng jeng malam ni..aku nak gi amik baju aku kat tailor kat kajang..siang tadi..husband dah amik baju melayu dia and anak2 tu..baju melayu utk kenduri kawin..adik ipar aku pun dah siap gak..

..eh..aku sambung lagi nanti tulis..aku nak balik dah ni..nak fetch anak..ok to be continue..

Wednesday, September 19, 2007

..rumah kami dirundung sakit..aku serabut serabai

..setelah anak aku yang no.2 tu kena sakit mata dan dh bawak gi jumpa pakar..husband tercinta aku lak kena sakit mata..pagi semalam nampak ok lagi tapi bila dah tengahari nampak mata dia dah start merah..and till ke time berbuka mata dia dah merah gila..so aku decide bawak jumpa doktor..cam biasa la doc sure bagi ubat sama dengan ubat anak aku yang mula2 dulu..so hubby mc 2 hari, sian dia kat umah sorang2..

..aku lak start dari malam tadi..sakit tekak, sakit yang teramat sangat hingga nak minum air kosong nak telan tu punya la sakit..ya allah ya tuhanku, aku redha dengan dugaan dari mu ya allah..lebih lagi dibulan ramadhan yang mulia..ini..allah akan hapuskan dosa2 bagi orang yang sakit..aku mmg risau kalau adik, Fakhriy yang kena..nauzubillah..aku berdoa agar..adik dan kakak tak kena..em..sakit tekak aku ni dah buat suara aku jadi lain dah..dah boleh nyanyi..lagu rock, takperlah..jangan mengeluh, semua dugaan dari allah ada hikmah disebaliknya..
hubby aku sakit mata, weekend ni plan nak balik kg, mak buat kenduri nak gi mekah, harap2 mata hubby aku dah redha, sian kat dia..sure sakit mata..kalau tunduk2 masa kenduri nanti..

..ish macam2 aku fikir dlm otak aku ni..salah satu nya aku nak citer pasal sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya..aku nak cakap pasal diri aku ni, aku bersakan membeli utk raya ni, tapi at last rasa tak perlu pn membeli itu ini..itulah..nasi dah jadi bubur..kena la selesai kan gak..kalau menyesal dahulu..pendapat..ni menyesal kemudian apa pun tak dapat..dapat serabut jer..

..hari ni takada yang menarik hanya terfikir nak berbuka puasa apa hari ni..teringat fatihah dia puasa gak..masa hari bersekolah ni..tapi masa weekend hari tu, tengok orang lain makan, adik2 dia la tu makan depan dia..dia teringin..and tak puasa la jawabnya..tak perlah..during weekdays..dia puasa..alhamdulillah..kuat gak semangat anak aku tu..nak berpuasa..kalau ingat2 balik masa aku kecik dulu..ntah puasa ntah tak...tak ingat dah..cuma aku ingat darjah 2 aku masih makan lagi ketika orang berpuasa hahaha..teruknya aku masa tu kan...

..oklah..setakat ni dulu aku berceloteh..nanti aku update lagi citer2 apa yang menarik, atau yang menolak atau yang melekat ke...keh keh keh...

Monday, September 17, 2007

..keadaan yang amat sukar aku hadapi..

..dah 6 hari umat islam berpuasa..maka dah 6 hari la jugak..anak aku..fayyadh kena sakit mata..dgn berat ati aku terpaksa anta dia tinggal dia umah mak mertua aku..sebab dia tak leh gi sekolah tak leh gi nursery..aaarrggghhh..tidakkkk..naperla...aku terpaksa..berpisah dgn anak aku..weekend baru2 ni aku berbuka di rumah MIL, so aku take care anak aku, mata dia still merah..sedih tul tengok keadaan dia..jauh di sudut hati..biarlah aku kena..sakit mata tu dari dia yang kena..

..sabtu malam tu..lepas husband gi tarawih..aku dah solat isyak, aku letak ubat eye drop kat mata fayyadh..sekali tu..air mata dia keluar..and yang terperanjatnya air mata keluar bercampur darah..aku..punya la tak tenang..menanti hari esok nak bawak ke hospital..ahad tu aku gi la SMC kat shah alam, doktor tu kata..sakit mata takada kena mengena dengan keluar darah dari mata..aku cam..tak leh terima apa doktor tu kata..then doktor tu kata bawa jumpa pakar..so, aku plan esok aku nak bawak dia jumpa pakar mata..aku berdoa agar allah menjauhkan benda2 yang tak baik dari anak aku..

..pagi ni aku call adik ipar..tanya fayyadh..pagi tadi mata dia still keluar air mata bercampur darah..hari ni aku kat ofis ni duduk dalam keadaan tak tenang langsung..selagi aku tak dengar apa kata pakar mata..selagi tu aku tak tenang..ya allah ya tuhanku kau jauhkan la segala bencana dari anak aku..

..hati aku ni bercampur2 tak keruan..sebab..teringat lak mak nak gi umrah minggu depan..weekend ni..aku nak balik pd, nak berbuka dgn mak..kesedihan yang ada dalam hati aku ni..tak tergambar kan..di wajah aku..sesungguhnya semua ini..adalah dugaan dariNya, maka aku harus tabah..to face it..come on beb..you can face it..

..ya la kan..kadang2..kehidupan kita ni kejap di atas kejap di bawah..bila kita di bawah tu..hadapi pelbagai masalah..dan kesedihan..masa tu rasa cam down sangat..tapi kita kena ingat lah..kita kena berserah..pada yang lebih esa..bila kita di atas lak kadang2 kita ni manusia yang cepat lupa..lupa akan masa kita berada di bawah tu..and as conclusion..ayat yang best adalah..always..appreciate what you have infront of your eyes..betul tak class? betulllllll, cikgu..hehehe..

Thursday, September 13, 2007

..selamat menjalani ibadah puasa..

