Friday, September 18, 2009

..Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin..


..Selamat Hari Raya..Selamat Hari Raya..Selamat Hari Raya..


..dalam masa beberapa jam saja lagi aku akan balik ke kampung..so, aku nak amik kesempatan ni nak ucapkan Selamat hari raya kepada semua umat2 Islam yang telah menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan 1430H ni..aku mohon maaf zahir & batin di atas segala kesalahan, kesilapan, terkasar bahasa pada semua yang mengenali diri aku..

..aku doakan kita semua akan berbahagia di hari lebaran nanti, semoga semuanya selamat di dalam perjalanan pergi & balik..pandulah dengan berhati2..ingat orang2 yang tersayang...

..sekali lagi selamat hari raya buat kalian semua..hati2 di jalan raya dan di kampung halaman..

..lagi sehari raya..aku masih di ofis..

..sedihnya..aku masih di ofis..walaupun lusa dah nak raya..jalan raya pun dah lengang masa on the way ke ofis tadi..rasa2 cam boleh tidur baring jap la kat jalan tu..punya la takde kereta..yelah..orang banyak dah balik kampung, dah gerak semalam & malam tadi..cuma aku masih setia di cyberjaya ni..bersama rakan seperjuangan di ofis..

..cakap pasal packing raya, malam tadi kemas pakaian & gosok baju jer sempat, lepas tu yang banyak masa buat adalah mengemas rumah sana sini pastikan semua dah bersih utk ditinggalkan..tak nak la balik dari kampung halaman, rumah penuh dengan semut sana sini..ofis ni pun dah sunyi, tinggal kami berdua jer melayu kat ofis ni..melayu2 lain semua dah pulang ke kampung tercinta..tapi..badan aku jer kat sini, hati aku dah berada di kampung dah..dan paling menyedihkan hari ni keempat2 puteri & putera aku ke taska, dan hanya diaorang saja di taska hari ni..kanak2 lain semua dah ikut parents balik kampung..aduhai..sedih tul aku mengenangkan anak2 kami yang tersayang..

..barang tak packing abis lagi..takut pulak ada yang tertinggal, tapi list barang dah ada, so just follow list barang2 tu, husband kata tengok list barang tu, cam takut tak muat jer kereta..segala bagai..wife dia nak bawak..dia kata..hehe..biasalah aku ni kan..yang paling penting keperluan anak2 kami mesti tak boleh tinggal..mesti kena cukup..

..memang takada mood betul nak buat kerja hari ni, ingat nak raya, nak makan ketupat, nak makan lemang, nak makan rendang..dan yang paling best adalah..nak bergambar di hari raya..serta bermaaf-maafan..(sebut tu cam banyak dosa jer..hehehe..)..tapi sian pada mak aku yang amat aku rindu..raya pertama, mak sorang2 di rumah..rasanya tak sabar nak lompat ke tahun depan, beraya di sebelah aku lak..dapat bersama dengan mak..di pagi raya..tak pa mak tunggu ina di hari raya kedua pasti ina akan muncul di pintu rumah mak ya..

..teringatkan anak2 lak di taska..kat bawah ni wajah2 yang menghuni taska nur hidayah hari ni..hanya 4 adik beradik ni jer..




Thursday, September 17, 2009

..mahligaiku, istanaku & juga tempat ku berteduh..

..dalam entry yang lepas2..aku ada cakap pasal mengemas rumahkan..dan touch up sana sini sikit2..so..teringin nak share dengan kengkawan..wajah rumahku utk aidilfitri 2009 tahun ni..seperti yang telah aku janjikan buat seseorang utk melihat hasil atursusun semula..mahligaiku..dan kat bawah ni aku tepekkan..photo2nya..





Wednesday, September 16, 2009

..cerita ceriti mercun bunga api..

..kalau orang tanya apa kenangan yg tak dapt aku lupakan masa zaman kecik3 dulu..masa raya adalah..bermain bunga api & mercun..uish..aku cukup suka la main benda2 tu..dan aku cukup suka lah memasang pelita masa zaman sekolah dulu..setiap hari aku akan pastikan pelita aku menyala after aku berbuka puasa..

..sebut pasal main bunga api..dan mercun..macam2 jenis mercun kitorang ada..yang selalu main mercun dengan aku siapa lagi..the only adik yang aku adalah..tapi yang selalu nyalakan mercun..ha ni dia..pendekar mercun..tuan punya blog ni hahahaha..kenangan pasal mercun ni, teringat arwah abah aku..dia lah insan paling rajin layan kami pasal mercun..pernah abah beli mercun panjang cam mercun cina tu..pasang dari tingkat atas rumah mak aku..tu..then aku standby kat bawah utk nyalakan..ok ok bah..dah ready ke..ok ok kata abah..boleh pasang dah..bila dengan abah kata ok tu..aku pun nyalakan mercun tu..bunyi dia punyalah kuat..sampai semua orang jiran keluar nak tengok apa yang bunyi tu..aku dan adik orang yang paling seronok lah..uish..rasa hebat tul masa tu hahaha..to adik..can u still remember the moment...arwah abah pun seronok tengok kitorang gembira..tapi..yang tak tahannya mak bebel ..sebab...bunga matahari mak abis mati..terkena dik mercun tu..berhari2 mak bebel marahkan pasal mercun tu..tapi kami diam jerlah..sebab hati seronok dgn mercun tu...

..pernah gak kami ada perang mercun..kami pasang mercun..lawan dengan anak2 jiran..siapa punya mercun hebat..dan sapa punya mercun lagi kuat bunyi..dannn yang pastinya kami ni group pompuan yang menang tau...hahaha..cukup seronok masa tu..hehe..kenangan yang buat aku ketawa sendirian..dan mengingatkan pada arwah abah..aku cukup sayang abah..raya kali ni masuk la 12 tahun dah aku beraya tanpa abah aku..al fatihah buat arwah abah..aku sentiasa ingat arwah abah aku..tiap2 hari dan tiap kali aku solat..yang aku ada skang ni hanyalah ibu aku yang tersayang..mak..ina akan balik raya kedua nanti ya..insyallah kita jumpa raya ni..ina, rindu rendang mak..sedapnyaaa..mak tunggu ina balik ya..tahun ni aku tak dapat jumpa adik beradik..aku raya pertama sebab semua balik umah mertua..dan pastinya aku akan nangis pagi raya tu..teringatkan abah, mak, adik beradik aku..syukurlah aku ada suami tercinta, anak2 tersayang..di sisi aku di pagi raya tu..nanti aku kongsikan bersama kisah raya ku..dannnnn percutianku...

..aktiviti terbaru sempena raya..

..sampai setakat ni, aktiviti terbaru utk raya adalah mengumpulkan baju raya sekeluarga, tudung raya utk aku dan anak dara aku, mengambik kuih raya dari pembuat kuih raya tersebut, dan mencari kasut raya utk anak2 aku..

..bab rumah lak, tinggal nak touch up tingkat atas saja lagi..dan bilik tetamu, yang lain dah siap, yang belum tertunai lagi adalahhhhhhhh..mencuci garaj umah aku tu, tak berkesempatan lagi, sebab malam tadi kami pergi ke kedai gunting rambut utk menggunting rambut jejaka2 hensem kat umah aku tu..buat aku dan cik tiha dan pun gunting rambut utk raya weekend minggu lepas..pada mulanya..nak gunting rambut jejaka2 tu weekend hari tu, tapi atas permintaan Fayyadh Aniq, dia kata tak nak gunting rambut siang2 sebab puasa, nak gunting rambut malam2 sebab nanti dapat gula2 boleh makan..aduhai..bijak sungguh la budak sorang ni punya ideakan..so, kami pergilah malam tadi..

..ada lagi benda yang aku terlupa nak gi beli..iaitu butang baju melayu, rasanya masa dah suntuk, maka kena pergi cari malam ni gak la..nanti terlupa terus..kesian jejaka berbaju melayu tak berbutang..ilang hensem..cik tiha dah bising sebab tak sempat lagi nak padan2kan tudung dgn baju raya dia..and nak sematkan kerongsang pada tudung2 dia..insyallah akan ku laksanakan secepat mungkin..nanti banyak benda nak buat dalam satu masa..ada yang banyak tertinggal lak kan..betul tak wahai anda pembaca setia sekelian?..

..dalam memikirkan pasal raya ni, risau gak nak tinggalkan rumah musim2 perayaan ni..faham2 jerlah kan..takut2 ada tetamu yang tak diundang di waktu ketiadaan di rumah sepanjang minggu raya tu..harap2..guard yang diupah oleh ajk taman tu..dapatlah jaga rumah2 di taman kami tu..insyallah..to be continue..later..

Monday, September 14, 2009

..update status mengemas rumah..