..tanpa disedari ramadhan yang mulia kembali lagi..satu keistimewaan bagi ramadhan kali ini ialah..anak aku yang sulung, my daughter start belajar berpuasa hari ni first in her life..aku and hubby berdoa agar dia kuat semangat utk harungi utk perjalanan puasa dia hingga ke waktu berbuka..insyallah..amin..ibu doakan kakak tabah harungi ujian berpuasa..bagi aku and hubby yang penting adalah anak kami ada niat dan usaha utk mencuba berpuasa, itu yang paling penting..bukan kami paksa dan dia harus tahu apa erti berpuasa yang sebenarnya..

..semalam masa husband aku..gi tarawih..aku duduk dirumah jaga anak2..and aku mengemas pakaian utk dibawa naik ke atas..then aku nak citer..insiden yang membuatkan aku begitu terharu dan agak terperanjat..masa aku tengah melipat2 baju..aku dengar kakak tanya pada adik gini, "adik..adik nak puasa tak esok..akak nak puasa tau..eh adik tau ke puasa tu apa dik.."..okla..akak ajar..adik ya, puasa tu kan tak boleh makan tak boleh minum tau..lagi tak boleh apa dik.."..then tiba2 adik pandang kat aku and rasa cam dia nak cakap sesuatu..aku pun..give attention kat dia la..and aku kata..naper adik nak cakap apa kat ibu, then tiba2 dia cakap kat aku cam ni.."ibu, teacher said, puasa cannot eat, cannot drink, anddddd...."..kakak lak menyampuk kata..ha...cannot apa lagi dik..hehe..adik tak ingat ya.."..then adik jawab.."alahh..cannot korek hidung la..you know"..aku begitu terkejut bila dengar adik jawab cam tu..subhanallah..tanpa aku sedari anak aku yang berusia 4 tahun tu dah tau rupanya at least dia tahu la as a start bagi kanak2 puasa tu tak boleh makan tak boleh minum dan dia jugak tahu tidak boleh memasukkan jari ke rongga2..means cam anak aku jawab la tak leh korek hidung..then kakak sambung cakap "wahhh..ibu, adik tau la puasa tu apa..adik belajar kat school ni kot, dia boleh ingat la ibu"..aku begitu terharu betul..and aku terus peluk kakak and adik..

..kadang kala, aku rasa aku terlepas pandang pada anak2 aku..kadang aku tak tahu..apa yang mereka tahu..aku lebih risau kan apa yang mereka tak tahu..tapi bila aku dengar mereka bercakap apa yang mereka tahu..aku rasa seperti..teramat rugi sekali, aku telah banyak kerugian masa bersama mereka hingga tak tahu apa yang mereka dah pelajari di sekolah..sedangkan kepala aku hanya ingat, mereka kena ke sekolah..mereka kena rajin ke sekolah..tapi now aku rasa ku perlu..tahu..apa yang mereka tahu..so at least..aku rasa..anak2 aku tidak mensiakan..usaha ibu ayahnya menghantar mereka ke sekolah..alhamdulillah..sesungguhnya..Allah sentiasa mengabulkan doa2 hambaNya..andainya hamba2Nya ingat kepadaNya dan menunaikan suruhanNya..

..aku pernah bersuara pada husband aku..yang ada kalanya rasa sedih betul tak dapat gi tarawih bersama2 dia..and husband kata..usaha dan tenaga menjaga anak2 dirumah tu pun Allah ambil kira sebagai ibadat juga..then aku pun rasa inilah masa..aku meluangkan masa lebih kepada anak2 since husband gi tarawih..dan anak2 semua bersama2 aku..sedangkan selalunya abang, adik tu asyik ikut kemana ayah dia berada..

..tu jelah aku nak share dgn korang..tentang permulaan puasa bagi tahun ni 1428 Hijarh..aku nak amik kesempatan ni..utk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan semoga allah memberkati segala amalan kita..amin...

Friday, September 07, 2007

..ingin berbicara tentang adakah kita "merendah diri" atau kita melakukan "suatu pembohongan"

..semalam aku memulakan perbualan dengan suami setelah pulang dari bekerja dengan soalan.."apa yang u dapat fikirkan bila i tanya u, apakah seseorang itu melakukan suatu pembohongan atau dia cuba merendah diri bila ditanya tentang sesetangah hal"..suami aku bertanya semula, why not you give me an example to describe apa yang you cuba perbincangkan at least i dapat gambaran yang lebih jelas sebelum i bagi jawapan..

..then, aku pun menjelaskan sebegini rupa sebagai contoh, si Aminah(hehe bukan nama sebenar) sedang berbual dengan seorang kawan sama study dulu yang quite sometime dia tak berjumpa..then dia bertanya..tentang kerja, keluarga and anak2 lah..then..dia bertanya lagi tentang dimana Aminah tinggal sekarang..and Aminah answer duduk kajang.(hehe takde tempat lain ke)..then..tiba2..kawan ni bertanya, eh kau nak buat investment tak? aku buat marketing ni, kau beli rumah lagi satu lah, kau buat investment, takkan kau tak nak beli rumah lagi satu kot..untung tau..kau beli rumah satu jer..beli lagi la..as usual orang marketing ni kan pandai berkata2..nak buat sale kena la pandai cakap kan..then, Aminah terdiam seketika, tiba2 terfikir apakah jawapan yang sesuai utk diberi..Aminah menceritakan hal sebenar rasa cam emm..membangga diri..dan Aminah nak merendah diri..Aminah bagi jawapan kat kawan dia tadi camni..cukupla satu rumah tu, tak mampu nak beli lebih..then..kawan tu kata..oklah..kalau kau berminat nak beli, contact aku ya..then mereka berpisah..kemudian..dlm perjalanan balik tu, Aminah terfikir lak..eh aku tadi..sebenarnya..dah menipu kawan aku ke aarr..ish rasa cam menipu dan dah buat suatu pembohongan..ish..menambah dosa lak.. kemudian, tersedar dari lamunan tu, Aminah rasa dia harus mencari jawapan yang sesuai utk merendah diri dan tidak melakukan pembohongan..since semua orang tahu membohong tu berdosa, dosa yang ada tak tertanggung, dalam kehidupan seharian lagi nak menambah dosa..