..aduhai..weekend baru ni pun sambung kemas rumah..so, aktiviti yang berjaya dijalankan adalah seperti berikut :

1. basuh sarung sofa, body sofa
2. basuh langsir, day & night curtain
3. lap lampu
4. lap frame di dinding
5. susun semula sofa
6. ganti mentol lampu living,dining,
7. membasuh balang kuih raya
8. membeli belah barang rumah utk raya
9. dan kerja2 rumah yang lain yang rutin

..ish ..tak banyak pun kan..tapi rasa penatnya..cam penat bebenorrr lak rasanya..
ada lagi tu yang tak siap lagi tu..nak mencuci garaj kereta lak..dengan nak mengemas pakaian utk balik kampung..nanti aku ku..coretkan di sini lagi aktiviti sempena raya ku ...

Friday, September 11, 2009

..oh..tidakk..bestnya..seronok gak..

..aku duk menengok2 kat internet tu..surfing punya surfing..sekali tu tertengok..sesuatu yang amat memeranjatkan diri aku lah..orang lain aku tak tahu la..tapi kalau sapa2 yang taste dia sama dengan aku pun akan terkejut dan juga rasa seronok la..

..al kisahnya..bukan apa..sesuatu yang aku idam2kan..akan keluar yang baru..berwajah baru..diubahsuai dari keluaran 2007 punya dannnnnnn..akan keluar tahun depan..2010..tahun depan okkk...yang tak berapa lama tu..yyehhhh..tak sabarnya nak tengok..agak2 bila la dia akan kuar kat malaysia..ni pulakkan..so..kalau korang nak tau apa yang buat aku terkejut..dan seronok sangat tu..adalah benda kat bawah ni..yang aku sangat2 idam2kan...jeng..jeng..jeng..

..lagi seminggu nak raya..

..diam tak diam..dah 3 minggu umat islam berpuasa..syukur ke hadrat ilahi, yang telah memberi keizinannya utk kami sekeluarga berpuasa hingga ke hari ini..insyallah..sehingga habisnya ramadhan..dan syawal pun menjelma..sebut pasal syawal..macam2 berlegar di kepala aku ni, memikirkan kuih raya yang belum lagi di ambil, baju raya yang lagi 4 pasang tu belum lagi di ambil gak, baju2 raya yang belum lagi disusun dalam beg..aduhai boleh tahan banyak gak kerja yang tertulis dalam list ni..dengan nak mengemas rumah lagi..dengan sarung sofa belum dicuci lagi..aduhai..boleh tahan banyaknya kerja nak dibuat dalam minggu terakhir ramadhan ni..

..tetiba teringat lak balang kuih pun belum dikeluarkan lagi dari cabinet..untuk dicuci..tapi kalau dikeluarkan awal2..nanti anak2 aku akan tanya..ibu, mana kuih rayanya..dah boleh makan kuih raya ke..lagi2..ketiga2 diaorang tu puasa..kang ada lak yang tak tahan puasa kang..so lebih baik..dicuci balang kuih tu..dan di simpan dulu..balik dari kampung, baru masukkan kuih2 ke dalam balang ku yang comel2 tu..

..cerita pasal persiapan raya ni, rasanya..most of the thing dah siap dah..cuma yang lum dibeli lagi adalah..kasut..anak2 kami, weekend ni tak leh lak nak gi beli sebab..nak mengemas rumah, but takkan nak gi weekdays lak minggu depan..jumaat depan dah nak balik kampung..so nak tak nak kena gagahkan gak la weekend ni, dan abiskan kemas rumah by weekend ni gak..if not..dah tak ada masa, dah tak sempat dah..nanti akan ku update di sini..al kisahnya ya..tungguuu....

..raya tahun ni..turn sebelah hubby..then raya kedua baru balik ke rumah ibuku yang tercinta, pastinya di pagi raya aku akan merasa sedih..sebab tak bersama ibu dan adik beradik yang tersayang..lebih lagi..di pagi raya tu, mak aku sorang2 sambut pagi raya..sebab semua adik beradik beraya di sebelah mertua masing..akan ku pastikan telefon mak aku di pagi raya tu nanti..dan call semua adik beradik aku..dan akan meng'mms'kan wajah kami di pagi raya..insyallah..pastinya banyak nanti cerita nak di update kat blog tersayang ku nanti tentang raya2..cuti2 rayaaaa..

Wednesday, September 09, 2009

..09.09.09..today...

..wah..baru aku perasan date hari ni..cantik sungguhkan..09.09.09..siapa yang bersalin hari ni, pastinya tarikh lahir baby diaorang..memang cantik la..apa yang menjadi kenangan buat aku..pada tanggal 09.09.09 ni..adalah..aku telah bertekad dalam diri aku..utk membuat satu p erubahan..dengan harapan akan membawa kebaikan dan keberkatan buat aku dan family yang aku sangat2 sayang..semoga dengan penghijrahan tersebut..akan memberi 'nur'..kebahagiaan yang lebih lagi buat kami sekeluarga..insyallah..kepada rakan2 diluar sana..anda juga mampu membuat perubahan..yang akan membawa lebih kebaikan pada diri dan keluarga...

..sesuatu yang baru utk Farriys..

..lama betul aku nak update citer ni..cuti weekend baru2 ni..Farriys dapat 2 benda baru..daddy belikan..dari awal puasa ari tu rasanya nak belikan..tapi tak sempat..so..weekend yang lepas setelah balik dari kampung aku..mak aku buat majlis berbuka puasa utk anak2 tahfiz..kami pun pergi survey kat bangi jer pun..2 benda utk Farriys tu..then rasanya memenuhi citarasa dan memenuhi syarat budget..yang pertama tu ikut pilihan daddy..dan yang kedua tu..ikut pilihan aku..ibu pada Farriys hehehe..benda2 nya adalah seperti dibawah..

..daddy Farriys beli benda ni bukan apa..masa kami berbuka puasa berlima..kesian Farriys tak leh nak join sekali..so tu sebab daddy belikan..dan dapat kami berbuka puasa bersama2 satu family..dan di bawah..ni lak..bukan dia tak ada tapi..nak belikan yang lebih mantap sikit..since berat dia dah naik..since guna yang ni senang nak bawa Farriys ke mana2..especially ke shopping complex kan..beli barang2 baru ni cam rasa baru anak pertama lak..excitednya..

Thursday, September 03, 2009

..sesuatu yang menguji diri dan minda..

..aku cukup berdebar-debar hari ni..macam-macam yang aku fikirkan..ini semua adalah kerana berita yang aku dapat pagi tadi..aku tak tahu nak kata apa dah..hanya aku bermohon pada ilahi agar dia memberi cahaya kekuatan utk aku hadapi situasi ni dan aku juga bermohon padaNya agar dia membuka pintu rezeki ku petang ni, di bulan ramadhan yang amat mulia ini..aku berdoa agar ramadhan kali ni penuh makna & membawa keberkatan serta murah rezeki buat kami sekeluarga..

..buat insan yang mengetahui apa yang aku lalui, sama2lah kita berdoa agar Allah membuka pintu rezeki buat kita semua..Ya Allah, ya tuhanku, sesungguhnya amat besar ujian mu di bulan ramadhan ini..kau lebih mengetahui yang terbaik buat hambaMu..berikanla petunjuk & hidayah buat aku utk terus tabah menghadapi semua ujian dan dugaan ini..hanya pada Mu, aku berserah Ya Allah..hanya pada Mu aku bermohon agar kau kurniakanlah sesuatu yang dapat merubah nasib hambaMu ini..

..aku hanya berserah pada ilahi, kerana aku tahu hanya Dialah yang menentukan segalanya di muka bumi ini..Ya Allah, berilah aku kekuatan utk menghadapi ujian ini..dan ampunkanlah segala dosa2 ku, Ya Allah..sesungguhnya aku redha dengan ujian Mu ini, andainya ini adalah yang terbaik buat ku..

Wednesday, September 02, 2009

..anak-anak penghibur hati..

..hari ni hari ke 12 ramadhan..bermakna dah 12 hari umat Islam berpuasa..begitulah juga dengan anak-anak aku..syukur alhamdulillah..gigih mereka menunaikan ibadat puasa..aku amat bersyukur ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnianya membuka pintu hati anak-anak aku berpuasa dengan rela hati..lebih lagi 'Tiada paksaan di dalam Islam'..betul tak pembaca blog ku yang setia??...kesimpulannya..fakhriy membuatkan hati ibu & ayah...terhibur..

..yang kami paling tak sangka..ialah Fakhriy..kuat semangat dia nak berpuasa..dalam usia 5 tahun setengah tu..kuat juga dia berpuasa..alhamdulillah..segalanya dengan izin Allah s.w.t..dalam bulan ramadhan tahun ni, hati aku rasa cukup gembira melihat anak-anak kami berpuasa..dan puasa tahun ni juga, Farriys dah pandai berjalan, pandai minta makanan..sebut pasal makanan ni, malam tadi masa aku mengadap laptop..mencari infor..sambil makan popia yang kami beli kat bazar ramadhan pkns bangi..ada lagi 2 ketul..so aku makan seketul, tinggal seketul lagi..lepas tu Farriys nampak aku makan, dia pun mulalah bersuara nak, nak, nak..sambil tangan tunjuk ke arah popia tu..pastinya aku tak bagi la kan..sebab ada cili..lepas tu start la dia buat aksi menarik dia tu...siap baring dulu..adjust2..then..baru start menangis..aku buat tak tahu jer..lepas tu lagi kuat dia nangis..then daddy datang..tanya kenapa..aku kata dia nak popia..try bagi biskut, susu semua tak nak..then daddy bagi juga popia tu..yang buat terkejut tu..Farriys makan popia tu..lepas tu tangan sebelah lagi, tutup mulut...sebab kepedasan..ingatkan dah serik la makan popia tu..tak..dia makan gak popia tu sampai habis..memang dia buat kami terkejut..cukup tak sangka..lepas tu..aku nak bersihkan dia dan ganti baju..yang dah comot sangat tu..lepas tu dengar dia cakap..sedapppp...terkejut aku bila dengar dia cakap tu..lepas tu aku tersenyum sendirian..dalam hati berkata..agaknya..cikgu kat taska tu lagi banyak tahu apa yang farriys tahu cakap..inilah namanya anak-anak penghibur hati..melayan kerenah anak-anak..badan penat pun boleh ilang rasa penat..

..Fatihah & Fayyadh..masih bersemangat waja berpuasa..alhamdulillah..semoga anak-anak aku tabah menunaikan ibadat di bulan ramadhan yang mulia ni..begitu banyak rahmat yang kau limpahkan kepada kami Ya Allah..cuma masa cuti hari tu Fatihah ada tak puasa 1 hari..sebab dia semput..kena guna ventolin puff dia tu..Fayyadh pun amat mengkagumkan..tahun lepas dia tak faham lagi erti puasa..dan tak larat nak puasa..tapi tahun ni..dengan semangat yang dibagi oleh atuk dia..dia masih dapat teruskan berpuasa..alhamdulillah..

..bagi diri aku..apa yang aku harapkan dalam bulan ramadhan kali ni..akan lebih bermakna dalam hidup aku..aku telah melakukan usaha untuk membuat perubahan untuk keluarga aku..aku berdoa agar usaha tersebut..diberkati ilahi..dan mendapat sesuatu yang dapat memperbaiki kehidupan keluarga aku yang amat aku sayang..insyallah..Allah lebih mengetahui..Allah mendengar rintihan hati aku ini..

Friday, August 28, 2009

..yahoo..cuti 3 hari..bestnya..

..weekend ni cuti 3 hari bestnya..spend masa dengan suami & anak-anak tersayang..dah seminggu berpuasa..just nak share..sesuatu yang menggembirakan..fakhriy berjaya berpuasa penuh..dah 3 hari dia puasa penuh...alhamdulillah..dengan izinmu Ya Allah..anak2 ku..dapat menunaikan ibadah puasa..aminnn..

..so..hari ni nak berbuka apa..tak tahu lagi..tengok la karang..nak belikan apa utk side order utk anak2 ku yang berpuasa tu..actually..aku ni teringin sangat nak benda kat bawah ni..hehe..nantilah..pujuk..hubby..nak gi beli esok ke..kan..sebenarnya tu gambar kat wallpaper aku tu hehehe...oklah..nanti kalau jadi beli..sure seronok anak2 aku kan..ok, selamat berbuka puasa..jumpa lagi minggu depan..

..blog ku berwajah baru..

..seronoknyaaaaaaaa...blog aku berwajah baru..hasil dari tunjuk ajar tok guru..akma..hehe..seronok..nanti akan ku godek2 lagi..setting yang lain lak..apakah pendapat anda tentang wajah baru blog saya ini???...

Thursday, August 27, 2009

..bacalah..dan amalkan lah..

..ada orang kata, baik utk dibaca dan diamalkan ayat ni..so..aku paparkan kat sini supaya senang utk dibaca..ayat ni ayah seribu dinar..semoga segalanya mendapat keberkatan dari yang maha Esa..




Maksudnya ialah :

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Wednesday, August 26, 2009

..aku seorang yang gagal..

..lately ni aku selalu memikirkan tentang kegagalan...kegagalan dari segi apa??..kegagalan dari pelbagai segi..dalam fikiran aku ni..aku memikirkan aku adalah seorang hamba Allah, seorang isteri, seorang ibu, seorang anak, seorang pekerja..adakah aku berjaya sebagai setiap diri aku tu..adakah aku berjaya melaksanakan tugas & tanggungjawab bagi setiap yang dipikul..

..aku duduk diam & memikirkan lagi..seakan2 apa yang aku rasakan adalah..aku telah gagal memikul tanggungjawab dari setiap diri aku tu..aku gagal melaksanakan tugasan sebagai insan di muka bumi Allah ni..kegagalan yang tempuhi ni..aku rasa..adalah datang diri sendiri & kelemahan diri..serta hati yang tidak kuat dan tabah..malah mungkin aku kurang mendekatkan diri pada yang Esa..

..hari ni aku lebih lagi merasakan..kegagalan berada disekeliling diri aku..aku berserah pada mu Ya Allah..aku menyerahkan diriku pada Mu..aku memohon pada mu Ya Allah..kau ampuni la dosa2ku..kau permudahkan lah perjalanan hidupku..hanya pada mu aku bermohon..sesungguhnya kau lah yang Satu..yang lebih mengetahui segalanya..dan semuanya di atas ketentuan mu Ya Allah..

Tuesday, August 25, 2009

..lama aku menghilang..tak munculkan diri di sini..

..dah masuk bulan ramadhan dah..nak cerita pasal anak2 aku yang berpuasa..fatihah as usual la..dia puasa dah macam orang dewasa...and she is used to it already..about fayyadh lak, hari pertama disebabkan duduk kat umah jadi dia puasa setengah hari jer..setelah melihat fakhriy makan nugget..dia pun join sekali..aduhai fayyadh sabar jelah..ibu..but 2nd and 3rd day ni, fayyadh masih lagi boleh bertahan puasa penuh..alhamdulillah..

..for fakhriy lak, ini punya dengan selamba minta susu, minta nasi, then bila dia dah makan..dia akan tengok tv..bila orang tanya, abg chik tak puasa yer?..dia jawab, eh puasa lah, tanya lagi, abis tu tadi tu makan tu..dia jawab..itu tadi la makan..tapi sekarang ni dah puasa balik dah..ya allah dari jawapan dia tu..rasa nak ketawa pun ada..tapi bila fikirkan..agaknya dia assume bila makan tak puasa..tapi bila tak makan tu, maknanya dia berpuasa la tu..budak2..macam2 akalnya..

..hari pertama puasa..berbuka di rumah mak mertua..berbuka ramai2..tahun ni farriys dah berjalan..so..pastinya dia aktif ke sana ke sini kan..so, kena makan bergilir la..tambahan lagi..fatihah, fayyadh berpuasa..so salah sorang kena layan diaorang berdua tu berbuka..kesian lak..dah seharian dia berpuasa..at least..kita bagi perhatian lebih masa dia berbuka..

..malam tadi fakhriy pesan kat daddy dia..nak bangun sahur..dia kata nak puasa hari ni..so daddy memang kejutkan la dan dia bangun pun senang..then dia pergi taska pagi tadi dengan pesanan..abg chik puasa tau ibu..hari ni..ya ya..abg chik very good boy..then aku pun pesan kat cikgu taska..kata dia puasa hari ni..tapi keputusannya tunggu la petang nanti..harap2 dia puasa lah..

..lately ni lambat sikit update blog..sebab..aku busy dengan aktiviti terbaru..tak tahulah bila dapat hasilnya dengan aktiviti terbaru tu..tunggu sajalah..rezeki dari Allah..lately ni pun banyak dugaan & ujian bertadang dalam hidup aku..aku kuatkan hati..tabahkan hati..kuatkan semangat..utk meneruskan perjalanan hidup..aku berserah sepenuhnya pada yang Maha Esa..sesungguhnya kau lebih mengetahui yang terbaik utk hamba mu Ya Allah..

..di minggu2 akan datang..mak aku buat majlis berbuka puasa, tak sabar rasanya nak balik kampung berbuka kat kampung..yelah setahun sekali jer kan..bulan puasa ni..jadi kita kena hargai dengan sepenuhnya..bulan ramadhan bulan yang mulia ni..akan ku kongsikan bersama detik2 majlis berbuka puasa di rumah mak ku yang tersayang tu..ya..ok..to be continue..

Monday, August 17, 2009

..Uda's convocation..15082009..aku jadi baby sitter..

..last saturday, 15 August 2009..aku telah menjadi baby sitter kepada 7 orang anak..hehe..hubby kerja last saturday..for surenya anak aku 4 orang la kan..and anak sedara aku 3 orang..apa yang menjadikan aku kena menjaga anak2 sedara aku adalah sebab..that day is my lovely sister convocation..kakak aku convo utk Degree Master..nya..congratulation, congratulation to my sister..