..anda sebagai pembaca blog saya ni..rasa2nya apa kah jawapan yang sesuai yang boleh Aminah bagi kat kawan dia tu..supaya..Aminah tidak "menipu" dan dalam masa yang sama Aminah ingin mempunyai sikap merendah diri..dimana sikap ini adalah satu sikap yang baik..tidak membangga diri..dan tidak bongkak..fikirkan la sejenak didalam kehidupan kita ni..banyak perihal..yang kita tidak sedari bahawasanya kita menipu, sedangkan dalam masa yang sama kita berusaha utk menjadi insan yang lebih baik..

..so, my husband already give his answer antara merendah diri atau suatu pembohongan..and saya rasa saya ingin berkongsi dengan anda jawapan saya setelah saya fikirkan kembali keadaan tersebut..dan saya rasa..sepatutnya Aminah memberikan jawapan begini.".oohh..betul tu, boleh buat investment beli rumah, pelaburan utk masa akan datang, and sebenarnya bukan tak nak beli dari kau, setakat ni alhamdulillah..allah yang memberi rezeki, ada lah beli rumah lain tu..terima kasih banyak2 la atas pelawaan ko tu..insyallah ada rezeki lebih, aku beli dari ko ya.."

..so, itu jawapan dari aku, dimana aku rasa lah..jawapan aku tu..Aminah tak menipu, Aminah cakap yang benar, Aminah juga ada unsur merendah diri dan tidak membangga diri serta menjauhkan sifat bongkak..pastinya pembaca blog ni terfikir kenapa aku terfikir utk menulis tentang tajuk ni kan..bukan apa..kadang kala tanpa disedari perkara yang kecil2 kita tak perasan yang kita dah melakukan kesilapan dan tidak sedar telah melakukan penipuan atau pembohongan..sedangkan kita sebagai umat Islam yang disayangi Allah s.w.t sebagai hambaNya, tidak mengambil berat dalam perihal yang tertulis dalam Al-Quran, "penipuan itu adalah suatu dosa"..mungkin manusia lebih melihat kepada penipuan2 yang besar tetapi lupa akan penipuan2 kecil yang dilakukan dimana setiap penipuan itu tertulis didalam buku masing2..dan akan dihisab di hari akhirat nanti..

..tulisan hari ni hanya ingin berkongsi dengan pembaca2 blog saya ni, semoga kita sama2 mencuba berusaha utk menghindari sifat2 yang menambah dosa kita dan melakukan sifat2 yang lebih mulia disisi Islam..lebih lagi minggu depan kita akan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak, lebih mulia rasanya kita meningkat kan lagi amal ibadat dan mengubah cara2 kita berkomunikasi supaya dapat menjauhkan diri dari azab api Neraka....

Tuesday, September 04, 2007

..adakah hidup ini mampu diteruskan..adakah aku dah terlambat..

..tiba2 aku terfikir..bagaimanakah keadaan aku dan husband ketika berusia 50 atau 55 tahun..
..masa tu fatihah fayyadh fakhriy dah berumur 20 an..pun..ish ish ish..memikirkan masa tu..aku berdoa agar..anak2 aku dilingdungi oleh Allah s.w.t..dengan apa yang aku ada sekarang ni..aku rasa cam tak bersedia lagi nak meneruskan kehidupan..hari demi hari..menjelang usia yang sebegitu..adakah aku telah terlambat utk membuat perubahan?..adakah aku terlambat..adakah aku tak lagi punya masa utk membetulkan..

..tidak, sesungguhnya segalanya terletak pada kehendak Allah s.w.t, aku sebagai hambaNya harus tidak putus asa utk terus berusaha..tidak ada tidak wujud keadaan terlambat dalam kamus kehidupan aku..selagi ada hayat di kandung badan..selagi ada kederat..dan izin dari Nya..apa pun yang aku hadapi..pasti ada hikmahnya..seperti..motto hidup aku sebagai..pembuka blog aku ni..setiap yang mendatang tu, ada hikmah disebaliknya..cuma..terpulang pada diri sendiri utk menilai..yang lebih positif atau..masih lagi memikirkan yang negatif..

..aku memikirkan pepatah bersyukur la dengan apa yang ada, berusaha bekerja seperti kita akan hidup selama2nya, beramal beribadat lah seolah..menghadapi kematian pada esok hari..begitu mendalam dan bermaknanya pepatah2 tu..dimana..membuatkan aku rasa masih bersemangat utk meneruskan hidup..dan aku harus tetapkan pendirian yang aku memang mampu utk menghadapi hari yang mendatang..dan aku yakin dengan usaha maka Allah akan menilai dan mengadili hamba2nya seperti apa yang dilakukan oleh hamba2nya..

..memang kadang2 manusia tak dapat lari dari perasaan kecewa dan putus asa tapi seandainya kita rasa kita berada di tahap yang teruk..tapi masih ada lagi manusia lain yang lebih teruk kehidupannya tapi masih lagi..kuat utk meneruskan kehidupan..tetapi seandainya kita rasa kita manusia yang berada di tahap yang bagus..tapi masih ada lagi manusia lain yang mempunya tahap kehidupan yang jauh lebih bagus dari kita..maka..tak salah kalau kita mencontohi mereka dengan lebih optimis dan lebih ke arah lebih positif..

..buat rakan2 yang rajin mengunjung ke blog aku yang tak seberapa ni..aku jua rasa kalian..juga akan lebih bersemangat utk menghadapi hari2 yang mendatang..dan lebih usaha utk memajukan diri dari pelbagai sudut..insyallah..

Monday, September 03, 2007

..citer menarik tentang anak2 aku yang tersayang..