..syukur ke hadrat ilahi di atas kurniaan ini..impian mak abah aku untuk melihat anaknya memegang segulung Master telah pun tercapai..walaupun arwah abah dah takada...tapi kejayaan kakak aku juga adalah suatu impian abah..aku cukup2 respect kakak aku ni..dia betul2 tekad sambung belajar..dalam masa yang sama sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang anak, seorang pekerja & seorang pelajar..ia bukanlah suatu perjalanan yang mudah buat diri dia..bagaimana pun..ini adalah suatu rezeki dari ilahi..dan suatu kepuasan pada diri kami adik-beradik..suatu penghinaan yang telah ditebus..


ni lah..my lovely sister..on her convocation day..kat bawah ni lah..aku bersama tudung baru hadiah dari my lovely younger sister..

Friday, August 14, 2009

..naperlah again malangnya hari ni..

..naperlah again..malangnya rasa hari ni..hp buat hal..screen blank..dah tu jadi pekak lak..tak leh dengar orang cakap bila ada call masuk..dah la skang ni tengah very very very tight budget..cukup-cukup rasa tension, benci, nyampah..semua ada lah..rasanya tak sanggup dah nak face this situation..cukup2 buat diri jadi berserabut..dan gelapnya masa depan..

..hanya orang tertentu saja yang tahu apa yang aku hadapi waktu ni..kadang rasa patah semangat dah tapi kena tabahkan hati demi anak-anak..dan masa depan family..setiap masalah tu pasti akan ada penyelesaiannya..memang ada rasa nak menjerit..nak menangis sepuas-puasnya..tapi rasa adalah lebih baik beristigfhar...dan banyak2 kan mengaji untuk memberi kekuatan pada diri..

..buat insan yang sekapal dengan ku..(you know who you are..)..bersabarlah, berdoalah padaNya agar..dia memberi jalan, memberi petunjuk & hidayah..buat kita memperbaiki keadaan ini..insyallah..

Wednesday, August 12, 2009

..10 August..my 34th birthday..tua dah aku..

..both hubby dengan aku memang dah plan nak cuti..but apa yang dirancang tak seperti apa yang terjadi on my birthday..patutnya aku celebrate bersama dengan hubby dan anak2..tapi setelah memikirkan tak nak amik risiko H1N1, jadi kami keluar berdua saja..

..mulanya aku tak tahu hubby nak bawa ke mana, aku kata it is your boat..i'm only your passenger..then hubby dah decide mana nak pergi, aku just follow..hubby dah wish sejak malam tadi lagi..dan hadiah pun dah dapat malam tadi..aku cukup2 terpegun dengan hadiah yang aku dapat dari hubby..aku fikirkan kalau la aku nak tempah mungkin makan ratus-ratusan harganya..dan lebih touching lagi ia adalah hasil dari tangan hubby aku sendiri dan bukan hubby aku upah orang lain buat..sekian lama gak aku tunggu2 hadiah yang dia bagi sempena birthday ke 34 ni..dekat 10 tahun kami kawin..then akhirnya..aku dapat juga..kat bawah tu aku tepekkan..hadiah dari hubby..itulah hasil lukisan tangan dari hubby buat isterinya..

..tempat yang hubby bawa aku utk celebrate birthday adalah tempat yang kami kunjung masa kami berkawan rapat dulu sebelum kawin..berkawan rapat ya hubby kata bukan masa bercinta..hehe..dah lebih kurang 10 tahun kami tak pergi tempat tu..so akhirnya sampai ke situ, mengimbas kenangan lalu..masa kami berkawan dulu..banyak betul kenangan kat situ..macam2 memori..bila diingatkan balik..and on that day,aku rasa cukup2 seronok dan bahagia..only you know how i feel, dear..Mr.P..sempat watch movie..kat situ..hubby kata..teringat lak dulu..suruh beli tiket movie titanic..aku beli dapat tempat duduk depan sekali..hehehe..memang kelakar sungguh waktu tu..dah la lama titanic tu..duk la depan..hahaha..kenangan silam..

..then bila petang, kami make move ke bangi..sebab nak fetch putera puteri kami..dan seperti yang dijanjikan..malam tu lepas maghrib..hubby keluarkan kek dan hubby ajak anak2 duduk sebelah aku..hubby suruh putera puterinya nyanyi dulu..then ibu potong kek lepas tu boleh makan kek yang dinanti2kan..memang sedap betul kek birthday tahun ni..hubby beli kat kedai pendakwah Islam kat bangi tu..so acara..memotong kek, memakan kek berjalan dengan lancar, satu kelainan tahun ni, anak2 aku..cukup pandai..nyanyi lagu dalam 2 bahasa..english and malay..tahun2 sudah..diaorang nyanyi satu lagu..dan nak makan kek cecepat..tapi tahun ni cukup bersopan boleh sabar habis nyanyi tunggu aku potong kek siap2 dulu..then only makan..semakin tahun aku semakin tua..anak2 semakin membesar dan semakin matang..

..malam tu lepas makan kek aku teringat nak tanya Fayyadh pasal Siti..then aku tanya abang ngah, hari ni jumpa siti ke..dia jawab..jumpa..dia ada sekolah..abang ngah kawan dengan siti ke hari2..ya..hari2 abang ngah kawan dengan dia..abang ngah rehat dengan siapa...rehat dengan siti lah..makan sama2..wah..lagi terkejut aku dengar..suatu yang amat memeranjatkan..kecik2 lagi anak bujang aku sorang ni dah kawan dengan awek ni..aku tanya siti tu suka ke kawan dengan abang ngah..dia jawab, ya..siti suka kawan dengan abang ngah..wahhhhh..jawapan yang sungguh straight forward dan jujur..abang ngah kawan dengan siti jer ke..atau kawan ramai2..semua orang kawan ramai2 lah..kawan sama2..makan sama2 lah..aduh..lega hati aku dengar jawapan dia cam tu..susah hati wooo..kalau anak2 kecik dah terdedah pada pergaulan terlalu bebas ni..ibu nak pesan pada abang ngah aku kata..berkawan tu ibu tak marah..tak kisah..tapi tak boleh bersentuhan tau..uztaz/uztazah cakap haramkan betul tak..ya, ibu jawab dia..ada masanya bercakap dengan Fayyadh..kadang tak tahu..dia betul2 faham atau..dia tak faham..he is very cool..like father like son...but his daddy said..masa daddy kecik2 dulu..takut nak dekat dengan perempuan..thats what daddy said la kan..hakikatnya..memang ada bukti dia macam tu..hanya aku yang tahu hehehe..

..eh tu citer Fayyadh & sitinya..tentang birthday aku tahun ni..memang dari posting yang lepas2 aku dah mentioned yang aku ada rasa kelainan pada birthday tahun ni..maybe dengan bertambahnya usia..maka lain dah caranya dan perasaannya bila hari2 istimewa menjelangkan..bagaimanapun..on my 34th birthday this year, apa yang aku dapat rasakan, perkahwinan kami sentiasa rasa warm saja..sentiasa rasa diri amat disayangi dan hakikatnya kasih sayang kami makin bertambah dari hari ke hari..dan dengan kehadiran zuriat kami amat menggembirakan dan membahagiakan..aminn..

..inilah hadiah yang paling istimewa dari suami tersayang..

..08082009..hubby's family day..

..hari sabtu tu, kami bertolak ke Melaka for family day event..agak lambat..hubby saja lambatkan..sebab gejala H1N1 semakin menular..so memang tak nak bawa anak2 ke crowd yang tak tahu dari mana datangnya manusia tersebut..kami sampai kat melaka around 4 p.m...and once reached the hotel..got the news..pool ditutup dilarang dari mandi atau berenang..oh my God..pastinya aku telah tahu perasaan anak2 aku bila mendengar berita tu..

..hubby dan aku..cuba consult dengan anak2 dan cuba utk alihkan fikiran mereka dari teringatkan nak swimming di pool..kami bawa anak2 keluar jalan2 but..but..but..only in the car..kami tak keluar langsung dari kereta..hanya ronda2 dengan kereta kat Ayer Keroh tu..yang pastinya kami tak nak amik risiko..biarlah kami dengar dia nangis sekarang tak dapat mandi kat kolam, dari dengar dia menangis menanggung sakit di kemudian hari..

..saturday night ada dinner, so ada pertandingan pakaian beragam, ada cabut hadiah misteri..dan lain2..Fakhriy dengan Farriys masuk pertandingan pakaian beragam tu..but masa masuk hall tu kami tak pakaikan pun pakaian utk pertandingan tu..kami just pakaikan baju biasa..bila dah nak start acara..then kami tukarkan..kat tepi hall tu jer pun tukarkan baju diaorang..hehe..ibu ayah tangkap muat jer pun la kan..tak serius pun untuk pertandingan tu..saja suka2..

..majlis berjalan dengan lancar dan tiba masa utk kanak2 berumur 1-3 tahun memperagakan pakaian di atas pentas..Farriys naik dipimpin oleh ayah dia..anak2 orang lain dipimpin oleh ibu diaorang..saja nak kelainan..biarlah ayah dia yang naik pentaskan..Farriys tak nangis kat tas pentas cuma terkejut ramai sungguh orang yang tengok la kan..then selesai utk 1-3 tahun, sambung pulak dengan kanak2 berumur 4-6 tahun memperagakan pakaian masing2..lingkungan umur ni, tak payah nak diteman oleh sesiapa la kan..masing2 naik pentas sendiri jer lah..Fakhriy is the last person yang naik pentas, aku tengok anak2 orang lain..wah..begitu hebat dengan accesories mereka..dan ada yang parents beli semata2 utk majlis tu..utk Fakhriy dan Farriys..ibu pinjam saja dari kawan2 ofis..

..lepas tu acara bersambung dengan cabutan bertuah..hadiahnya berbentuk voucher, so hubby dapat voucher ranking ke dua tinggi..hehehe..rezeki dia malam tu..then ada juga hadiah misteri..cuma 12 orang saja yang dapat..then again..hubby dapat gak hadiah misteri tu..acara berterusan..hinggalah ke acara yang terakhir iaitu penyampaian hadiah bagi pakaian beragam..Farriys dah ngantuk rasa cam nak balik ke bilik tapi..hubby kata nantilah..dah nak habis pun..then..untuk acara 1-3 tahun, Farriys dapat saguhati..its okla..yang penting dapat juga hamper bila naik ke pentas tu..dari anak orang lain tak dapat apa kan..

..then next utk acara 4-6 tahun, 14 orang peserta..diaorang dah panggil pemenang ketiga, kedua..then aku cakap kat hubby..tak ada peluang la anak kita nak menang sebab yang menang ketiga, kedua tu pun..boleh kalahkan Fakhriy..lepas tu..diaorang umumkan tempat pertama utk pakaian beragam 4-6 tahun, "Pemenang pakaian beragam bagi umur 4-6 tahun, johan dimenangai oleh adikkkkkkkkk...Fakhriy Ariq, anak Hj.Parizol"..huh..aku pun ternganga..hubby pun terkejut..then hubby siap cakap..jangan under estimate anak i tau..hehehe..then yang bestnya Fakhriy dah memang siap tunggu depan penyampai hadiah tu..then MC siap tanya, Hj.Parizol betul anak ni kan..ya, ya jawab hubby..

..betul2 tak disangka..la..dia boleh dapat no.1, kalau ikutkan dulu2 dalam bab2 buat perform kat pentas ni..dan bersukan kat padang, Fakhriy la orang paling tak spoting..but on that night..dia begitu spoting betul..siap bergaya2..berpusing2 kat atas pentas..maybe itulah markah lebih kat situ..sebab peserta lain..hanya berdiri tegak..here we go..apa lagi yang paling menyeronokkan pastinya hadiah yang dia dapat la kan..hamper..dan isinya pasti yang disukai oleh..kanak2..then..balik ke hotel dengan wajah begitu gembira..hubby puji Fakhriy..pandailah abang chik bergaya kat pentas..dia jawab..sebab abg chik nak menang...

..the next day..ada sport kat padang..but we decided not to join..sebab terlalu ramai dan padat..distance one each other begitu rapat..memang kami takut nak amik risiko kat situ..so..just tengok dari jauh..anak2 still insist nak mandi kolam..but we still not allow them..memang ikut hati kesian tengok muka masing2 frust sangat2..dapat tengok pool dari tingkap hotel jer..tapi aku lagi kesian tengok kalau diaorang sakit..hope one day, all of you will understand why mummy & daddy..buat macam tu..

..then bila lunch time..hubby mentioned..nak cancel stay another night..sebab kesian tengok anak2 dapat tengok kolam jer..plan asalnya nak celebrate birthday aku kat Melaka..thats why nak extend stay..but memikirkan keadaan yang tak sesuai dengan wabak H1N1 ni, and memandangkan aku lebih sayangkan family aku..dari birthday celebration tu..aku terus setuju dengan hubby..we checked out and make move nak balik..but..dah janji dengan mak nak singgah on my birthday, supposedly balik dari melaka..so..call mak, mak kata singgah jerlah..singgah kat umah mak dalam 2 jam..then balik ke bangi..

..hubby kata..tomorrow we plan benda lain to celebrate your birthday ok..no prob for me..yang penting kami tetap bahagia..on the way sampai rumah, hubby ajak anak2 beli kek dulu..hubby kata nak celebrate on that night which is sunday night and 9th August..but aku tak larat sebab sakit bahu..tersalah tidur masa kat hotel tu..tangan tak leh angkat..then hubby pun cakap kat anak2..kita potong kek esok la which is really 10th August..masa hubby pergi beli kek tu, aku ternampak ada couple duduk tepi padang..then anak2 aku nampak..so aku just cakap..kakak, abang jangan buat macam tu ya..tak boleh dalam Islam..then Fayyadh jawab, abang tahu diaorang buat apa, aku pun terkejut..aku tanya orang tu buat apa..dia jawab..orang tu bercinta..huh..ternganga aku dgn hubby dengar..aku tanya bercinta tu apa Fayyadh, dia jawab..bercinta tu kawin la..then aku tanya lagi..Fayyadh bercinta ke..dia jawab dengan jawapan yang amat memeranjatkan aku tapi buat2 cover gitu..dia jawab..aah abang bercinta dengan Siti..aku terus tanya siapa siti tu, budak mana, darjah berapa..dia jawab abang suka siti tu..siti tu baik, dia sama kelas dengan abang kat sekolah agama..dekat sekolah kebangsaan dia kelas lain dia kelas 1RM, tak sama dengan abang..wah..aku cukup terkejut, anak bujang aku sorang ni..dah pandai suka2 budak perempuan lak..hubby kata dia tak faham cinta tu apa..dia kawan dengan budak yang dia kawan..dia kata la dia bercinta dengan siti..ish ish ish..aku kata tak leh jadi ni..kena pantau ni..

..so thats end of our weekend..dalam hati aku..manusia hanya merancang tapi Allah s.w.t yang menentukan..apa yang kami rancangkan untuk celebrate birthday di Melaka, tak seperti yang ditentukan olehNya..dia lebih mengetahui yang terbaik utk hambaNya..

Friday, August 07, 2009

..esok, lusa, tulat..ke manakah kami..

..kami akan berangkat esok ke Melaka dan balik Isnin..and yang bestnya akan celebrate birthday aku..kat sana with luvly hubby and children..so nanti akan ku update kat kisah2 di sana ya..so selamat bercuti buat diri sendiri dan family..

..happy birthday to myself..happy birthday to myself..happy birthday to myself...(nyanyi sendiri dulu..)..

Thursday, August 06, 2009

..wabak H1N1 semakin membimbangkan..

..rutin aku setiap pagi adalah pastinya membaca surat khabar..so antara tajuk yang menarik perhatian aku hari ni adalah "Bencana penyakit hasil kesilapan manusia di dunia"..aku amat setuju dengan penyataan tu..wabak H1N1 ni adalah salah satu petunjuk dari Allah s.w.t bahawasanya..manusia telahpun melanggar perintah Allah s.w.t..maka datanglah ujian sebegini rupa..setelah terjadinya keadaan sekarang, maka yang terbaik adalah kita berdoa bahawa wabak yang sedang melanda akan terhapus juga akhirnya dengan izin Allah s.w.t yang menjadikan sesuatu dengan sebab dan musababnya..

..aku ambil sedikit petikan dari surat khabar hari ni, memang petikannya mengingatkan aku bahawasanya segalanya adalah ketentuan ilahi..petikannya berbunyi "Sering kali kita merasa beruntung dan bertuah dengan rahmat yang direzekikan oleh Allah SWT kepada kita, yang kadangkala datangnya tanpa disangka. Sesekali pula ada musibah yang berlaku disebabkan oleh diri kita sendiri, lalu, jika kita berputus asa, tentulah kita merasa malu jika tidak bersangka baik dan menyerahkan segala urusan yang tidak mampu kita lakukan kepada pemilik segala kejadian ini"..dan setiap yang berlaku, ada hikmahnya..sebagai contoh..pernah aku terfikir dulu untuk bercuti keluarga negara tahun ni..tapi hajat tak kesampaian..salah satu sebabnya kami telah kehilangan arwah Fashiyl Aliq & sebab yang lain, budget tak mengizinkan untuk berbuat demikian..sesungguhnya besar petunjuk ilahi..bahawasanya adalah yang terbaik Allah tidak mengizinkan kami bercuti ke negara tahun ini..sebab amat tidak sesuai dengan musibah H1N1 yang melanda sekarang ni..Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur ke hadrat Mu, dengan apa yang telah kau tentukan buat kami, ini semua adalah yang terbaik buat hambaMu..di bawah ini adalah penyataan yang paling tepat..