..aku nak share citer menarik dgn korang tentang anak2 aku..first time aku bawak they all pergi tengok movie..citer yang menarik gak setelah menontonnya..aku dgn hubby bawak diaorang gi TGV kat Jusco Balakong semalam..itulah..first time anak2 aku gi tengok movie kat cinema..dulu kami ada plan nak bawak diaorang tengok citer Spiderman tapi masa tu Fayyadh cam tak berapa excited so..kami tangguhkan dulu..but last saturday, hubby kata..eh teringin la nak bawak diaorang tengok citer "Ratatouille"..kat cinema..so..aku pun..ya kan jer..suruh dia tengok bila available..citer tu..

..then..yesterday..dengan hati yang berdebar2..hubby and aku bawak la 3 orang anak2 merdeka kami tu ke TGV..kami sampai..asalnya nak tengok yang kul 4 tapi seat penuh..hanya ada barisan depan..hubby nak go jer..tapi aku tak nak..aku kata ni first time they all nak masuk cinema..first impression tu..kena hati2..kang ada yang next time..tak nak masuk langsung..so we decided to buy ticket yang kul 6 punya..masa tu baru kul 3.15 rasanya..ish ..lama lagi nak nunggu..tu..takperlah..demi anak2..ok jelah..bawak gi makan KFC dulu..sebab..saja tak nak bagi diaorang rasa lama nunggu..

..yang tak tahannya..si abang berulang2 kali tanya..kata nak tengok citer Rat, kul 4 tengah makan lagi KFC tanya lagi..lagi 2 jam tu weyy...nak nunggu..tak tahan nak jawab soalan dia berkali2..then kakak tu macam faham kena tunggu..coz we explained that..our ticket is at 6 o'clock..so dia pun kata..kita kena tunggu la yer..yes..aku explained..we have to wait until they open the cinema for us only we can go inside dear..dia kata..tak sabar la kakak..ibu..nak tengok citer Rat tu..ni first time kakak nak tengok kat cinema ni..

..yang adik lak..ya allah..jenuhnya nak menjaga sorang tu..nak jaga lagi 2 jam tu..then lepas abis makan, bawak gi masuk Jusco..aku ajak beli botol susu baru..suruh pilih..then kat Jusco..sorang pilih botol yang 1 set 3 botol tu..camana tu..adik pegang satu set, abang pegang satu set..walhal aku nak beli 1 set jer utk 3 orang tu..nak gantikan botol yang kat nursery they all tu..lagi sekali jenuh nak nego dengan adik..suruh letak balik botol tu and..ajak lak dia gi bayar..yang dah dia pilih tu..abang lak..tak nak letak..gak yang dia pegang..then aku terpaksa la..guna cara ugut..ler..aku cakap kat abang adik..if you don't want to put back the bottles, ok fine, we go home now and we will not watch the Rat movie..at a sudden both of them put back the bottles...aarrgghh..berkesan gak cara tu..lega sekejap..

..then..round2 la kat jusco tu..sementara nunggu nak ke cinema..sempat lagi tengok dance show..lega sikit..they all tak lari ke sana sini..tiba2..aku tengok Fayyadh hilang..tengok kiri kanan takada..sekali tu tengok ke depan sikit rupanya..dia pergi ke depan lagi..nak tengok orang menari tu dekat2..aarrghh..sabar jelah..anak aku sorang tu..then..tiba masanya nak menuju ke TGV, tunggu lak cinema 2 open tu..Fayyadh tanya lagi..naper ni..lambat sangat dia nak buka cinema 2 tu..abang nak masuk tengok Rat ni..aku explain la lagi..aku cakap..cinema tu tak akan bukak kalau abang tak duduk diam2..then..dia duduk diam2..kakak lak tak sabar nak pakai jacket..dia kata nanti masuk sejuk tau ibu..

..nak pendek kan citer..kami bawak jer masuk 3 orang tu ke cinema 2..tiba2..fayyadh kata gelap la..bising la..alamak aku dah cuak masa tu..ticket dah beli..ni..then hubby pujuk dia..kata..sini jer gelap..nanti terang la..lepas..tu screen dah start iklan..dah duduk kan they all elok2..dah pakai kan jacket then..surprise..fayyadh ok..dia suka..lak tengok screen besar tu..and kakak ok jer..steady jer..tapi yang lemah tu adik lak..tak leh duk diam la plak..movie dah start..fatihah fayyadh very behave..tiba2 adik nak gi toilet lak..hehe..sib baik hubby aku..banyak sabar..bawak lak dia..then bila dah 1 hour..movie..tu adik nak balik ..dia ajak kami balik rumah..dia dah ngantuk..dah letih sebenarnya..then hubby pujuk dia..kata..gelap ni..pintu tak bukak camana nak balik..adik tidur kat ayah jerlah..then betul2 dia tidur..sampai abis citer..sementara nak abis kan citer tu..fayyadh..lak..kejap bangun kejap duduk..sebab excited sangat tengok orang ramai..ramai2 watch the same movie..then dia kata..ibu, next time u bring me again here ok, then aku pun kata..can i can bring you but..you have to do well in ur exam..then dia kata..oklah...

..citer pun abis..kesimpulannya best..la citer tu..our kids like it very much..tak rugi tak sia2 usaha kami bawak they all gi watch Ratatouille tu..bukan apa..sesekali nak kena spend masa dengan diaorang setelah..5 hari seminggu..bekerja..so..next time boleh lagi bawak they all..watch movie..yang seumpamanya la..tapi yang letih nya adik tu lah..jenis tak leh duk diam..sib baik hubby..orang yang sabar..so at conclusion..I am so happy yesterday..spent time with our luvly kids..nanti aku tepek kan gambar they all..while waiting to go in to the cinema..

Friday, August 24, 2007

..among my favourite photos..

..here are some photos that I really like to see it again and again..and I want to share it with you all..



~~ seronok betul depa main kan..



~~looks like twin..kan..







~~ akrabnya bila melihat dua orang ni..kan..

..ya allah berilah kekuatan pada hambamu ini..

..sekian lama memikirkan hal 'tu'..tak tau camana nak cari jalan penyelesaiannya..setelah lama berfikir..aku rasa jawapannya hanyalah satu iaitu dekatkan lah diri pada-Nya, nescaya dia akan membantu hambaNya yang mengingatiNya..aku rasa cam stress sangat bila fikirkan hal 'tu'..aku tak nak membebankan orang lain..tapi ada kalanya kita ni sebagai manusia perlukan tempat untuk menjadi 'good listener'..tu saja..manusia tu ada masanya bukan nak minta simpati tapi..lebih kepada..utk meluahkan apa yang terbuku dalam hati dan fikiran..puas juga aku memikirkan punca kesilapannya..tapi aku anggap ini lebih kepada dugaan dari Nya..maka aku redha dengan hati yang terbuka..hadapi dengan tabah..dan tambahkan lagi kekuatan dalam diri utk cuba mengatasi masalah 'tu'..insyallah..moga2 Allah memberi petunjuk dan hidayah..

..ada seperkara lagi yang buat aku rasa kurang sabar..ish..anak aku tak siap lagi homework..itulah..aku dah agak..main2 jer kat sana tu, homework tak siap, hari ni dah jumaat..next monday dah nak start sekolah balik dah..bukan aku nak menyisihkan sesiapa tapi..aku lebih memikirkan kepentingan masa depan anak2 aku..yang mana merekalah harta dunia akhirat aku..dan tak ada apa yang dapat aku bekalkan selain ilmu pada mereka..

..hari ni tak tau naper..aku asyik memikirkan pasal suami tercinta, tiba2 rasa bersyukurnya dapat berkahwin dengan lelaki sepertinya..biarpun aku akui..dia bukan la seperti lelaki2 lain yang begitu caring, touching, romantic..dia tak punya sifat2 tu..tapi dia punyai sifat yang lain..dan aku rasa sukar nak cari sifat yang dia ada tu pada lelaki lain..itu sebablah..aku bersyukur sangat2..ke hadrat ilahi..kerana menemukan jodoh aku dengan insan seperti suami aku yang tercinta tu..abang..i luv u so much..biarpun kadang..teringin dengar dia mengucapkan kata2 romantiss..waduh waduh..jiwang lak aku ni..ish..ish ish..tapi aku tahu..jauh di sudut hati dia memang dia sayangkan isteri dia yang comel dan montel sorang ni..yehhh..rasa cam baru kawin semalam la..hehehe..

..lagi best hari ni..aku nak gi fetch anak2 aku kat rumah MIL, 5 hari tak jumpa diaorang 2 orang tu, amboi..seronok sakan ya..dapat duduk umah atuk, tak ingat kat ibu, ayah dan adik ke? aku tak pernah lagi berpisah dengan diaorang tu, ni first time, mengalir gak air mata aku..tak per tak per..ari ni aku nak gi ambik diaorang..tapi rasa cam lambat tul masa berlalu hari ni lah..dah la kat ofis ni aku rasa cam duduk dalam peti ais jerrrr....

..lama gak la aku tak tepek gambar2 baru kat blog aku ni..em..fikir2 gambar mana yang sesuai utk di tepek..ya..aku rasa..nanti aku nak tepek gambar2 sahabat2 yang selalu bersama aku hari2 selain dari hubby and my sweet childs..depa ni la yang tau perkembangan hidup aku..dari hari ke hari..sakit pening aku pun..depa amik berat gak..ok nanti aku amik masa utk tepek kan gambar2 tu..

~~ ok..ni antara orang2 yang bersama aku hari2..i luv u, friends..

...ni mak kepada 3 orang anak..sama jer 2 orang ni..dua2 ibu mithali kepada 3 orang anak2 yang comel..





..ni aku dengan shu..awek ni bini orang anak sorang dah..



..ni ana & kakak montelnya,ni pun bini orang gak..





..em..bisnes kain aku lately ni kurang maju la..yelah orang dah nak start puasa..nak beli kain apa hal lak lagi kan..tapi hubby kata takper..kain tu tak busuk..biar jelah dulu..yang buat aku pening skang ni..hp aku yg celcom tu eeeiiii..tak leh call lak..kena barred..tidakkkkkkkkkkk...aku tak pernah lagi kena barred tau..ni gara2..cik abang tersayang..tak dapat nak gi bayar..dia asyik busy memanjang kat ofis tu..emm..dah berapa hari aku tak bertelefon, kalau tak ada jer orang aku nak call..

..aku ni ada pasang hajat ni, aku harap2 sangat dan slalu berdoa agar..aku dapat merealisasikan hajat aku tu..tak secepatnya pun..lambat laun tercapai pun tak apa..yang penting aku nak kecapi jugak hajat tu, insyallah..em..tiba2 aku teringat pasal bercuti..dah lama gak kami sefamily tak pergi bercuti, bukan apa budget nya tak ngizinkan sih dong..so duduk diam2 jer la kat bangi tu kan, sambil melayan kerenah anak2 dan juga masuk forum kegemaran tu..wmc..

..aku ni kalau bab menulis meleret2 sehari semalam pun tak abis2, so..kena stop kat sini dulu..nanti aku pasti akan sambung lagi..cuma aku nak share something, bulan ni -ve lagi, lum ada rezeki kami lagi la tu, sabar jelah..

Thursday, August 16, 2007

..alhamdulillah..rezeki hari ni..

..tak sangka..akhirnya..aku miliki addict 2 ku..ada orang yang begitu prihatin mengetahui aku mmg suka addict 2 tu..thanks lovely friends..what such nice birthday present..i really like it..and the most happy moment when both of u give it to me..really..surprise..geng..jeng jeng jeng..ni lah dia..impian menjadi kenyataan..comel gituu...




..today..still worry with fayyadh condition..he had high fever from yesterday..oh God, please..sembuhkan lah anakku..paling membimbangkan..demam panas lah..aku paling takut demam panas kalau anak2 aku kena..we plan want to bring him to medical centre tonight..insyallah..nak jumpa doc lain lak..doc kat klinik tu tak berapa bagus la rasanya..