"
Hakikat yang perlu diyakini ialah bahawa setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT jua. Di dalam Surah Al-hadid ayat 22 Allah SWT berfirman yang mafhumnya: "Tiada suatu pun bencana yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis di dalam kitab (Loh Mahfudz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." Justeru, umat Islam haruslah memahami bahawa kuasa Allah SWT sahajalah yang menentukan sesuatu itu berlaku walaupun apa jua usaha yang dilakukan atau tidak diusahakan kerana kekuasaan Ilahi melebihi kuasa yang lainnya.."

..Ya Allah yang tuhanku, kau lindungilah seluruh ahli keluarga dan keturunan ku dari musibah ini Ya Allah, hanya padaMu aku memohon hanya padaMu aku berserah..

Friday, July 31, 2009

..apalah malang nasib hari ni..

..aduhai..apalah nasib aku hari ni..dah la baru nak baik dari batuk, selesema, sakit tekak..dah tu pagi2 keluar dari toilet nak masuk ke ofis..jari telunjuk dengan jari tengah tangan kanan aku tersepit kat pintu ofis tu..pintu tu kalau dilepaskan tertutup sendiri belempung bunyinya jadi kena tahan lagi tutup perlahan2..dah tu tersilap tahan..tertahan dengan jari..dan pintu tu tertutup kuat..tersepit la jari-jemari aku ni..rasa nak menjerit pun ada..

..sampai kat tempat duduk..tengok2..jari telunjuk aku berdarah-darah..dan jari tengah pijau..dah tu dia punya denyut tuhan jer lah yang tahu sakitnya..rasa nak jerit..nak nangis pun ada..tapi bertahan jerlah..kang orang ingat serius sangat lak..kan..nangis2 kat ofis ni..aku boleh menaip dengan sebelah tangan jer..tangan kiri..tangan kanan dah kaku jadinya..aku ngadu dengan kakak & adik aku..kakak aku kata..rendam dalam air sejuk..aku pun gi pantry amik air sejuk dari water dispenser..

..jari aku yang pijau tu..sejuk..cam takada darah..darah tak jalan..berdenyut-denyut..sampai rasa sengal satu tangan..uish buatkan tak berselera nak lunch..aku menahan sakit sampai la ke tengahari ni..dan masih berdenyut-denyut lagi..rasa cam nak potong2 pintu tu..tapi kang satu hal lak kan..kena amik tindakan lak dengan HR kang..sib baik hari ni balik awal..balik umah nak baring tidur..sebab rasa badan lemah..dek tersepit tu punya pasal la..apalah nasib hari ni..dah nak jadikan..adalah tu..aku buat salah tang mana2 tu..bersabar bertahan sajalah..sib baik esok dah weekend kan..harap2 la jari baik sebelum Ahad..sebab nak ke bowling centre Ahad tu..itulah..citer tentang jari ku yang malang..ish ish ish..denyutannya..masih terasa...

Wednesday, July 29, 2009

..hari ini dalam sejarah..Farriys dengan gayungnya..

..hari ni aku masuk ofis lambat..ini adalah di sebabkan aku yang tak sihat & Farriys yang buat hal telah mengeluarkan output di dalam diapernya..ketika nak meletakkan dia di car seat..kenalah aku bawa masuk dia balik ke rumah, mandikan dan basuh po-ponya..yang tolong mandikan Farriys adalah daddy yang tersayang..masa daddy mandikan dia..dia main air..then dia capai gayung yang dalam baldi tu ketuk2 ke dinding..dah selesai mandikan..daddy dia..nak ambik gayung tu dari tangan Farriys..tapi Farriys pegang kuat..tak nak lepaskan gayung tu..

..lepas tu, daddy dia lapkan badan sambil Farriys masih pegang gayung tu..cubaan kedua nak ambik gayung tu tak berjaya juga..then daddy nak pakaikan diaper dan baju..minta dia lepaskan gayung tu..dia tak bagi lagi..daddy suruh ibu, cuba ambik gayung dari Farriys..ibu pun tak berjaya mengambik gayung tu..kalau kita ambik gayung tu..dia akan menangis..dan tundukkan muka sambil mencebikkan muka..then, kenalah bagi balik gayung tu pada dia..

..then..seterusnya nak bergerak dah ke taska..masukkan Farriys kat car seat..sambil Farriys memegang gayungnya itu..okkkkk...dalam perjalanan ke taska..abg chik cuba pujuk Farriys, gantikan gayung dengan toy lain..tapi tak berjaya, dia still nak kan gayungnya itu..kalau gayung tu kecik, comel tak per la kan..tak kisah punya..ni gayung yang besar tu..hinggalah sampai ke taska..dukung Farriys dengan gayungnya..bagi Farriys pada cikgu taska..dan cubaan terakhir nak ambik gayung tu..pun tidakkkkkkkkk berjaya..cikgu taska terkejut tengok Farriys bawak gayung ke taska...cikgu kata..Farriys...selalu orang bawak toy gi taska..bawak bantal gi taska..tapi Farriys cikgu ni..bawak gayung ke taska..cikgu taska ketawa bagai nak rak...tu tengok gayung Farriys..then ibu cakap kat cikgu..dah bnyak kali cuba..amik gayung tu dari dia..dia tak bagi..dia menangis kuat nanti..

..then, akhirnya ibu tinggalkan Farriys di taska bersama-sama dengan gayung hijau besar itu..dan tak habis2 cikgu taska ketawa..dalam perjalanan ke klinik..ibu tersenyum sendirian..mengenangkan anak ibu membawa gayung ke taska..then ibu pun pergi jumpa doktor di Hospital Pakar Annur..sebabbbb ibu tak sihat..batuk, selesema, sakit tekak yang tak ingat punya..sakit tu..tunggu doktor lama..tunggu nak ambik ubat pun lama..itulah penyebabnya ibu lambat ke ofis hari ni..inilah yang dinamakan hari ini dalam sejarah..Farriys bersama gayung ke taska..

..kat bawah ni saja selit2kan collage terbaru kami, hasil titik peluh dari kawan baik kat ofis ni..cik jurina..




Wednesday, July 22, 2009

..rasa buntu, bosan, bengang..3B..

..hari yang cukup membosankan hari ni..3B yang aku rasa tu membuatkan otak rasa jem tak leh berfikir..hati rasa tak tenang..segalanya rasa tak kena..tak tahu nak adjust camana dah, tetap rasa 3B tu..dengan muka aku yang tak senyum2 ni..pastinya orang pun tak nak dekat dengan aku hari ni kan..lantakla kan..masing2 ada hari2 muram masing2..turn aku terkena hari ni pulak kan..

..dari malam tadi dah aku rasa 3B ni..tapi..aku cuba hindarkan..tapi pagi ni dia datang balik bertandang di pintu jiwa aku..jiwa aku cuba lari..lagi terus berlari lagi..tapi..dikerja juga oleh si 3B ni..aduhai..sesungguhnya, aku harus banyak lagi mendekatkan diri pada penciptaku..supaya aku boleh hindari 3B tersebut..itu semua yang menghantui jiwa nurani ku..aku cuba usahakn untuk menjadi sebuah taman yang indah tapi sekarang ni taman itu sedah bercelaru dan berselerak ..kerana still under construction..korang yang baca entry aku yang ni mesti ketawakan..takper2 ketawa..supaya korang jangan lak menjangkit 3B aku tu jadilah kan..

..walaupun banyak nak dicoretkan dalam blog kesayangan aku ni..tapi disebabkan kewujudan 3B tu..membuatkan aku rasa..begitu gusar, gundah gulana..malah rasa pudar..pudar??..eh tu Rossa tu punyalah..bukan aku punya..hehehe..supaya di entry akan datang 3B tu dah pergi jauh berhijrah ke tempat lain..kan kan kan..tapi kadang tu..3B tu memberi kesedaran..memberi lebih kematangan.sebab dia suruh berfikir..banyakkan berfikir apa yang telah diri lakukan hingga boleh terjadi 3B tu..so dalam erti kata lain..kena muhasabah diri balik..apakah yang telah tuan punya blog ni lakukan..sehingga terjadinya 3B..apa kata korang yang membaca ni pun..tolong tuan punya blog ni..lebihkan muhasabah diri..insya Allah..

Tuesday, July 21, 2009

..July birthday celebration..

..selain Fayyadh, ada gak anak sedara aku yang lain celebrate birthday within month of July ni..kat bawah ni antara gambar anak2 sedara aku yang celebrate their birthday lately ni..sorang celebrate kat rumah..sorang lagi celebrate kat sekolah..yang sama sekolah dengan Fakhriy kat Smart Reader tu ler..mana lagi..



..Alya Amani 2 years old on 19th July, 2009..





..Shafiqi 5 years old on 21st July, 2009..


Monday, July 20, 2009

..dulu lain sekarang lain..

..dulu punya entry Ogos 2007 yang iniiiiiiiii yang tajuknya..inilah..idaman ku...bila agaknya leh dapat ya.. aku suka yang lain..tapi Ogos 2009 aku dah suka dan jatuh hati pada yang kat bawah ni pulak..impian tetap impian..insyallah ada rezeki..dapat la satu hari nanti kan...


..kena pasang impian tinggi la kan..kalau pasang impian rendah..tu bukan impian namanya..

Thursday, July 16, 2009

..tiada kehangatan nak celebrate birthday..

..walla...walla..naper aku jadi cam ni..lately ni aku cukup2 bosan..tak dapat nak digambarkan macam mana punya bosan..puas dah cari apa puncanya..tapi tak ada jawapan..mungkin ini semua ujian buat aku..adalah salah aku buat kat mana2 tu..yang aku tak sedar dan Allah memberi peluang pada aku supaya menyedari kesilapan yang telah aku lakukan..

..well..bila melihat kalendar..ku kira2..lagi 3 minggu will be my birthday..semakin hari semakin bertambah umur..tapi camana la dengan amalan sebagai bekalan..selalunya aku begitu seronok nak celebrate birthday aku..yelah..setahun sekali sajakan nak celebrate hari istimewa untuk diri sendiri..tapi..this time, tak tahu la kenapa..tak ada rasa seronok lak nak celebrate birthday..cam selalu aku akan beli something untuk diri sendiri for my birthday..but this time tak ada la rasanya..

..only I know that, hubby kata nak celebrate kat Melaka..which it will costly..infact nak dekat raya ni..kena budget2 la kan..banyak nak guna $$ untuk raya ni..however, I need to give the chance to hubby to do whatever he wants..we see what will going to happen on 10th August, 2009..


..orang kat atas ni tengah bosan, serabut & tak tahu la apa lagi..

Wednesday, July 15, 2009

..ada kalanya apa yang dilihat tak sama dengan dirasai..

..dah lama gak aku nak menulis tentang tajuk kat atas tu..cuma tak berkesempatan..setiap hamba Allah di muka bumi ini..pastinya tak lari dari masalah masing2..pelbagai jenis masalah yang dihadapi..dalam pelbagai keadaan..ada masanya aku rasakan masalah yang aku hadapi adalah masalah yang paling teruk sekali..tetapi aku ingat kembali pada pepatah..andainya kita susah, ada orang yang jauh lebih susah dari kita..dan dibandingkan dengan masalah yang kita hadapi, mungkin sebahagian kecil saja dari masalah orang lain..bagaimanapun..ia terpulang pada kekuatan seseorang untuk menghadapi masalah yang dihadapi..

..pernah suatu keadaan aku melihat suatu keluarga, apa yang aku dapat lihat dari kehidupannya mereka seharian..mereka cukup sempurna, kulihat mereka tiada masalah..dari pelbagai sudut aku memerhatikan kehidupan keluarga itu..tidak kelihatan sebarang masalah pun mereka hadapai..tidak seperti aku yang harus hadapi masalah..dari pelbagai sudut..dan aku suarakan pada suami tersayang..tengok kehidupan kawan u tu..rasa macam seronokkan...tak nampak pun diaorang hadapi masalah seperti kita..suamiku membalas..macam mana u boleh tahu macam tu..u tak pernah tahu kehidupan diaorang macam mana..dan u tak boleh adili sebegitu rupa..dan suamiku..menyatakan..apa yang kita lihat tak sama dengan apa yang mereka rasai dan lalui..mungkin mereka tak pernah tunjukkan masalah apa yang mereka hadapikan..

..aku akui..apa yang suamiku katakan tu..seperti jua kami, ramai melihat hidup kami tiada masalah, kehidupan gembira saja..tapi..berbalik pada pepatah apa yang dilihat tidak sama dengan yang dirasai dan lalui..cuma..kegembiraan dan kebahagiaan kami dapat mengubat hati kami untuk lebih tabah menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan sehari-hari..dan kami berpegang pada prinsip..hadapi masalah dan selesaikannya mengajar kami lebih matang dalam mengharungi ujian dariNya..tiada orang yang tiada masalah..perbezaannya samada kecil @ besar..dan situasinya yang berbeza..

..jauh di sudut hati..aku sematkan..yang aku harus ajar anak2 aku macam mana nak hadapi masalah bila mereka hadapinya..dan ingatkan mereka..supaya kongsikan masalah mereka dengan aku & suamiku..tiada siapa yang boleh lari dari masalah di dalam hidup ini..dan harus berdoa agar sentiasa tabah harungi ujian dan dugaan dari yang Esa..

Monday, July 13, 2009

..makku masuk tv3 rancangan Al Kuliyyah..

..pernah dengar rancangan Al Kuliyyah tak kat tv3 tu..ha..mesti pernah dengarkan, episod minggu lepas yang tajuknya Sunat Rejab, mak aku ada involve as audience, and mak aku boleh dilihat di seluruh Malaysia..so sesiapa yang nak tengok boleh gi tengok kat website tv3, kat bahagian catch up, rancangan al kuliyyah, tengok yang tarikh 10 Julai 2009..bahagian Part 2, minit ke 5:40..dapat la melihat wajah ibuku yang ku sayangi itu..aku ada snap kat bawah ni..

..11 July - Fayyadh's birthday celebration ..

..walla..alhamdulillah..akhirnya tercapai gak nak celebrate birthday Fayyadh..yang mana asalnya nak celebrate on 10th July, night time, tapi tak disangka2 daddy Fayyadh have to attend meeting until 10.30 pm okey..mummy Fayyadh dah siapkan anak2..ready nak tunggu daddy balik jer then terus nak keluar bila daddy sampai..tapi apakan daya, Allah tak mengizinkan pada hari tersebut..daddy sampai rumah arond 11.30 pm..masa daddy kat ofis, dia pun sedih gak tak dapat balik awal..but daddy dah suruh say sorry to Fayyadh, daddy said..daddy will replace tomorrow..means Saturday..

..selepas dapat call dari husband tu, aku slowtalk with Fayyadh, explain kat dia..cam ni..Abang Ngah, ibu nak cakap sikit la, ibu & ayah nak minta maaf la, tonight tak boleh nak keluar nak celebrate brithday abang ngah, then pastinya dia tanya kenapa kan..aku explain lagi, ayah tak dapat balik awal, ayah meeting, tak boleh keluar awal, bos ayah tak bagi keluar awal..ayah kerjakan, cari rezekikan, untuk kita semua jugakan..then seperti yang aku explain tentang diri Fayyadh, dia cukup memahami..dan jawapan dari Fayyadh very simple, membuatkan aku rasa bersyukur sangat2 sebab dia boleh terima..dia jawab, ok ibu, tak apa, kita celebrate esok..potong kek esok lah..

..sebenarnya masa menunggu hubby tu, aku isikan masa dengan snap photo kat rumah, tak nak bagi boring menunggukan..setelah dapat berita dari hubby tak dpat balik awal, dan setelah explain pada Fayyadh tak dapat nak celebrate malam tu..then aku ajak semua naik atas..tengok tv..tak lama lepas tu semua tertidur dgn baju jalan masing2..so, aku amik pyjama utk 4 orang tu gantikan ke empat2nya..then aku pun tertidur sekali till hubby sampai umah, dan jam menunjukkan kul 11.30 malam..itulah alkisahnya anak2 aku tertidur mentara menunggu daddy balik nak celebrate birthday Fayyadh..

..so keesokan harinya, kami keluar awal pagi, bawa 4F tu breakfast dan make move to Alamanda..seperti yang dijanjikan..pastinya akan ada acara potong kek tu kan..so hubby kata nak celebrate kat Secret Recipe..dan pilih tempat..then ajak Fayyadh pilh kek..and minta waiter tu anta ke meja kami..then dah susun meja, letak Farriys dalam baby chair..kami pun tunggu waiter datang ambil order..dah order minta waiter tu anta kek..sekali tu..aku cam dengar orang nyanyi lagu happy birthday ramai2..aku tertengok2..la..siapa punya birthday ni sama dengan Fayyadh lak nak celebrate..sekali tu waiter tu ramai2..bawak kek dengan lilin menyala..sambil nyanyi datang ke meja kami..la..they all nyanyi utk Fayyadh..apa lagi tuan punya diri seronok la..and tersipu2 malu..then they all wish Fayyadh happy birhtday, Fayyadh Aniq..then we all one family nyanyi lagi sekali..then for the 1st time la anak aku dapat tiup lilin, tu pun sebab waiter secret recipe tu yang buat cam tu..yang aku sendiri pun tak tahu..memang hubby tak suka lilin2 ni..then..kami pun menjamu selera la..yang pastinya 4F tu makan kek bukan main banyak lagi..separuh kek tu..makan kat situ..and selebihnya bawa balik..kat rumah sambung lagi makan..