..yesterday..about fatihah..she got 90% for paper agama, 98% for paper english, 96% for paper bahasa melayu..but paper math and science betul2 buat aku jadi marah kat dia..she got only 86% for math and 74% for science..i have to brush her up for paper science tu..if not cam mana dia ..nak final exam nanti..i know she can do it..only the matter of kurang revision and..careless banyak puteri aku sorang tu lah..ibu..will try to put more effort to make sure u will success in ur exam...my dear princes..

Friday, August 10, 2007

..hari istimewa utk diri aku..

..assalamualaikum..i'm going to wish myself this song :

Glitter Generator - http://www.glitterwordslive.com


Glitter Generator - http://www.glitterwordslive.com


Glitter Generator - http://www.glitterwordslive.com


My Rainbow Text - http://www.myrainbowtext.com



..syukur ke hadrat ilahi..yang telah memanjangkan usia ku hingga ke hari ini..terima kasih pada..suami tercinta..yang sentiasa ada disisi walau apa jua keadaan pn..samada aku kurus ataupun gemuk..hehehe..
..tak lupa pada ahli keluarga..serta kawan2..yang banyak..beri semangat utk aku meneruskan kehidupan hadapi pelbagai cubaan dan dugaan..

..buat mak..terima kasih kerana melahirkan aku ke dunia..dan memberi sinar kehidupan..buat mak dan abah mertua..terima kasih kerana sudi menerima diri ini sebahagian dari ahli keluarga mu..

..buat semua adik beradik, ipar2, aku sentiasa merindui kalian..terutamanya seseorang yang amat..aku rindui..adik tersayang..moga kau bahagia bersama si dia..

Wednesday, August 08, 2007

..inilah..idaman ku...bila agaknya leh dapat ya..

...wahhh cun sungguh la kat bawah ni..kan..doa2kan la aku leh dapat yang kat bawah ni next year..ya..



..insyallahhhhh..next year..next year..kena keja keras sekeras2nya..ni..utk mencapai impian..

Wednesday, July 25, 2007

..inilah..dia..buah hati..pengarang jantung ku..

..kalian tetap..ibu sayangi apa pun yang terjadi..



..kakak..belajar rajin2 ya..jadi orang yang beriman dan berguna...
..abang adik..rajin2 buat homework..rugi jadi orang malas ni..

Tuesday, July 24, 2007

..fikiran kekusutan..apa harus dilakukan..

..setiap manusia..pasti pernah rasa kekusutan fikiran..begitu jugalah dengan diri aku yang..serba kekurangan ni..lately ni memang fikiran aku berserabut..ntah apa yang aku fikirkan membuatkan..kerap sakit kepala. Terlalu memikirkan masa depan? memikirkan anak2? memikirkin ekonomi rumahtangga? atau memikirkan..apa yang harus dilakukan utk menjadi kayaaaaaaaaaa...hehehe..berangan tu nak jadi kaya..makan roti dengan kaya selalu gak..

..well, sesekali kena mencari ketenangan lah..dah lama gak tak pergi bercuti berehat..so..cuti sekolah bulan 8 ni..mungkin boleh kan..ermm..ermmm..boleh jadi tu..tapi nak kemana arah tujuannya..nak ke cameron highland..ish..takkan situ lagi..dah berapa kali dah ke situ..nak ke pantai timur..jauh sangat lahh..beb..nak ke utara..emm..nak kemana lak..nak pergi destinasi yang jimat kos..kena berjimat cermat..kena bijak berbelanja..amboiiii..cakap pandai...buatnya..ntah ya ntah tidak tu..

..now dah july..tak lama lagi ogos..then september..nak puasa..mak dah nak pergi umrah..arrrrrrrggggghhhhhhh..tidak..tahun ni aku beraya tanpa..mak..tidaakkk..dalam hati..memberontak..tak rela dengan pemergian mak tu..tapi..itu hasrat dia..dah lama dia nak pergi sebenarnya..pasti raya tahun ni..tak seperti raya2 sebelum ni..selalu pagi2 lagi aku dah dapat makan rendang masakan mak..peerrgghh..sedap tul..mak..semoga mak selamat pergi dan selamat kembali..naper la mak pergi time raya ni mak..tahun..ni dah lah kena beraya sebelah 'sana'..ish..pastinya aku tak rasa seronok di pagi hari raya..kan..tak ada mood pun nak fikirkan baju raya ke apa raya ke...semakin hari semakin dekat la..harinya..nak anta mak ke airport..ish..sedih tul la sebut hal ni..jauh disudut hati aku..terfikir ..cam ni la perasaan orang yang takada mak ayah ketika raya tu kan..em..cam nilah kesedihannya..ya allah..sedih tul..la...

..tahun ni..hubby kata tak yah amik cuti banyak2..utk raya ..coz, adik dia nak kawin..yg sebenarnya..cuti aku pun mmg tak banyak dah..ciput jer..nak kena simpan gak cuti utk anak2 aku masuk sekolah..tu lagiiiiiiiiiiiii pentinggg..buat diri ku seorang ibu ni..hehee..anak2 aku la penghibur hidup ini..ni aku nak tepek kan sikit gambar masa kami gi..family day baru2 ni..kat mana lagi PD lerr..ala sikit gambarnya..

..eh alamak..cable tertinggal dalam keta..kang la aku amik..nanti aku tepek kan..gambar kat sini..ya..tak sangka dari gambar tu...tengok dah besar2 anak aku..maknanya..aku makin tua la tu..

Monday, July 16, 2007

..hari yang mendung..diluar..ku lihat..

..em..kenapa la..hari ni rasa tak best jer..cam boring tahap gaban..jer..rasa cam nak balik umah..tutup mata tidurrrrr..then baru kemudian bangun baru fikir nak cari startegi camana nak jalan kan bisnes aku ni..

..aduhhaaiii..ada masanya ..rasa..diri ni begitu sedih bila mengenangkan..aku kena bendera jepun last friday..kecewa yg teramat sangat..mengalir air mata..dalam diam..aku menahan sebak..bahawasanya..kuasa allah itu lebih besar dan allah maha adil..hanya allah yang mengetahui..apakah reason disebalik yang aku hadapi ini..keinginan utk menimang..cahaya mata..di kala ini..aku pendam kan saja buat ketika ini hanya..perasaan..sedih yang menyelubungi..diri..aku berdoa agar..aku di beri kekuatan utk..hadapi..ketentuan allah s.w.t...

..menjadi tanda tanya..kenapa harus aku hadapi..kenapa apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan..sebaliknya yang terpapar didepan mata ku..sayang..dimana silap kita..apa yang aku inginkan...tidak kesampaian..utk bulan ini..sahabat2 memberi semangat utk mencuba lagi..berusaha lagi..tapi..hati ini seakan merasakan aku tidak lagi punya peluang..tapi aku harus akur dengan kehendak yang Esa..yang pentingnya...sebagai hambaNya aku harus..berusaha dan berdoa serta bertawakal kepadaNya..ya allah ya tuhan ku..kau berkati la usaha kami..kurniakanlah..kami suatu rezeki yang besar itu dari mu ya allah...aminnn...

..lihat la dibawah ni..aku beli..istimewa utk bakal cahaya mata baru kami..tapi..apakan daya allah belum lagi nak beri..kami kena usaha lagi..cantik tak baju2 kat bawah ni?? aku gantung di bilik aku...hari2 aku tatap baju2 ni..rasa sedih tul bila..hadapi bendera jepun..semoga..allah memberi rezeki buat kami..insyallah...

Inilah dia baju2 yang aku beli dan simpan..bila la akan di pakai agaknya..

Tuesday, July 10, 2007

..gembiranya..tengok testimoni..pengguna cadar..

..alhamdullillah..pembeli cadar laurea berpuas hati dengan cadar yang dibelinya..lega rasa..yerlah kan tak semua orang sama citarasa and pendapat..terima kasih diucapkan pada pembeli2 cadar laurea..rasa cam nak tepek..gambar cadar yang dibeli oleh kawan ku itu..tapi tungguuu..diload gambar dlm pc dulu..then..insyallah...aku ku tepek kan disini..buat tatapan..mata dan menyinarkan mata..

..setakat ni kain pun dah tinggal 3 jer..alhamdulillah..laku gak kain yang dibeli dari k.sya tu..insyallah ada rezeki nak amik lagi ni..dari k.sya..tunggu dia masukkan stok baru lah..orang dah nak dekat raya ni..so ramai la yang nak menempah baju..bulan 9 nanti puasa dah..kan..

..tentang persiapan kawin adik olah..ada gak moving la..tinggal nak teman dia gi jumpa mak andam tengok persalinan..dah nak kawin dah adik olah..lega rasa hati..sekurang2nya..dia dapat la nanti merasa alam berumahtangga..semoga perkahwinan mu kekal selamanya..adik olah..em..teringat lak zaman 8 tahun lepas..semasa majlis pernikahan perkahwinan aku dan suami tercinta..alangkah gembiranya hati dikala itu..rasa seronok yang tak terhingga..rasa nak merasai balik zaman tu lah ..heheh..kalau ada mesin yang boleh putar masa..akan ku putar pada saat kami diijabkabulkan dengan sekali lafaz oleh suami ku..emm..sayang terima kasih kerana sudi menerima diri ini sebagai..isteri dan ibu kepada anak2 mu..mmuuahhh..

..dalam kotak fikiran aku skarang ni..hanya aku tau..nak aim nak selesaikan credit2 aku..mana tau..umur tak panjang..tak sempat nak selesaikan pulak..sian kat suami dan anak2 yang tinggal lak kan..insyallah ..dengan keizinan dan restu dariNya..perlahan2 akan aku selesaikan juga..segalanya..ya allah ya tuhanku..kau berkatilah..usaha aku ini..aminnn...

Thursday, July 05, 2007

..ku perlukan kesabaran dan ketabahan..

..bukan mudah utk mengusahakan sesuatu utk berjaya..dalam hidup..diri perlukan semangat dan hati yang cekal..segalanya...hendaklah bersertakan doa..

..aku perlukan kekuatan physical and mental utk teruskan usaha..berniaga ni..aku harus yakin dengan ketentuan..dan kehendak allah s.w.t..dimana..allah tidak akan merubah nasib hambaNya melainkan..hamba tersebut berusaha utk mengubah nasib sendiri..

..bukan senang nak senang..itulah pepatah yang aku pegang untuk berjaya dalam hidup..dan bukan mudah utk membesarkan..zuriat2 yang dikurnia allah s.w.t..sesungguhnya kami sedang berusaha..utk menambah zuriat..andainya..diberi rezeki allah..insyallah ada..andainya belum ada rezeki..adalah sebab musabah..allah belum nak beri rezeki..tu..

..hari ni aku dengar..ex-bos aku dulu..dapat baby..seronokkkkkkkkkkk nya..bila la pulak turn kami ya..sesungguhnya allah yg maha mengetahui..keinginan..utk memeluk baby tu sentiasa ada fikiran aku..sejak kebelakangan ni..allah memberi dugaan..kepada kami..ya allah, kau yang maha berkuasa..kaulah yang mengizinkan..semua kejadian dimuka bumi mu ini..

..kami harus redha dengan ketentuannya..kami harus berserah..padanya..moga Dia memberkati usaha kami..aminnnnn...

Wednesday, July 04, 2007

..hari ini kau datang riang..

...hari ni..perasaan riang datang sikit..sebab dapat bayar hutang kawan..yahoo..alhamdulillah..
..targetnya bukan apa..nak berhenti buat hutang..nak berhenti banyak membeli..but..nak menjual jer skang ni..emm..bedsheet dan kain ela..ada di boot keta aku tu..aku kena start jalan kan operasi ni..secepat mungkin mahunya..dapat pulang modal..then boleh la amik next batch lak..insyallah..