..selepas..dah selesai kat secret recipe..kami bawa beli hadiah Fayyadh..sebenarnya lain yang rancang nak beli..lain yang dibeli..aku nak beli sesuatu yang Fayyadh boleh guna hari2..then aku terfikirkan Fayyadh need to have backup glasses..so, aku decided belikan spec baru untuk Fayyadh..so, gi focus point..suruh dia pilih..then..spec tu akan siap dalam minggu ni..Fayyadh tak sabar nak pakai, minta dia bersabar..Fayyadh memang suka menyemart..mat smart, kata daddy dia..so..evening time..balik rehat kat rumah, but malam dah janji nak bawa main kat playground mcd..situ lagi..then..spent time kat situlah menunggu 3F tu main..seronok betul..till kena pujuk baru nak balik..

..the next day, which is Sunday..siang kat rumah jer..but petang ada hal nak ambil barang, again 3F tu dapat main kat playground, but this time main kat playground Giant..seronok sangat diaorang dapat main tu..yelah..weekend jer pun dapat macam tu..weekdays..tak dapat la..kan..so its end up our last weekend..photo boleh ditatap di Fayyadh's 7th Birthday & 4F_Fun_Time_July_2009




Friday, July 10, 2009

..aku sangat sayang lelaki ini..

..tetiba aku terfikirkan perkataan sayang sangat..so aku fikirkan siapakah yang aku paling sayang..siapakah yang aku sayang sangat..jawapannya rasanya semua orang tahu la kan..so kat bawah ni lah orangnya yang aku sayang sangat..dan lelaki ini la orangnya..


..10 July - Fayyadh's 7th Birthday today..

..pejam celik pejam celik..hari ni hari jadi Fayyadh Aniq bin Parizol yang ke 7 tahun..pagi2 bangun, aku dah wish dia...Happy Birthday, Fayyadh..semoga jadi hamba Allah yang soleh..berjaya di dunia & akhirat..pesan aku pada Fayyadh..macam biasalah..dia hanya senyum & dengan raut wajah yang malu2 tu..

..semalam daddy & kakak dia..ada mention pada dia..we have secret Fayyadh..but couldn't tell you what is it..then bila dia sampai ke rumah..insist nak tahu dari aku..apa secret yang disebut2 daddy & kakak tu..aku pun jawab..ibu pun tak tahu la abang ngah..hakikat yang sebenarnya aku memang tak tahu..then aku tanya pada dia hubby, apa secret yang dia dan Fatihah cakap2 tu..dia kata..apa lagi..tomorrow is what day..dia tanya..oh..i see..aku kata..then aku fahamlah maksud daddy & kakak Fayyadh tu..

..Fayyadh dah berumur 7 tahun hari ni, setakat ni membesarkan Fayyadh tak adalah banyak masalah bagi kami..cukup mudah menjaga Fayyadh, cuma Fayyadh ni jenis orangnya bila kita nak tegur atau pesan apa2, tak boleh dengan cara kasar..kena lemah lembut caranya..kalau tegur dengan suara tinggi nanti..message yang nak disampaikan pada dia..tak akan sampai, malah dia akan berjauh hati..Fayyadh jenis anak yang sekali suruh, terus buat, sekali panggil terus datang..dia cukup sayang apa2 yang dia dapat..dia cukup hargai setiap kenangan yang dia ada..

..kalau diingatkan kembali, saat2 nak melahirkan Fayyadh, macam tak percaya dia dah sebesar sekarang ni..Fayyadh lahir pada usia kandungan aku 8 bulan, ramai orang kata, baby yang lahir 8 bulan ni tak boleh survive..but alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t..Fayyadh masih berada bersama kami sehingga hari ini..semoga Fayyadh sentiasa sejahtera hidupnya..kesakitan nak bersalinkan Fayyadh sekejap saja..dari 4cm nak mencapai 9cm..dalam masa setengah jam saja..then lepas tu Fayyadh pun dilahirkan..

..ramai juga bertanya, mana kami dapat nama Fayyadh Aniq tu, sebab jarang dengar nama Fayyadh dikalangan masyarakat melayu..kami hanya rujuk pada buku nama Islam saja, malah ada yang berkenan dengan nama Fayyadh Aniq, dan bercita2 nak letak nama anak dia nama Fayyadh Aniq tu..diimbas kembali..makna nama Fayyadh tu adalah pemurah hati..memang dia tak kedekut..Aniq tu bermaksud..yang kacak lagi menawan hati..sesekali tengok kacak jugak dia tu dan kuat bergaya..daddy dia panggil mat smart..hehehe..

..so for Fayyadh, happy birthday to you..semoga anak ibu & ayah ni, sentiasa taat pada suruhan Allah s.w.t..aminnnnn..



Thursday, July 09, 2009

..lambat nak update..ada sikit busy..

..lately ni, semacam ada yang tak kena, tak tahulah apa bendanya..tapi aku tetap sentiasa berdoa padaNya agar Dia sentiasa memberikan yang terbaik buat hambaNya ini..aku banyakkan muhasabah diri kebelakangan ni, rasanya banyak lagi yang perlu diperbetulkan dalam diri, memandangkan next month adalah harijadi aku..so, rasanya kena pasang azam yang lebih kukuh dan bersungguh2 melaksanakan azam tersebut..

..bila aku rasakan resah & gelisah, aku perbanyakkan muhasabah diri dan serahkan diri pada penciptaNya..kerana segala yang aku ada kini hanyalah pinjaman semata-mata..aku hanyalah sebagai pengemudinya..bagaimanapun..penciptaNya tetap yang akan menentukan segalanya..aku sering mencari2 diri sendiri, apa kupas kembali..kehidupan yang telah berlalu..ke manakah hala tuju hidupku ini..yang mana aku sendiri tak tahu bilakah penghujungnya..tetapi bak pepatah..bekerjalah seoalah kamu akan hidup selama-lamanya..tetapi beramallah..seoalah kamu akan mati esok hari..

..setiap hari memikirkan keadaan diri, situasi diri, hala tuju diri..memikirkan aku adalah seorang isteri, seorang ibu, seorang anak, seorang adik, seorang kakak..malah aku juga adalah banyak lagi "seorang" ..yang mana begitu banyak tanggungjawab harus dipikul..ada masanya..rasa begitu gembira dengan apa yang diperolehi..ada masanya..rasa begitu pilu dengan apa yang harus dihadapi..dalam apa jua keadaan sekalipun, aku tetap mengingatkan diri ini yang bahawasanya semua yang aku hadapi samada gembira atau pilu adalah dariNya, dalam kegembiraan..Dia memberi rezeki, dalam kedukaan Dia memberi ujian..yang mana dengan ujian itulah..membuat aku rasa lebih matang dalam mengharungi liku-liku kehidupan..malah..aku perlu mengajar agar diri selalu redha dengan ujian dariNya..ada hadis menyatakan..Allah akan menguji hambaNya mengikut tahap kemampuan hambaNya...

..dengan izin Allah jugalah..maka aku dan keluarga masih ada lagi dimuka bumiNya..dan dengan izinNya..esok adalah harijadi Fayyadh Aniq bin Parizol yang ke 7..semoga anak ibu & ayah..sentiasa dilindungi Allah s.w.t, dipermudahkan oleh Allah menimba ilmu dan pembelajaran..serta Allah tetapkan hati anak ibu sentiasa mengikut jalan Allah s.w.t..aku & hubby dah plan nak celebrate kat luar, but see how the condition..sebab nak pergi beli hadiah sekali..happy 7th birhtday to Fayyadh Aniq bin Parizol..jadilah anak yang soleh..dan hamba Allah yang taat...



Wednesday, July 01, 2009

..hari yang amat membosankan..

..aduhai..kenapalah hari ini aku rasa seakan2 hari yang amat membosankan..hari yang murung, hari yang tak memberangsangkan, rasa seolah2 ada something goes wrong somewhere..but I don't know what..mungkin dari kejadian yang berlaku di persekitaran kebelakangan ni..yang mana aku terbawa2 dari hari ke sehari..

..ada kemungkinan juga, semua yang dilalui adalah ujian yang datang dari yang Esa..sepengetahuan aku Allah menguji hambaNya dengan pelbagai cara dan dalam pelbagai keadaan..sesungguhnya aku redha dengan ujian dariNya..malah dari ujian2 tersebutlah mengajar aku erti lebih matang dalam mengharungi kehidupan akan datang..

..kebelakangan ni, apa yang aku fikirkan adalah..aku telah melakukan satu kesilapan yang patut aku perbetulkan dari sekarang dan masih tidak terlambat untuk diperbetulkan..dan rasanya suatu hari nanti, apa yang tersilap yang dah diperbetulkan tu, dengan sendirinya akan membawa kesejahteraan dalam diri aku..ada masanya aku terfikirkan peribahasa..terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata..padah akibatnya..tapi kalau terlajak satu kesilapan, masih adakah ruang untuk aku memperbetulkannya..wallahualam..tetapi bagaimanapun, jangan ada sikap putus asa dalam memperbaiki sesuatu keadaan, itu adalah yang terbaik..

..aku percaya dan yakin, apa yang aku lalui dan hadapi, semuanya ada hikmah disebaliknya..dan sesungguhnya hanya Allah s.w.t yang lebih mengetahui..