..ku berdoa dgn izin allah s.w.t. boleh la bergerak sikit2..biz aku..tu..kena banyak gak doa dan usaha..agar allah memberkati..sgala usaha..aminn..kepada kengkawan yg sudi membantu..terima kasih diucapkan..aminnnn...

alhamdulillah..laku kain hari ni..yang laku yang kat bawah ni..cantik tuuuuu..pandai budak tu pilih..yang ni..laworrr...



betul tak?...cantik kannnnn...mmg cantik..aku pun bekenan tapi aku yang jual..ada ke nak jadi harta sendiri lak..orang jual kena la tutup sikit hati tu nak memiliki kain2 yg di jual ye tak..bagi la kepuasan pada yang membeli...yeehhaaaa...

Tuesday, July 03, 2007

..bismillah..

..mulakan la hari2 mu dengan bismillah..krn bahawasanya..segalanya berlaku dengan izin allah s.w.t..
aku merasa kan..dugaan buat diriku dan keluarga..memang begitu..mencabar..bagaimana pun..sebagai ibu dan isteri yang harus kuat dan tabah hadapi segalanya..aku harus terus dan terus..kuat..utk memberi semangat pada..keluarga yang amat aku sayangi..

..wahai insan2 tersayang..kita dekatlah diri kita padaNya..kerana hanya Dia lah..yang menentukan segala di muka bumi ini..ingatilah Dia selalu dan..insyallah..Dia juga akan mengingati hamba2Nya..aminnn..

..dengan ucapan bismillah..aku ingin memulakan..sedikit2 perniagaan agar dapat membantu..suami..mengukuhkan lagi..ekonomi rumahtangga kami..aku memilih barang dibawah ni..sebagai..titik permulaan ku..inilah dia..barang yang sedang ku usahakn..utk diniaga di pasaran..yang amat..mencabar..



inilah..dia..barangnya..sebagai..titik permulaan ku..ya allah ya tuhanku kau berkatilah..usaha aku dan suami ku..aminn..

Friday, June 29, 2007

..citer sedih ku..minta simpati..keh keh keh..

..wahai kawan..kau buat aku naik gila..aku rasa cam nak hantukkan kepala kau ke dinding ofis yang besar ni..sib baik aku masih..waras..dan cunnn..hehehe..kalau tak mmg aku dah buat..memang penyek la..muka kau tu..kau tau tak..

eh..melalut lak..aku nak habaq kat korang ni..baru aku ingat..perfume aku dah abis..alamak mati kutu la aku ..duit dah abis buat shopping kat mega sale wmc tu..
sapa nak beli kan aku ni..sapa yang baik hati ek..nak tunggu besday aku..lambat benau lagi..hah..huuu huhuuhuhuuu..kena ku fikirkan..jalan..utk membeli perfume..tidak selesanya kau tanpa kau wahai perfume..kalau la perfume tu boleh dibuat dari air hujan + air laut + air paip ke..then jadi perfume kesayangan ku iaitu..CD Addict 2..kan ke bagus..senang jer aku buat sendiri..kan..tak yah kuar duit..

takde perfume aku tu..cam kena pakai perfume 'dia' jerr..boleh la kot..minta sikit..hehehe...dia pun tak kisah punya..boleh kowtim jerrr..hahaah...eh..kawan aku sorang tu dah panggil balik..to be continue..celoteh..ku..ooh perfume..sedihnya aku kau dah abis..

Dah petang Jumaat...huyoo best


diam tak diam..dah petang jumaat..masa berlalu pantas jer..aarrgghh tension makcik..ada ke gaji masuk ciput jer malam ni..nak bayar utility bil pun..terkial2 dengan gaji yang ciput tu..apa la punya company ni..ya allah ya tuhan ku beri la aku kekuatan..amin..

rasa sonot gila..nak weekend..ni..dalam la hilangkan bosan kat ofis ni..
aku nak kemana ek..weeekend ni pastinya cik abang tu..tak nak kemana..tapi weekend jerlah pun..leh melangkah kan kaki ku ini..

wowowowow..nak ke tempat 'TU'..alamak bosannya..apa boleh buat..dah kena pergi..aku kena la relakan tubuh ku ini utk ke sana..ish..lagi 20 minit aku nak bergerak meninggalkan ofis yang kusam ni..keluar dari ofis nak lupakan hal ofis ni hingga la isnin depan..terbayang wajah2 indah puteri dan putera2 ku..ibu..amattt merindui kalian..hanya hujung minggu saja lah..dapat ibu membelai anak2 ibu..yang amatt ibu sayangi..wah..jiwang lak aku ni..kat sini..anyway..selamat berweekend kepada diri ku sendiri..banyak keja nak buat weeekend ni..nak bawak puteri gi gunting rambut, nak tengok site..kot2 ada peluang bisness..nak settlekan hal rumah..nak settlekan hal dgn kakak, adik ipar..wahhh kalah PM..aku ni punya busy hahhh..

ok..lah..ada masa sambung lagi..celoteh aku ni..sonot gak dapat berblog ni..pesanan pada diri sendiri..berjimat la dahulu..berbelanja kemudiannnn hehehehe...

hari ini..hari yang membosankan..

aduhaiiii...naper la aku kena hadapi hari ni..bosan tahap gaban power rangers incredible..dan mcm2 lagi lah..camana pun..aku kena face gak..nak habis kan hari ni hingga ke hari esok..kenapa..kenapa..aku bosan...sebabbbbbbbbbb..ada orang yang buat aku jadi bosan..dan geramm..

macam mana pun..aku ni kena lah banyak bersabar..bak kata..orang2 tua..adalah tu hikmah nya di kemudian hari nanti..aarrrggghhh...aku benci aku benci....dgn keadaan skang ni..bila lah keadaan boleh kembali...ke asalnya..

..nak buat keja jap..nanti petang sambung balik..waduh..waduh..waduh..kepala ku pening sih dongg...

Wednesday, November 29, 2006

Tak lama lagi, kakak masuk..standard one..

Tak lama lagi, kakak masuk standard one..kami dah beli barang sikit2..masih ada lagi yang belum dibeli...iaitu..beg sekolah..dia..tak sangka masa berlalu begitu pantas..